Sunah Suka Sakura dot com

Wednesday, October 27, 2010

Pengalaman di U12-16 PPUM..

SElepas aku dah masukkan ke wad..aku tengok la bilik aku tu...Nie bilik untuk first class ker ape ni?? aku tak de lak mintak ditempatkan di bilik sebegini..urmmm..Aku ditinggalkan sorg2..ehhhhhhh...ape aku nak buat neh?? Bosannya.... So masa nie la gunanya hdset aku yang comel ini...Habis semua org aku msj borak2... Sambil tu terfikir gak, barang2 aku macam mane neh? berus gigi, sabun mandi etc...

Setengah jam kat situ..aku dah mula mati akal..kemudian datang seorg doktor dengan masknya.. nampak sopan dan begitu baik hati...Dr Barveen Siraj Zainul Abindin... Itulah namanya...tak tau kan org ape...heheh...tapi die bertudung..so aku simpulkan muslimah.. Baik dan cukup sopan... Suke cara die rawat aku...
Selepas die interview aku bak seorg wartawan dan seorg artis popular, die akhirnya blah dari sambil kata "Esok pagi saya datang lagi, saya nak buat pemeriksaan Hepatatis dan AIDS. harap awak bersetuju melakukan pemeriksaan tersebut" Seram sejuk aku dengar..bukan takot penyakit tu...tapi takot akan berdepan dengan jarum lagi.... Sejurus doktor sopan tu keluar, datang seorg jururawat pelatih masuk..bukan main ramahnya..buat aku rasa tak selesa..habis semua benda die nak tanye..dari status perkahwinan aku sampailah jumlah gaji dan saiz underware aku..pelik kan...

Lepak dengan nurse pelatih tu agak lama...So datanglah pelawat aku yang pertama..Die datang dengan begitu cantiknya...Orang paling cantik kat Dept aku..dan boleh disimpulkan paling cantik kat Media prima....Inilah orangnya...

Nurul Shuhada


Opsss...silap2..yang nie tak leh lawan budak pertama melawat aku lagi..die adalah.....

HELMI...RATU VIRTZ


Thanks Helmi sebab ko sudi jadi org pertama meh lawat aku..huhuh..siap bawak makana n lagi tu..dah la aku lapar..thanks... Tapi aku masa tu tak tau lak yang aku tak leh terima pelawat..Kesian helmi...tak leh masuk...Nurse yang lepak dengan aku tu tak izinkan..huhuh..

So malam aku pun bermalam kat atas katil wad ppum itu dengan begitu nyenyaknya...Around pukul 4 pagi..aku dikejutkan dengan lembaga putih kat sebelah aku.. Mengerikan...

Mula2 ingatkan hantu..Almaklumlah dok sorg2 dalam bilik yang besar itu..heheheh...rupanya Nurse yang baik hati..kejutkan aku untuk ambik tekana darah n suhu badan...serta bagi makan ubat...hehheheh..lepas tu aku sambung tido balik...

Esoknya aku sedar doktor masuk bilik...Doktor sopan itu...Tapi aku buat2 tak terjaga..sebab takot nak ambik darah..doktor tu siap kata "Awak tak yah nak buat2 tido"aahhahahaha potong stim tol doktor nie..wat malu jer... Bermulalah aktiviti pengambilan darah untuk kesekian kalinya..Sakit..6 botol penuh die ambik...Lepas tu die suntik ubat kat saluran air yang tealah diorg letak kat tangan aku sebelum ini...

berlalulah Hari pertama kat wad PPUM... Yang datang melawat Helmi, Daniel, Gaven, Bang Din dan Akak kesayangan aku....

HARI KEDUA.
Awal pagi aku bangun dan terus terkejar gi toilet..dan inilah hasilnya...

Sempat lagi aku snap pic nie walaupun tengah sakit.


Lepas batuk tu, aku terus ngadu kat doktor sopan...sekali lagi die kasi aku suntikan ubat... Terlelaplah aku buat beberapa jam selepas disuntik itu...

Dalam hari kedua aku takde dapat ramai pelawat..cuma dua orang jer...sorg budak rumah aku...datang tengahri sebab bawak duit untuk aku bayar kos rawatan..sebabnya esok aku nekad nak keluar wad..hehehe...

Malam lak Epul datang,Dalam pukul 9 die sampai..borak2 sampai la pukul 10.30 malam... hilang la jugak bosan aku neh..lepas die balik jer terus aku terlelap..takde lak Doktor sopan datang malam neh...baru nak bincang pasal kluar wad esok..hehehhehe

HARI KETIGA
Doktor datang dan bermulalah sessi perborakan yang mengambil masa agak lama iaitu 1jam.. perborakan berkisar tentang penyakit aku dan pengeluaran aku dari wad... Isi kandungan perborakan tak melepasi tapisan.. so tak dapat disiarkan... Doktor nasihatkan aku supaya sebelum aku balik aku pegi kedua jabatan di PPUM, iaitu bahagian dada dan juga bahagian mata untuk membuat temujanji yang seterusnya dan proses pengambilan ubat...

So pada bahagian dada, aku diberikan ubat dan dinasihatkan jgn sesekali tinggal makan ubat walaupun sekali..kerana effectnya sgt besar..dan dia ingin bertemu aku lagi dalam masa dua minggu dari sekarang... Oleh kerana ubat2 yang akan aku makan mungkin akan mengakibatkan aku rabun..jadi aku di sarankan pergi ke bahgaian mata untuk membuat temujanji...hasilnya...22, 11, 2010 adalah aku punya temujanji dengan doktor mata selepas ini..jam 9.30 pagi...

Sebelum aku berangkat balik, aku sempat berjumpa dengan doktor sopan..die memberi aku kad biru..dekat kad tu ada tulis aku punya temujanji sterusnya. 3.11.2010... untuk penjelasan hasil dari pemakanan ubat oleh aku.. so sebelum aku diberikan maklumat pada hari tersebut, aku diwajibkan melakukan x ray ke atas paru-paru aku. jadi sekeping lagi kad temujanji disertakan..huhuhuh..banyaknya temujanji.....

So segala urusan dah settle, nak balik!!! sms bebrepa kenalan rapat...semua keje...so aku terpaksa ambik teksi untuk balik kerumah..RM10 jer dari PPUM ke rumah...Sampai rumah aku rehat secukupnya..huhuhuh...Alhamdulillah aku dah bebas dari bilik kedap itu...



2 comments:

efa nur said...

kesiannye abg ady..skrg kesihatan dh ok sepenuhnya ke?

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

jaga diri dan kuatkan semangat yer...

ubat jangan skip makan....