Sunah Suka Sakura dot com

Monday, February 28, 2011

Sengal Zone : Saya Top 10 ...Lantak la apa org kata :P



Menyahut cabaran --->SENGAL ZONE

Ringkas tapi padat dalam menjawab soalan saudara :)


Motto

1- Kalau kesedihan dipihak kalian, Aku cuba serikan dengan senyuman.
2- Jika gelak tawa menghiasi tanpa sempadan, aku selang selikan dengan ingatan Tuhan yang tiada berkesudahan.
3- Andaikata marah anda berpanjangan, kata2 penyejuk hati aku sajikan...
4- Tatapan minda dan santapan diperlukan, Aku masak la untuk kalian :)


Slogan


◙ Untuk berikan semangat kepada semua blogger baru bahawa walaupun masih muda dalam bidang ini...bukan alasan untuk tidak mampu meluahkan dan menghasilkan sesuatu wadah yang berguna dan terkesan ◙



Tema Blog aku

◙ World ..hehheh..sebab semua pun ada..Agama, Cinta, Kisah hidup, Resepi gak :)



Hajat aku sama seperti motto diatas :)

1- Kalau kesedihan dipihak kalian, Aku cuba serikan dengan senyuman.
2- Jika gelak tawa menghiasi tanpa sempadan, aku selang selikan dengan ingatan Tuhan yang tiada berkesudahan.
3- Andaikata marah anda berpanjangan, kata2 penyejuk hati aku sajikan...
4- Tatapan minda dan santapan diperlukan, Aku masak la untuk kalian :)




.......................................................................


Sebenarnya aku nak tegur blogger otai tu.. Tapi mesti aku kelu...

Korang mesti ada orang yang selalu korg akan share dan rujuk kalau korg ada masalah pasal blog kan?? So taknak share dengan aku ker sape orangnya itu???

Sebenarnya aku ada gak la terlintas nak tanya beberapa orang org lama dan ada nama kat dunia blog nie... Nak mintak sikit nasihat atau nak jelaskan apa yang aku kurang jelas....

Namun, rasa diri ini kerdil sangat2..takot lak nak tanya...memang ada pepatah kata "malu bertanya sesat jalan" tapi aku rasa segan sangat2... Tah la..so aku terus membiarkan diri aku ini diselubungi misteri...errr....

*muke aku jadi macam ni la kalau nak tanye org2 yang dah ada nama..grrrr

Kalau tanya soalan yang dianggap bukan2 kang...jenuh aku...tapi kalau tak tanye..kang aku rasa tersesat lak..grrr...Adoiya..sape2 org lama dalam dunia blogging ini..tolonglah muncul dalam hidup aku... Aku nak sedut ilmu korg!!!!

Ada gak beranikan diri, tanye soalan..tapi penuh formal lak..rasa macam ada gap antara blogger lama dengan blogger baru..bukan nak mintak ada gap tu..tapi sifat rendah diri ini sentiasa menebal...agak2 diorg masa masih baru dulu, ada rasa macam aku rasa tak???

Tapi...mujur dalam ramai2 tu..ada jugak la yang sudi mendidik aku..heheheheheh...mybe cara penulisan kami jauh berbeza..namun die banyak mengajar aku tentang gelagat blogger :)kalo korg kenal die pun aku rasa korg akan rasa selesa dengan die..selamber orangnya..so korg gi la cari orang yang aku maksudkan itu....

Jangan salah faham eh, aku bukan nak kata orang yang dah lama kat dunia blogging ini sombong...tak...cuma rasa aku je yang rendah diri tak bertempat..susah nak kikis rasa neh....sampai kadang2 rasa macam menyekat lak aku dari terus meluahkan pendapat...adoiyaaa..sampai bila aku nak jadi macam neh????

*Ade ker yang rasa macam aku eh??? Jum kita gi kelas motivasi...





........................................................................


Bayar Saman Online - Pejabat Pos sesak!!!

Hari ni hari last untuk bayar saman kan?? then kalau tak bayar gak, cas tambahan akan dikenakan kan?

Hari ini kebetulan driver merangkap P.A telah melakukan satu keputusan yang amat bijak (bayar saman last minit), So menanges2 la die kat pejabat pos itu.. So die pun call la aku dengan nada yang amat sedih

Mr P.A : Ady, tolong bayarkan saman online....

Ady : (bebel lebih kurang 15 minit) Ok2..bak sini num kad pengenalan...


So aku masuk la laman web ini : http://www.myeg.com.my/ dan displaynya adalah seperti dibawah :P

*click pada image untuk membesarkannya :P


Then tak puas hati...aku masuk lak laman web ini : http://www.rilek.com.my/
yeahhhhhh..displaynya seperti ini. tapi link pdrm saman tu takleh click dah..disable...

*click pada image untuk membesarkannya :P


Ahahahahha..kesimpulannya aku suh la die bersabar kat pejabat pos itu... Dan die terpaksa akur..


~TAMAT~


*mORAL OF DA STORY : Jangan suke wat keje last minit...hehehe



Takde entri? kita wat entri - Follower yang kene hari ini - ( 2 )

Takde entri..tapi nak gak wat entri..so inilah cara aku yang terbaru.. Kalau aku rasa takde entri untuk aku kongsi..aku akan cuba buat cabutan bertuah follower...

Dalam segmen ini, aku akan buat satu cabutan...dan melalui cabutan itu aku akan cuba kenalkan korg semua dengan seorg follower aku...

Amacam?? nice tak?? hehehehhe..kira nie nak kasi korg berdebar la....
tak berdebar pun eh??? errrr..(tolong buat berdebar perlissssssss)


Ok untuk kali kedua....aku pilih blog--->CIK PULAU

*tengok header die, macam kat puncak BROGA HILL jer :P


"cik pulau ni simple je orangnya. takdelah complicated nye. cik pulau sekarang ni study lagi. student UKM.. teacher to be la ni sebab ambil education math. hehe.. orang cakap cik pulau garang, tapi peramah orangnya. tu bukan cik pulau yang cakap. orang yang cakap.. lalala~ thanks sebab sudi singgah blog cik pulau yang tak seberapa ni.."
Kata empunya blog :)

Dari pandangan peribadi aku,, blog cik pulau nie so so jer...ahahaha..sebab die tak letak feed aku!!!... EHHHH main2 jer.....

Pasal entri die? aku rasa die selalu sangat wat kajian kat blog2 orang lain sebelum terbitkan dengan entri die yang tersendiri.. Dan kalau nak tau Cik Pulau nie rajin sangat blogwalking :)Paling suke entri...jeng jeng jeng........ NAKALNYA CIUMAN KAMU :)

notty eh cik pulau....eh2..jgn buat kesimpulan dulu..try belek entri tu kat blog die...hehehehehhehe

So sesiapa yang nak kenal cik pulau ini dengan lebih dekat.Sila klik link ini
---> CIK PULAU



.....................................................................


SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA!! Jum lompat macam aku!!!

Memandangkan ada lagi segmen yang boleh aku join..so aku akn tetap libatkan diri selagi termampu..hehehehe ...


Kali ini pasal VLOG...Err....ok jujur!

Jika perlukan kata semangat...aku akan juga berkata untuk diri aku...

◙ ♫♫♪ V. for the L. for the O for the G...errrr...VLOG ♫♪♫ ◙

*bayangkan aku dengan gaya ini sambil sokong vlogger..errrr


Eh2...bukan wat gaya pom2 gurl eh kalo nak kasi semangat??

ok2..aku akan berkata secara serius...

Buat semua kawan2 yang dah bervlogging, AKAN BERVLOGGING TU, aku harapkan akan memberikan semua pun satu kelainan yang mampu mengekspreskan diri kita....Dengan cara ini kita mampu untuk menampilkan diri dengan cara yang berbeza...

Usah pedulikan apa org kata...andaikata ada kritikan yang membina, kita ambik itu sebagai input bagi memajukan diri...Tapi andaikata ada kritikan yang berniat menjatuhkan...lemparkan senyuman saja..katakan : "JELES LA TU" :p



Sape2 yang nak ekspreskan diri pasal vlog tu..leh kot belek2 link oatai ini ---->BRO BEN ASHAARI


Contest Ady takde sape nak join?? Habis hadiah2 nie nak kasi sape??

Grrrr....rupanya contest yang ady anjurkan tak dapat sambutan la..grr..... Tapi pada sapa ady nak kasi semua hadiah2 ini??? Disamping hadiah utamanya Minyak wangi JLO..

Disini Ady nak menyeru semua org agar cepat2 join contest ini.. Tarikh akhir dah nak tiba...

Hadiah2nya adalah seperti dibawah... ADa hadiah utama dan hadiah saguhati jugak :)
"BLUE GLOW by JLO eau de toilette natural spray 3.4FL OZ e 100ml"
(bernilai RM270)



*Cenderahati Froogy :)



So buat sesiapa yang nak meminati peraduan yang dianjurkan ini..Leh la rujuk kat --->SINI



......................................................................................................................



Sunday, February 27, 2011

Takde entri? kita wat entri - Follower yang kene hari ini - 1

Takde entri..tapi nak gak wat entri..so inilah cara aku yang terbaru.. Kalau aku rasa takde entri yang best untuk aku kongsi..aku akan cuba buat cabutan bertuah follower...

Dalam segmen ini, aku akan buat satu cabutan...dan melalui cabutan itu aku akan cuba kenalkan korg semua dengan seorg follower aku...

Amacam?? nice tak?? hehehehhe..kira nie nak kasi korg berdebar la....
tak berdebar pun eh??? errrr..(tolong buat berdebar perlissssssss)


Ok untuk pertama kali....aku pilih blog--->Incik Mumu

*Header yang ceria :)

Korg perasan tak apa yang aku perasan pasal blog beliau?? Die nyata buat blog memang untuk berkongsi apa yang die nak kongsi dengan kita...Tanpa mengejar nuffnang etc..sebab aku tak nampak pun iklan kat blog die....Errr...Incik Mumu..aku cadangkan ko letak la nuffnang tu eh..hehehe..bukan sebab duit semata, tapi ada benda lain gak kat situ... :)

Kita baca apa yang empunya blog tulis

"ETENSEN ETENSEN !! BLOG SAYA NIH SAYA TULIS UNTUK TUJUAN SUKA-SUKA DAN MAIN-MAIN SAHAJA. TIADA APA YANG SERIUS PADA PENULISAN SAYA. MUNGKIN TERDAPAT ENTRY-ENTRY YANG AGAK NARCISSIST DAN MEMBANGGA DIRI. JADI SEBARANG RASA NAK MUNTAH ATAU MELUAT ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA OKEH. READ MY LIPS, EH SILAP, READ MY WORDS - MUAH MUAH AMEK KAO.. KIH KIH KIH.. ERRRRR, OKEH, SEKALI LAGI, SEMUA RASA MUAL DAN BENCI YANG HADIR PADA PEMBACA ADALAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA, WALAUBAGAIMANAPUN, SAYA DAHULUKAN DENGAN UCAPAN " AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN " SEKIRANYA ENTRY-ENTRY SAYA MENGUNDANG RASA TIDAK SELESA PADA SEMUA PEMBACA. INCIK MUMU SAYA SEMUA. TENGKORAK HANG. OKEH, OKEH. SAYANG LAAA KAN. SWEET KAN SAYA..?? KIH KIH KIH. DAN, KEPADA SESIAPA YANG NAK JUGAK BACA TUH, SAYA HARGAI MASA YANG ANDA LUANGKAN DAN SAYA CUMA BERHARAP AGAR ANDA HEPI KETIKA MEMBACA ENTRY-ENTRY SAYA. SEKIAN, TERIMA KASIH."

So sape nak kenal Incik Mumu ini dengan lebih lanjut...sila2 la jeling blog
die ni eh :)

Klik ---> Incik Mumu Untuk maklumat lanjut.


*Siapa pulak yang kene selepas ini??????




...........................................................................


Bloglist The Most Superb Vampire

Menyahut cabaran --->Nazrul

Bukan nak belagak popular atau otai...sekadar menyahut cabaran seorg rakan baik blogger Nazrul..support~ :)

Memang setiap org nakkan sesuatu yang akan maju dari masa kesemasa kalau dah start melakukan sesuatu.. Macam tu jugak aku..bukan hanya berada pada tahap yang sama setelah beberapa lama melakukan sesuatu perkara itu. So aku relate dengan aku berblogging... Mybe sebelum ini aku tak berapa terbuka untuk terus menaip dan berkongsi suka duka, ilmu pengetahuan kat laman yang macam ini..sehinggalah aku sedar bahawa zaman sentiasa berubah..berapa ramai yang jadikan internet sebagai medium untuk mencari maklumat?? ramai kan?? so aku harus seiring dengan media elektronik ini...

So, aku jugak ada tanam cita2 untuk menjadi "seseorang" hasil penulisan aku melalui blog ini... (walaupaun masih baru lagi dalam dunia ini) Namun pengalaman berjuta tahun takkan berguna kalau die masih sama pada tahap yang mula, dan pengalaman yang hanya setahun jagung jangan disangka takkan boleh pergi sejauh mungkin.. kan? - sekadar pendapat pribadi...

Dan jika ditanya kenapa blog aku ini perlu dilistkan dalam senarai "bloglist the most superb vampire" nazrul??

*Penganjur yang suke isap darah

Jawapan aku simple je ...

◙ Untuk berikan semangat kepada semua blogger baru bahawa walaupun masih muda dalam bidang ini...bukan alasan untuk tidak mampu meluahkan dan menghasilkan sesuatu wadah yang berguna dan terkesan ◙

Harap jawapan aku yang simple ini leh buat semua pun terfikir eh :)

Jika nak lihat apa yang dah aku buat untuk aku terus mantapka laman aku yang tak berape nak laris ni... aku katakan satu jer...Apa yang aku rasa korg nak, aku akan cuba tampil :

"1- Kalau kesedihan dipihak kalian, Aku cuba serikan dengan senyuman.
2- Jika gelak tawa menghiasi tanpa sempadan, aku selang selikan dengan ingatan Tuhan yang tiada berkesudahan.
3- Andaikata marah anda berpanjangan, kata2 penyejuk hati aku sajikan...
4- Tatapan minda dan santapan diperlukan, Aku masak la untuk kalian :)"


Ok Nazrul, aku harap entri aku yang menjawab dengan pendek tapi padat ini bisa buat ko berpuas hati dan percayalah kami yang baru ini mungkin masih baru dalam blogging, tapi mengenai pengalaman hidup yang boleh dikongsi?? mungkin mengatasi apa yang anda lihat :)


So aku tag referral aku yang paling tinggi...

Sunah

Nenek Gebu



*Mode nyanyi lagu Elly Mazlein dipagi hari..ahahahahaha


....................................................................


Saturday, February 26, 2011

Follower ke 500 dan blog aku di review :)

Petang tadi akhirnya mampu gak aku capai 500 follower kan...errr..thanks yang follow tu...dan sekali anda dah follow tu..harap aku terus dapat ikat erat anda disini..semua pun...Memang kalau boleh nak buat review pasal semua org yang follow...Tapi rasa belum layak kot..errr...tapi yang pasti, akan buat jugak kot satu hari nanti... Insyaallah....

Mengenai Follower ke 500...



Dia adalah --->BLOGGER FAKHRUL

◙ Suke header blog FAKHRUL yang ada penuh makna.

◙ entri FAKHRUL paling aku suka adalah lovebite ngan lelaki atau perempuan.

◙ tak tau la image yg die guna tu FAKHRUL sendiri design atau google search..tapi suke tengok .menarik!

◙ Untuk ke blog milik die, sila klik --->FAKHRUL




Dan sebentar tadi, Ada seorang blogger yang telah sudi membuat liputan khas tentang blog aku yang baru nak aktif balik neh... Thanks a lotz kat SHAHAZRIN...Thanks a lotz... Suke tengok blog die...rasa macam, santai jer :)kejap lagi die cukup 800 follower tu..insyaallah...


Die suke nak review blog2 orang lain..Itulah istimewanya blogger yang bernama SHAHAZRIN ini :) . So sape2 rasa nak di review...intai2 la blog die..mana tau anda yang seterusnya :)

Thanks lagi sekali SHAHAZRIN...

Klik sini---> SHAHAZRIN untuk singgah kat laman penuh santai ini :)

*Sesiapa yang nak review blog aku lepas neh..eheheheheh..amatlah dialukan...Lepas tu bagitau aku balik k...win and win situation here :)



................................................................


Aku suke orang yang berbadan besar ~ Kenyaataan yang aku takkan sangkal..

Ramai perempuan yang gemuk sekarang seakan2 merasa rendah diri dengan saiz yang mereka milik.. Namun tidak sedarkah anda bahawa tak semua lelaki sukakan perempuan yang slim dan colit molit sahaja???

Contohnya, jujurnya aku ciri2 wanita yang aku suka adalah bersaiz besar...aku tak tau kenape..tapi aku suke lihat perempuan yang macam nie..comel saje...lagi la suke tengok kalo perempuan mengandung.. sangat2 comel..



Kalau anda berdiet sakan semata nak dapatkan pasangan hidup... Aku rasa lebih baik hentikan niat berdiet itu.. Tapi jika berdiet untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik..yang tu aku setuju.. sebab percayalah dalam setiap perhubungan itu perlu ada konsep " Terima Seadanya " ...

Sebab aku kata macam tu?? Yang penting dalam setiap perhubungan adalah hati yang ikhlas... Kalau cintakan fizikal semata..sampai bilakah fizikal itu akan berkekalan...? Nanti dah tua..dan beranak pinak..body dah jadi macam tembikai, kulit dah kendur...masih adakah sayang itu..kalau ada lagi..alhamdulillah la..tu yang paling kita inginkan.....

Ada banyak lagi kalau kita nak sebut pasal hal ini dan ada satu kajian pasal isu ini..heheheheh...leh clik kat --->LELAKI GEMUK LEBIH SERIUS & SETIA (tapi lebih kurang je kan kajian pasal laki n perempuan?? errr..tak same eh???


Apa pun...kalau jodoh..tak kemana :)tak kira la die kecik ker, besar ker, gebu ker, hangit ker....kan?

*selalu pun aku akan tersenyum sipu2 kalau lihat ada gurl yang berbadan besar tersenyum kat aku..err..ahahah..alamak aku sengaja pecah rahsia aku sendiri :P



Pengumuman Bonus 7.5bulan gaji oleh Media Prima dan sape2 nak suh aku belanje??

Dua hari lepas Pihak Media Prima telah mengumumkan pemberian bonus kepada staffnya yang selama ini bertungkus lumus memastikan syarikat penyiaran ini terus berkembang dan terus berkembang ...

Melalui pengumuman itu, didapati bonus maksimum yang diberikan adalah 7.5 bulan gaji... Dan minimunya adalah 4bulan gaji.. So sape2 ade kenalan dari staff media prima tu...inilah masanya nak mintak diorg belanje... heheheehehh

Berikutan itu macam2 plan yang media prima cuba aturkan untuk semua yang ingin menguruskan duit diorg yang berlimpah ruah itu ... Dah la dua bulan lepas semua sibuk uruskan esos masing2..huhuhuhu... So antara planning yang telah diorg rangka adalah seperti berikut ...

*Plan seperti ini rasanya boleh dicontohi oleh lain2 syarikat yang berniat menjaga hal2 stafnya :)

Apa yang aku nak tegaskan kat sini.. Dah ada duit lebih tu..jangan tau nak enjoy jer.Plan elok2...jangan nanti bila ada kecemasan, tak tau nak korek kat ner..Errr sebenrnya aku menasihati diri aku sendiri gak..errr...Almaklumlah aku nie terkenal dengan sifat boros aku..huhuhuhu

Dan buat sesiapa yang nak suh aku belanje tu...Aku tak leh belanje!! sebab aku kan bukan staff yang baik..ahahahahaha..lagipun staff yang selalu timbulkan masalah dan sakit2 macam aku mana la org nak kasi bonus kan :P

Dah2..gi cari org lain...Dengar kata sape2 keje bank lagi DASYATTTTTTTTTTT...So jum kita serang pekerja dalam industri perbankan :P


Hikayat Merong Mahawangsa - Aku teruja... (kita lihat apa kata pelakon ini)

Sebentar tadi baru bersiaran langsung kat tv9 - nasik lemak kopi o... Errr...aku lak jadi berdebar walaupun aku tak on air..grrr... menggigil gak beb..selalunya aku cool jer..tapi kali ini lain rasanya..grrr....

*Grrr...aku paling rendah k...tapi time nie la paling berdebar..seriussss


tah la nape..mybe aku begitu teruja nak tengok cite neh... International standard neh...

Ada gak video aku ambik yang Ummi ajak korg semua tengok movie neh..tapi kualiti amatlah teruk..sebabnya?? pakai hdset and suasana live kat belakang yang agak meriah..tapi nak gak upload kan?? errrrrr


*Tengok die bercakap pun ok...tak penting apa dia kata..hehehehe...sorry2..tak planm nak wat semua neh :P


*Nak tiket movie ini free??? try mintak kat KRU Production :P

Dan selepas apa yang terjadi hari ini..Baru aku sedar yang aku betol2 meminati Ummi Nazira.... Orgnya sangatlah cool..tenang dan mukanya amat misteri..rasa macam macam2 ade kat otak die..tah la...swetsss gler!!! sorry Elly.....Ady dan terpikat dengan Ummi Nazira...


Komen pada entri... mana korg prefer? balas atau tak...



Kadang2 aku terfikir gak.... Perlu ker aku balas komen2 kat entri??...errrr...persoalan yang agak menjengkelkan kan..errr....sebab jujurnya aku akan balas untuk masa2 aku free jer..yang lain2 aku baca..then publish..errrr....

korag lak macam mana eh?? lepas korg ada komen sesuatu entri tu...ada tak korg singgah balik entri tu untuk check balik komen balasan dari pemilik blog?? nak tanye...sebab melalui ini aku leh wat tindakan selanjutnya...Er.....

sorry2...


*Saya budak baru belajar..kalau salah, tolong kasi ajar


Friday, February 25, 2011

Dadih Tropicana Ala Mat Kayu

Setelah memebelek2 resepi Nenek Gebu ..akhurnya ady dapat satu idea nak masak..

Resepinya adalah ...

◙ Dadih Tropicana Ala Mat Kayu ◙



Cara2...


◙ Didihkan 1500ml air, 50gram gula, dan 200ml susu cair (separuh tin yg biasa tu)

◙ Padamkan api, Campurkan kandungan dadih. Kacau selama 5 minit.

◙ Campurkan buah2an dalam tin...

◙ Tuangkan kedalam bekas yang comel2

◙ Bekukan dalam peti sejuk...

◙ Siap!!!

Dan inilah hasilnya :P

*Disajikan bersama susu segar dan Nugget :P

*Zoom in sikit :P



*nugget tu nak resepi tak?


....................................................................


Kene sound lak...hehehehehehe..ok2..sorry2..So ini entri kesinambungan tadi :)

Ada kawan rapat cakap "Ady..hang publish hang punya traffic ja kan?, dari mana traffic hang tu mai?? hang tak mau promote gak ka?"

ok2..nie entri kesinambungan yang tadi tu --->Pasal Traffic tu

Errr..sorry2..so aku mintak maaf kat semua... Kalau korg takde..traffic aku takkan wujud :) mybe sorg jer view setiap hari iaitu aku..heheh..sorry2...sorry..sekali lagi jutaan maaf :) buat semua yang pernah singgah kat blog aku yang malap ni :)

*Alamak..Puteri Puspasunah..sorry2..terkantoi kat sini la :P


Kebanyakkan blog aku datang dari Puteri Puspasunah :) thanks sunah :)

Dan kedua adalah dari blog milik otai yang selama nie banyak sangat mengajar aku dunia blogging ini... iaitu Nenek Gebu :P thanks mat :)

seterusnya adalah korg semua!!!!!! thankssssssssssssssssssssssssss ...Nanges ni..terharu

Yang lain2 seperti kat dalam pic tu...thanks semua..thanks...sekali lagi...jutaan terima kasih!!!!


*jum petang nie join aku tengok I am Num Four :)


Traffic yang perlu aku banggakan walaupun sikit..ahahaha..gelakkan aku jum!

Traffic minggu neh agak mendukacitakan..menjunam gak la nak compare minggu lepas...nak gak aku post kat entri kan?? ahahahahahah...kalo nak compare dengan bro ben, mat gebu, red mummy..pasti aku tersedu2 menanges :P

Mybe sebab aku terlalu tumpukan pada keje kot..almaklumlah minggu nie aku keje sebelah pagi..banyak benda nak settlekan .. sampai takde masa nak promot blog..heheeh

so kawan2..silalah gelak...tapi nie untuk follower yang tak sampai 500 ..korg yang lebih 500 tu, takkan taknak share dengan aku kot ? nak gak tau...errrr...

*Naik sikit2..then menjunam jatuh..hari nie lagi teruk


*Petang nie nak tengok i am number four..Sape2 nak join silakan...


Thursday, February 24, 2011

TUAN DIREKTOR ! PILIH KASIH EH !! `Cinta Si Seliparela'

PELAKON UTAMA

Musang Si Ady

Demak Fredley

Puteri Puspasunah

Dayang ku Usop (die nie maknyah)


PENAMPILAN KHAS

Nenek Gebu


PROP

◙ Pokok Pisang = BRO BEN ASHAARI
◙ Kolam = Amalina
◙ Selipar = Shida



Disebalik pokok pisang

kedengaran suara sumbang Puteri Puspasunah menyanyi2 manja..kawalan suaranya agak berkeliaran..tapi still nak nyanyi dengan kelantangan yang nyaring..lagu ape?? lagu "bunga2 cinta" la.....


Puteri Puspasunah : ♫♪♫ sayangilah diri iniiiiii... cintailah diri ini yang kelayuannnnn ...Bonga2 chentakkkk layu berpusaaaaraannnnn ♫♪♫

Dayang ku Usop : puteri..ampunkan patik pacat yang hina ini... Puteri mahu bersiram atau sekadar mahu bersendaloka??

Puteri Puspasunah: (muke masih maintain ) Tidak sedapkah suara lembut beta ini wahai pacat yang hina?? (jemari belai2 rambut)

Dayang ku Usop : Choyyyyyy Lagi sedap jika puteri sambil menyanyi tu sambil masukkan muke didalam air..bunyinya lebih berkesan...

Puteri Puspasunah: hehehehhe (gelaK tetap sopan keyh ) ada2 saja kamu ini..memuji saya sehingga sebegitu...

Dayang ku Usop :(menanges) tak faham2 bahasa lak sindiran aku neh - kata dalam hati...


Tak disangka, rupanya kejadian yang sedih itu disaksikan oleh dua mata liar dari balek semak... Ada Musang Si Ady dan juga Demak Fredley sedang mengskodeng baek punya..saya tegaskan sekali lagi disini..SKODENG BAEEKKK PUNYA!!!!
penyekodeng itu terus keluar dari tempat persekodengan...lalu menerpa kedua2 gadis tersebut...


Musang Si Ady: selipar siapa yang ditinggalkan dihujung sana?? selipar warna merah jambu..comel jer bentoknya!!!!

Demak Fredley;(angkat selipar yang diletakkan rapi diatas towel :)die senyum jer.tak bersuara...

Puteri Puspasunah: Heyyyyyyyy siapakah kalian berdua..berada di jakuzi milik gadis2?? Eh nok ini namanya jakuzi ya??

Dayang ku Usop : (geleng2 kepala..)

Puteri Puspasunah: ahhhh..lantak la, puteri lebih gemar memanggil kolam ini sebagai jakuzi..ade puteri kesahhh

Dayang ku Usop : chak chak chak....

Musang Si Ady: ini kad nama patik...(mengghulurkan sejenis kertas berwarna hitam)

Puteri Puspasunah: (berlari2 manja menyorok belakang Dayangku Usop) Owh...awak rupanya..blogger terkenal itu..maafkan puteri...puteri suke cerita awak...awak..sila klik ---> SINIuntuk entri yang saya minat itu...

Musang Si Ady: Owhhh..tapi saya buat tu dengan tak sengaja (muka riak)

Puteri Puspasunah: mintak signnnnnnnnnnnnnnnnnnn...

Musang Si Ady: Tujuan utama saya hanyalah untuk mencari pemilik selipar pink ini..Adakah Puteri empunya selipar pink ini??



Puteri menerai selipar yang diajukan.. Tidak muat... Lalu Dayang Ku Usop yang sejak tadi minta izin untuk menerainya jugak..masih tidak muat...Musang jadi kecewa...


Musang Si Ady: andai kalian berdua tidak culuis (loghart kedah) siapa agaknya pemilik selipar pink yang comel ini?

Puteri Puspasunah: (memerhati kakinya...memerhati kaki shidah jugak)Dihujung kampung sana ada seorg lagi pelakon dalam cerita ini...apa kata saudara berdua pergi menyuruhnya menerai selaipar itu?? untung2 die muat...namanya Nenek Gebu...

Dayang ku Usop : biar kami berdua saja yang eskot kalian berdua (untung2 leh tackle diorg ni- dalam hati)


Lalu bermulalah pengembaraan yang begitu penuh liku untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju...Sesampai saja dirumah yang dihujung kampung itu..

Musang Si Ady: Assalamualaikum (dengan nada sopan)

Puteri Puspasunah, Dayang ku Usop , Demak Fredley : waalaikummusalam (serentak didalam hati)


Lalu muncul la seorg nenek... Keluar sahaja dari pintu rumah itu.. Nenek itu terus menerpa Musang...

Nenek Gebu : mana dapat selipar kesayangan nenek ini?? Tadi selipar ini terjatuh masa nenek tengah main buai laju2 aku nak kawen dengan anak raja... Terima kasih anak muda sebab bawakan balik untuk nenek... Ini hadiah bestday nenek yang paling nenek sayang...Dan nenek berjanji, sesiapa yang menemui selipar ini nenek sudi untuk menjadi suri rumahnya sepanjang hayat....


Dayang ku Usop , Puteri Puspasunah, Demak Fredley : APA??!!!!

Musang Si Ady: saya rela :)


Maka berlangsunglah perkahwinan Musang dan Nenek Gebu dengan begitu meriahnya.. Disaksikan oleh sahabat2 bloggernya :P



CUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!


SAYA NAK ! SAYA NAK !

Walaupun kat opis aku tetap gegeh menyahut cabaran untuk jadi pelakon...Ben..aku nak jadi pelakon wanita utama..errr....



Sape lagi nak berlakon?? sila pergi ke link ----> INI

Alamak...salah header...yang nie baru betol :



Setelah sebulan aktif blogging - Dari belasan ke 473 follower

Ingat kembali detik2 aku mula minat dalam dunia blogging ini... Mula dengan membuat blog semata2 nak hentam seorg blogger...sampai la aku jadikan macam diari harian aku...Memang tak berminat pun untuk ada follower..senyap2 ade la jugak muke2 timbul jadi follower...Tapi jujur aku tak tau pun ape follwer dalam dunia blog...

Sampai satu ketika, aku dilanda masalah kesihatan..aku tak tau nak luahkan pada siapa..so blog yang mulanya menghentam blogger aku jadikan sebagai tempat meluahkan rasa sakit aku :)

Dan pada malam 21 Janury 2011, Satu peristiwa telah melanda hidup aku...iaitu peristiwa ---> Aku dan hadiah paru-paru sempena hari lahirku....

Dan tanpa aku sedar, melalui entri itu, BRO BEN ASHAARI telah hadiahkan aku dengan mempromosikan entri tersebut dalam blog beliau :) Bangun jer 21hb pagi...sengaja bukak blog yang tak berapa penting itu...Hoh??? berpuluh2 komen masuk.... Aku yang tak tahu sangat pasal dunia blogging pun mencari puncanya..Errrrr....sampai la aku baca entri promote dari BRO BEN ASHAARI..So aku andaikan BRO BEN ASHAARI telah menyuntik semnagt aku untuk terus berkarya :) Thanks beb...

Then dalam aku ada semangat itu, berkenalan lak dengan seorg otai blogger... Mula aku dengar jer nama kat radio hot.fm...aku tak pedulikan sangat..tapi namanya memang ada terpahat la kat otak aku...Then, ada seorg mamat display image die sia biru add kat facebook..nama die Adnan...so aku ingat die pun macam kawan2 facebook aku yang lain..Eh, sekali mamat sia biru ada lak kat follower blog aku...Tak lak aku belek blog die...

Kat sahabat blog, aku tak pasti macam mana aku leh termasuk group itu... Ada gak mamat nama Adnan tu...Popular lak tu...Tetibe...errrr...apakah?? kat situ semua org panggil adnan itu dengan nama MAT GEBU...nama yang sama aku dengar kat radio ..errr...start situ aku belek2 blog die...Ahahahaha..nampak sangat aku tak berkemajuan dalam dunia blog kan..heheheh...Sampai la skang aku beranikan diri nak gurau2 dengan Mamat Waris Jari GEBU ini...Rasa beruntung dalam kenal org2 yang dah ada nama kat dunia blogging :)

Sejak hari tu aku hari2 pun akan buat entri...mulakan dengan sehari sekali entri..Dan entri2 yang aku buat pada mulanya agak formal..tak santai sangat, puisi etc...Sampailah hari ini, aku lebih suke letakkan entri2 yang pelbagai... Dari kisah peribadi, cinta, mengarot, dan ada jugak agama k :)

Kat sini aku rasa beruntung ada Folowers macam korg semua..Kalau korg takde..memang aku masih macam dulu..tulis blog time ada masalah jer :P Aku beruntung dan bersyukur gak sebab diberi kesempatan untuk kenal orang2 yang dah ada nama dan sudi untuk sama2 bagi panduan untuk terus berblogging...Tak lokek ilmu...Tapi, tanpa aku sedar, ada insan2 yang tak suke dengan kehadiran aku kat dunia blogging ini..siap maki2 aku, kondem aku kaw2 punya...siap msj kat fb..siap call n sound..tapi semua tu pun semnagt untuk aku terus blogging :)aku tak leh nak kata ape..sebab tak semua pun akan suka kita...

Bertemu kat Gathering jugak merupakan pengalaman yang paling bermakna untuk aku..Alhamdulillah dah dua Gathering yang aku dah join..

--->Sehari bersama SAHABAT BLOGGER

--->Mini Gathering Zon Utara

Dah sekarang.. aku suke kenal dengan semua org kat sini...aku kadang2 rasa tersenyum sorg2 tengok gelagat yang ada..dan kadang2 turut merintih hiba mendengar cerita2 sedih dari semua kawan2...

Prinsip yang aku pegang dalam dunia blogging

◙ Jangan sesekali nak cuba sakitkan hati org lain
◙ Sekali berkawan, biarlah selamanya
◙ Pelbagaikan gaya penulisan


Akan bersiaran langsung untuk dua program tv serentak... (M.H.I @tv3 dan Hot.fm AM Crew @8tv)

Berkerja dengan tekun jika aku masuk keje awal2 pagi..huhuhuhuuhuhhuhu..
so ambik kesempatan untuk update Entri walaupun sekerat kera :P

Seawal 6pagi sudah sampai opis, standy apa yang patot sebelum dua rancangan live ini bersiaran...Agak leceh la..ahahaha..tapi nama pun keje...Amanah tu kene kita tanggung dengan ikhlas...Rzeki yang masuk pun insyaallah halal kalau datang dengan niat yang betul :)

*M.H.I - Malaysia Hari Ini TV3


*Hot.fm Am Crew @8TV

Tapi selepas pukul 10pagi jap lagi kira aku leh dancing depan pc la..sebab jari aku akan gatal2 kalau tak menaip..hehehehe...

Dan cadang hari ini selepas keje akan melawat seorg kawan blogger kat HKL.. dan melawat seorang kenalan lama kat Pandan Indah...


Wednesday, February 23, 2011

Teruskanlah berjuang walaupun dalam keadaan kalah

*Tidak ada daun yang gugur, yang tidak diketahui olehNYA...

Teringat lak kan lagu suratan atau kebetulan tu... Dalam hidup ini..Allah tak hanya berikan kita kebahagiaan .. kadang2 kita akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran bertubi2.. Sampai kita rasa down yang mampu buatkan kita salahkan atas nasib diri kita...

Satu jer Ady nak kata kat sini, Tuhan sayangkan kita sebab tu die turunkan ujian itu kepada kita..DIA tahu kita mampu menggalas semua dugaan itu...Pegang la kata2 Ady tu k.. Tiap kali kita rasa lemah semnagt, lost..ingat...

◙ Allah turunkan dugaan untuk hambanya yang TERPILIH ◙

So kita kene bersyukur dan menerima segala dugaan dan ujian itu dengan tenang kan?? Alhamdulillah..Aku diuji sekali lagi..dan aku harap aku makin kuat untuk harungi dugaan2 yang bakal mendatang selepas ini...

Kadang2 jugak kita rasa kita dah habis upaya mencuba...berusaha untuk menghadapi dugaan itu... Namun rasa kalah wujud dalam diri...

◙ Teruskanlah berjuang walaupun dalam keadaan kalah itu ◙

Kita takkan akan rasa terkilan walaupun kita kecundang dalam medan perjuangan itu kerana kita sudah dan masih berusaha berjuang...berjuang dan terus berjuang...Apa yang terjadi. hidup perlu diteruskan.. senyuman manis ini akan sentiasa diukirkan, dan jemari ini akan tetap betah menari dilembaran usang ini.....


*Setiap yang datang akan pergi..INGAT tu...


Tudung Bogel? Tudung Tren baru ker? Tolong sape2 yang tahu pasal tudung ni....

Tadi belek2 la keyword yang boleh org lain datang kat blog aku... Terkejut beruk aku tengok ada keyword "TUDUNG BOGEL"....

*Perhatikan yang dalam bulatan itu...Yang lain2 tu alhamdulillah..sejuk gak mata memandang...

Errrr..sejak bila lak kat blog aku ada jual tudung..tudung bogel lak tu..errr... Sape2 yang tau pasal tudung tu tolong inform aku eh...

Ker sebab entri ini ---> CERITA GAMBAR BOGEL yang buatkan keyword tu terus sampai kat blog aku neh???

*Ish ish ish..geleng kepala....


Blogger disaman Dr Rais diberi masa fail pembelaan - Berhemahlah wahai kawan2ku...

Mulakan hari ini mengenai berita pasal blogger kene saman... Kita semua bebas berkarya..namun jangan sampai berbaur fitnah dan menjatuhkan maruah orang lain..

Jadikan ini sebagai panduan k....

KUALA LUMPUR: Seorang blogger yang menghadapi saman daripada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berhubung penyiaran makalah berunsur fitnah dalam blognya memohon lanjutan masa bagi memfailkan pernyataan pembelaannya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan Amizudin Ahmat itu pada 17 Februari lalu.
Berikutan itu, Zabariah menetapkan 21 Mac untuk mendengar permohonan injunksi inter-parte.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan semalam untuk mendengar permohonan berkenaan. - Bernama



Nak suggest blog2 nie untuk korg... :) aku suke diorg..harap korg suke...

Sebenarnya Senarai dibawah ini aku ambik hasil komen dari entri aku yang bertajuk ---> My top 10... Wajib bukak blog ini hari-hari..heheeheh

So alang2..Leh gak share dengan korg semua kan.. Bukan niat nak tunjuk pandai ke ape..cuma sekadar pandangan pribadi jer :)


1 ◙ Mr Gajus
Pendatang baru neh...mybe kita leh kenal keje die kalau kita belek blog die..ngeri gak..errr


2 ◙ Kecik Itu Comel
Blog die nie kemas..aku suke singgah blog yang tak banyak sangat pakai aksesori..rimas dengabn banyak2 aksesori neh...hebat gak blog ni :)


3 ◙ Qaseh Dalia
Die nie agak glamor kat Sb..heheh..tapi nape feed ady takde kat page die eh?? hehehehe.. Blog die bercirikan kewanitaan..opink pilihan hati :)


4 ◙ Nisya
Blog die lak ada lagu..Errr...Ady kurang berkenan dengan blog yang ada lagu..tapi entri die not bad.. Suke blog die sebab empunya blog nie peramah sangat..suke jalan2 singgah dan komen kat blog orang lain..meriah...


5 ◙ Amalina Mansor
Comel gadis ini..heheheh...die nie pun suke jalan2 kat blog org lain then kasi komen.. :) tak rugi kenal org macam ni..tapi takde feed dari ady ker...larikkkkkkkkk


6 ◙ Atiq
Sorry2...lambat lak nak update pasal org kuat SB neh..Err..leka baca entri2 die..hehe...bermaklumat :)


7 ◙ Sarah Nordin
Merahnya blog adik sorg neh... Ada gak intai follower die..Gulp!! ada otai gak la follow die...bila belek2 entri die...tak hairan kot...entri die ada gak pelbagai rasa..cukup la pendek kata :)


8 ◙ Fadzli
Haaaaaaaaaaaaa pasal pemilik blog ini..selalu buat aku mati akal..sebab apa yang die kongsi buat aku rasa " laaaa tu kaaaa" tak etrkata..sebab banyak ilmu baru aku dapat dari blog ini :)


9 ◙ Woofer Storm
Die ni lak, aktif dalam berbloging.. serius die ni ...bukan orgnya ..tapi serius dalam bloging..hehehe..selalu nampak die kat page org lain..aktif..dasyattttttt


10 ◙ Nazrul Ashraff
Satu jer word aku kat blog die ni.. Cool :)


11 ◙ Rosmina Samin
Blog die nie pun simple jer...tapi ada gak peningkatan yang leh dibaiki..entri die santai..Die rajin singgah blog aku gak..heeheh


12 ◙ KHAIRIYAH ZULKIFLEI
Aku tak pasti lak saudari ini pandai bermain gitar ke tak.. Image die macam yuna lak..hehe...ada gitar disisi macam anna Raffali... nak kenal die leh jer singgah :)


13 ◙ Zulfikar Hazri
Mamat yang paling selalu buat aku tersenyum..aku tak kira..asal jer dapat komen dari die..aku masti senyum sampai ke kening..ahahaha..mamat nie happy jer..tapi sebut pasal entri...die nie jiwang gak kot~~ :P


*Thanks sangat2 sebab sudi singgah eh...lain kali singgah la lagi :)


Tuesday, February 22, 2011

Mat yang paling popular kat google...tak caya korg try...

Saje2 nak cari pasal mat rempit tadi..so aku try la nak google search ..nak wat kajian sikit sbelum menerbitkan entri..

Taip jer word "MAT" tau tak suggestion die ape?? yang paling atas adalah

◙ MAT GEBU ◙

SO AKU SIMPULKAN KAT SINI..DALAM BANYAK2 MAT... MAT GEBU LA YANG PALING POPULAR..KALAHKAN MANA2 MAT LAIN K..

Buat sesiapa yang masih tak kenal Mat yang paling popular diantara2 mat yang lain neh...leh klik kat --->◙ SINI ◙

Kat situ korg akan meleleh...jgn nak salahkan aku kalau korg akan rasa lain macam lepas klik kat situ k :P

kalau korg tak caya korg leh try wat gak..
ini adalah fakta k!!!
*Inilah buktinya :P (klik pada image untuk besarkan image)


Jejak kasih antara Mr Froogy dan anak2nya...

Baru2 ni.. Aku kan ada balik kedah.. Tujuan utama aku selain dari Gathering adalah untuk menemukan kembali 3 biji anak2 Mr Froogy dengannya.. Sengaja nak buat surprise.. So aku balik kedah dan ambik balik 3 biji anak2 Mr Froogy ini...

Yang selainnya?? Biarlah gambar dibawah ini menceritakan segala :)



*Dah jumpe tu siap suh aku ambik gambar diorg n letak kat blogg aku...cheh!! bajet popular tol la katak sebiji neh..urmm..ikotkan aje..tak ikot kang merajuk lak...



Lepas tu mula la ajak anak2 die tu main sorok2..

*Ini jelah permainan diorg kalo bertemu..Elahhh si Froogy nie..dengan kawan2 die pun permainan nie jer die main..Sorok2...



*Ade sape2 tak nampak ker kat ner anak2 si Froogy tu sembunyi...grrrr.... Ok2, sebiji kat hanger tu...tah macam mana dia menggantungkan diri pun tak tau, sebiji lagi belakang langsir..yg tu dah biasa sangat org buat, n sebiji lagi kat belakang bantal peluk tu haaaa...


Himpunan Komen2 pada entri yang bisa buatkan aku tersenyum sendiri :) Part 1

Inilah himpunan koleksi komen2 yang boleh buat aku tersenyum sendiri...


*Pertama kali Ben komen entri aku..heheheh BEN ASHAARI TANYA .. 1TUBE.MY





*Ni komen Pak Mat Jari Gebu kat entri -->umlah Follower aku sikit jer berbanding die....Tapi nape aku tengok entri die pasal traffic die....


*Antara komen mencuit hati kat entri -->Perkembangan Mr Froogy yang lama mendiamkan diri~



*Hahahahaha...mamat Zul nie pun selalu komen sesuatu yang buat aku sakit perot gelak...ahahaha -->Ayat paling JIWANG aku pernah guna kat perempuan :P Korang lak?





*Ketiga2 komen dari entri -->Kalau Ben Ashaari, Mat Gebu, RedMummy, Zack masuk Majalah n Akhbar ------> Aku masuk TV k.... Saksikan... Semua pun buat aku tersenyum..ahaha..kadang2 tergelak :P



*Komen seseorg yang tak dikenali kat entri-->Lah.....takkan dengan blogger ciput macam aku pun nak cari pasal kot? Edisi ade aku kesah dengan LALAT??



*Kawan baikku Aida komen pasal -->Penangan Chat Gadis Blogger , Traffic minggu ini dan follower ke 400 :) errrrrr



*Zul komen untuk -->Isu Ady Bercinta dengan Bloger Sunah ..Ahahaha...die nie memang komen yang kelaka pun..aahahha



*Shida komen untuk -->My top 10... Wajib bukak blog ini hari-hari..heheeheh Ahahahahaha..dia guna akaun org lain untuk komen entri aku..siap buat pembetulan tu...



*Banyak lagi komen2 yang buat aku tersenyum...tak sempat nak publish semua lak..hehehe


My top 10... Wajib bukak blog ini hari-hari..heheeheh

Blog yang selalu Ady singgah...
Eh..tapi sebelum tu..Ady bukan maksud takde singgah blog yang tak tersenarai tu..ade.... Sape2 yang nak letak kat list num 10 tu dialukan..hehhe... Korang senaraikanlah jugak blog yang korg selalu singgah eh...macam bagi semangat kat org2 lain untuk terus berbloging secara bersemangat :)


1-MAT JARI GEBU (yang nie Ady singgah time dah kenyang..kalo tak..merana)

2-SAUDARI SUNAH ( selalu jer singgah2 sini..hehhee)

3-BRO BEN ASHAARI ( entri2 dengan tajuk yang buat kita rasa nak klik)

4-SHIDA (jiran sepagar yang setia..hehhe..)

5-CIK YUYU (singgah nak tengok die pakai tudung die tu )

6-CIK AIDA BAMBAM ( kawan segossip dan senanges dulu..errr..die leh tau apa yang Ady wat..serammm)

7-Norfa...tapi skang tak lagi..sebab die under maintanance jap..

8-PERCUBAAN PERTAMA (suke cara pendekatan die neh..santai jer)

9-ADY BUDIKA (ahahahaha..yang nie paling selalu kot)

10 Adakah anda?????

◙ Ady suggest korg singgah2 blog diorg..diorg semua nie ok jer...ada tu siap sediakan makanan dan lauk pauk untuk tetamu :P

◙ Korang pun mesti ada blog yang selalu korg singgah kan..

◙ Satu lagi..ady tak perasan ada yang letak Ady kat feed korg..So nak mintak sape2 yang ada letak tu...bagitau kat ady eh...letak url kat sini..errrr


Perlu ker publish Traffic untuk tatapan umum?

◙ AKU MYBE BUKAN ORG YANG LAYAK UNTUK MEMPERKATAKAN ISU INI, TAPI SEKADAR MEMBERI PENDAPAT ◙

Setiap orang ada alasan tersendiri, Dan kalau bagi aku...aku suka nak tengok traffic org lain..heheh..sebab dari situ leh kita compare kita ni ada pembaca ke tak kalau nak dibandingkan dengan org lain...

*Apakah yang membuatkan naik turun traffic anda?? share sikit..(traffic aku sikit tapi aku suke kalo org nak tengok..leh korg gelakkan aku..ahahahaha..so korg akan semnagt untuk terus berkarya)


Buat apa nak bandingkan??? mybe kita punya matlamat berbeza...ada yang menulis sekadar untuk meluahkan rasa...ada yang menulis untuk dikongsi bersama...Bagi aku, awal2 penulisan blog nie, memang aku buat sebagai medium luahan rasa je...bukan niat nak kongsi dengan sape2....Tapi skang matlamat tu dah berubah, nak org lain sama2 membaca hasil tulisan kita...tak kisah la tulisan pasal agama, pribadi, nasihat etc...

Traffic org lain pun leh kasi kita semangat untuk membaiki serta memantapkan entri2. Sebab bila kita tengok traffic org lain mencanak naik...kita automatik akan ada rasa untuk naikkan traffic kita jugak... Dan kalau traffic kita lebih dari org lain...kita akan rasa nak teruskan naikkan traffic tu...

Traffic dan follower adakah seiringan?? Yang nie seperti yang pernah aku kata sebelum ni la...Paling penting ada follower yang setia bagi memastikan traffic kita maintain..Kene bijak ikat kesetiaan pembaca kita...Aku mybe bukan org yang betul2 layak untuk kata macam ni..hehehhhe.... Paling penting! entri kita mestilah mampu terkesan pada sesiapa yang membacanya... Entri kita leh buat org setia dengan kita kot no?

So setiap orang pun ada pendapat masing2 untuk isu traffic ni...dan bagi aku, aku suke tengok traffic org lain dan bandingkan dengan traffic aku..So korg semua..publish la traffic korg..leh aku tengok..hehehehehe.....

Lepas nie nak cari Top 10 blogg yang aku suka la..ehehehe..adakah anda???


*pengalaman 100 tahun tak membuktikan die mempunyai 1000 pengetahuan, dan pengalaman setahun tak bermakna die tak mempunyai pengetahuan 1000 pengetahuan... Pendek kata semua terletak pada usaha dan keinginan seseorang


CINTA VS PERSAHABATAN


Antara cinta dan persahabatan
Andainya ku diberi pilihan untuk memilihnya
Akan ku pilih kedua-duanya
Kerna bagiku ianya sama bererti dan bernilai dalam kehidupan

Cinta...
Suatu ungkapan yang belum pasti kan keindahannya
Kerana disebalik keindahan cinta itu
Tersirat seribu kepahitan dan keperitan
Pastinyakan merentap kedamaian jiwa seorang PENCINTA SETIA
Takkala ikatan diundang kekecewaan.

Namun…
Ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan
Hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara dibibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya kurniaan ilahi
Lahirnya dari hati seorang insan
Berakal emosi penyayang dan berperasaan.

Persahabatan...
Suatu ikatan yang lahir dari hati keinginan yang ikhlas
Bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakraban
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya
Tentang impian dan pengertian hidup ini
Persahabatan yang suci dan murni
Adalah sebuah perhubungan disulami benang kejujuran
Diwarnai dengan keikhlasan
Dicurahi dengan kasih sejati
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan.

Teman yang budiman...
Mengertilah maksudku ini
Sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku
Sejak perkenalan kita
Kita bina tugu persahabatan
Yang dipagari besi kedewasaan
Yang teguh berdiri megah dilaman hati kita
Tak tumbang dek rintangan
Hanya satu pintaku
Agar dikau SELALU MENGINGATIKU…

*Puisi itu ketika dulu


LELAKI GEMUK LEBIH SERIUS & SETIA

Jangan mudah merasa rendah diri jika kamu termasuk dalam kategori lelaki berbadan gemuk. Ini kerana kebanyakan lelaki yang memiliki badan agak berisi, gempal, atau gemuk dikatakan lebih setia jika dibandingkan dengan lelaki berbadan kurus & sederhana. Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan di Jerman baru-baru ini.
Soal selidik tersebut yang dilakukan terhadap 1000 orang lelaki Jerman berusia antara 31-69 tahun. Setiap responden ditanyakan soalan tentang tarikan mereka terhadap seksual. Hasilnya, didapati 23% lelaki yang termasuk dalam kategori memiliki berat badan ideal mengakui bahawa mereka tertarik untuk bersikap curang. Sedangkan lelaki dalam kategori berat badan berlebihan hanya 11% yang tertarik untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka. Manakala, 19% lelaki yang memiliki berat badan kurang atau terlebih kurus akan bersikap curang terhadap pasangannya.
Justeru itu, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa lelaki gemuk apabila jatuh cinta, akan lebih memilih untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius & bersedia member komitmen jika dibandingkan untuk mencari bersikap curang.
Selain itu, perut berotot yang dimiliki lelaki atau sering disebut dengan istilah ‘ six pack’, ternyata tidak menjadi perkara utama untuk menarik perhatian wanita. Kumpulan penyelidik dari University of Queensland, Australia membuat kesimpulan tersebut dari pemerhatian terhadap iklan yang menampilkan bentuk tubuh lelaki. Tanggapan penyelidik terhadap tubuh lelaki berotot sama sahaja dengan iklan yang menonjolkan tubuh lelaki memiliki ukuran rata. Para responden yang terlibat dalam soal selidik itu, memberikan tahap sama pada lelaki bertubuh sedikit berisi, ramping & berotot.
Phillippa Diedrichs, seorang penyelidik mengungkap promosi iklan tidak perlu terlalu menekan pada otot yang kuat & perut berotot. Hasil kajian ini telah menjadi bahan perdebatan di antara pihak media tentang bentuk tubuh lelaki paling sempurna. Malah, hingga kini secara khusus telah memberi gangguan pola pemakanan di kalangan wanita muda.
Diedrichs menunjukkan contoh iklan jeans, barangan rawatan kulit & pewangi tubuh yang menggunakan model lelaki berotot kini sudah mencecah lebih dari 600 golongan remaja lelaki. Hasilnya memang para remaja member kesan positif terhadap iklan yang menggunakan lelaki berotot. Tetapi, faktanya iklan yang hanya menonjolkan produk lebih efektif dari apa yang dibawakan oleh model tersebut.
“Beberapa responden beranggapan bahawa model lelaki berotot menunjukan imej homoseksual. Imej tersebut bagi mereka mungkin tidak menyenangkan,” kata Diedrichs, seperti diperoleh dari Times Of India. Hasil kajian Diedrichs pada tahun 2008 menunjukkan bahawa model lelaki memiliki tubuh berisi atau gemuk sama kesannya dengan model langsing. Dan ini telah mematahkan prinsip industry yang menganggap model berisi ‘tidak boleh dijual’.


Saya Nak Join Entry Dalam Yuyu Zulaikha


Yuyu tanya nape nak join segmen die kali ni??? Ok jujur dari hati nan nurani...Ady join semua nie sebab ady nie secret admire YUyu,....larikkkkkkkkkk..grrr....silap2...

Ok,
1-support kawan2 yang kita rasa berpotensi.dan boleh naik dalam bidang ni
2-win and win situation.
3-lagipun selalu tengok komen2 yuyu kat page2 org lain...kali nie biar lak page ady melekap kat page yuyu...

harap ady tak terlewat :)

Sape2 yang nak join gak tu..
sila klik ---->SINI


Monday, February 21, 2011

Mr Froogy dalam kerinduan katanya... Leh caya ker?

Dapat panggilan malam tadi sebelum tido...Num baru... Tertanya gak sape la kan kol lewat2 malam....Angkat jer call, ada suara sayu n sedih kat hujung talian...Errrr...dari suara tu...macam nak kenal jer....Sape lagi yang berani ganggu tido aku kalau bukan si Hijau itu...

*Makhluk inilah dihujung talian

Die cakap die dah tak tahan rindukan aku..Die nak aku balik jugak ...suh aku balik jugak hari ini...Die cakap rumah pun dah tak terurus...Penyapu patah....Sampah tak dibuang kat bawah....kaki die dah makin banyak luka....Baju kotor menimbun tak basuh....(Aku tau...die sebanrnya cari alasan la tu..sebab dah rindukan aku)

Alang2 die dah kol...so aku cakap la yang aku akan balik jugak hari ini..Kene balik opis...Tak cukup org lak minggu nie...Opismate m.c...so nak tak nak kne cover la...ap lagi la balik ..huwargahh...ngantok....So alang2 die dah call, so aku suh die cakap dengan adik2 baru die jap yg tiga ekor tu....

*Diorg inilah aku kasi chance berborak dengan Mr Froogy

Tah la ape diorg borak...Yang pasti budak tiga ekor nie macam sinis je pandang aku..gelak2 kecil kat aku..konon comelllllllllll.....

So aku dengan hati yang terbuka akan balik K>L pagi ini jugak..mata nie dah cukup berat lak..ngantoknya...

*kadang-kadang kita terpaksa telan sesuatu yang tidak kita inginkan, namun realiti tetap realiti..nak tak nak kene hadapi..kerana hanya ilusi dapat menyatukan langit dan bumi....


Kalo korg lom tido waktu ini..Apa maksudnya???

Kalo korg lom tido waktu ini..Apa maksudnya???


Kalau Ady...Tak leh nak lelap lagi sebab dok ngadap dashboard nie..banyak lak entry yang best2...hehehe...nak saje kongsi entri2 best kat page ady ni..errr..tapi malu lak..kang ada org cakap ady bajet blogger hebat lak.. tapi...macam nak sangat la wat macam tu dalam masa terdekat..hehehheheh...

*kerana benda yang baik patot kita kongsi kan?? MATTTTTTTT tolong nasihatkan aku sikit..eh bukan sikit..tapi banyak!!!