Sunah Suka Sakura dot com

Thursday, December 24, 2009

Coretan didingin pagi....


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana ia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita
boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba.... jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungilah.....



Tuesday, December 22, 2009

Ady, Soleh dan Azam...

tahun baru bersilih ganti...awal muharam tiba lagi...namun aku masih lagi seperti kabur dalam perjalanan hidup aku sebagai hamba ini..kabur n masih tercari2 apa yang aku inginkan dimuka bumiMU ini...
Azam tahun baru...rasanya ini baru kali pertama aku akan cuba tanamkan dalam diri aku untuk tahun ini..sebelum2 ini cuma sekadar terlepas pandang..tahun ini aku sudah berazam akan menjadi anak yang baik...yang sentiasa mengikot arahan keluarga yang banyak menjaga aku..begitu juga pasal jodoh..aku akan terima hasil dari pilihan keluargaku..bukan tak yakin untuk mencari sendiri..cuma kau takot untuk kecewa lagi...kecewa yang takkan mungkin aku akan dapat ubati..lagipun makin aku hanyut dalam dunia yang tah kemana hujungnya ini...aku sudah tidak rela didunia yang bukan tidak menjanjkan kebahagiaan hakiki...

mungkin ini permulaan aku untuk tahun baru ini..menlis luahan rasa yang tidak mengahrapkan orang lain baca..namun aku rasa cukup puas dapat terus mengkritik diri sendiri..harap blog ini8 menjadikan aku lebih lurus dijalanNYA..

INSYAALLAH


Friday, June 5, 2009

SYAIR YANG BELUM SUDAH

bukannya mudah menjadi pujangga...
menulis...kisah cinta yang terindah
kau lah dewi hati
kujadikan syair ini
dan kau lah
kasih taj mahal ku

rasa rinduku bagaikan bunga
syairnya...lembut bagaikan sutera
ku halusi kata agar engkau merasakan
belaian cinta dirembulan

syair ini
pena ini
tak berdaya lagi
dan terhenti tak bererti
telah kau nodai
aku tak mengerti

syair cinta indah belum sudah
kau tinggalkan ku pergi
syair cinta pujangga berdarah
penaku terisi...airmata

YA...PENAKU TERISI AIR MATA.....


Tuesday, April 21, 2009

Monday, April 20, 2009

April 20..2009



Balik keje pukul 7pg.. urm... Zam ade kat uamh...Die stay kat umah malam tadi... Kesian dia..hahahahahah...tido dalam rumah yang panas sebab kipas rosak...ngeh3....

Sampai rumah terus membongkangkan diri..dalam pukul 9pg Zaidi call..angkat..tapi tah ape tah aku borak..hahahahah... 9.30pg lak...ade lak Amier call...angkat gak...Cakap kat dia "aku tido..penat..ko call nanti.."hehheehhe....

Sebelum pukul 10 Along call. layan jek...macam biasa ah kalo Along call...mesti tanya pasal makan minum..huh!!!layan jek. tak rugi pun...lagipun cuma dia je aku ade dalam hidup neh..Thanks for ur care...

Lepak dengan Najah pukul 2ptg... Makan nasik lemak..fuhhhhhhhhh

malam keje macam biasa r.....