Sunah Suka Sakura dot com

Wednesday, February 23, 2011

Blogger disaman Dr Rais diberi masa fail pembelaan - Berhemahlah wahai kawan2ku...

Mulakan hari ini mengenai berita pasal blogger kene saman... Kita semua bebas berkarya..namun jangan sampai berbaur fitnah dan menjatuhkan maruah orang lain..

Jadikan ini sebagai panduan k....

KUALA LUMPUR: Seorang blogger yang menghadapi saman daripada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berhubung penyiaran makalah berunsur fitnah dalam blognya memohon lanjutan masa bagi memfailkan pernyataan pembelaannya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan Amizudin Ahmat itu pada 17 Februari lalu.
Berikutan itu, Zabariah menetapkan 21 Mac untuk mendengar permohonan injunksi inter-parte.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan semalam untuk mendengar permohonan berkenaan. - Bernama



8 comments:

mizzkechique said...

sebab tu kn berhati2 bl berbicara tnpa suara ni...

SaYraH WonDerLanD said...

Huu berkarya ada batasan nya.

norinaomar said...

takut kan?..kena pikir panjang-panjang sebelum klik publish post tu

Sunah Mohammad said...

uiks, bahaya kan dunia blog ni..sebab kita tak semestinya bebas berkata-kata..tambah2 kalau isu sensitif negara..

nak cari la blog Amizudin Ahmat tu..

nisyA said...

nak menaip pun berpada-pada la kn :)

rosmina samin said...

Freedom of speech itu yg diwar2kan tapi... jgnler terlalu free sgt.. akibatnya hah masuk lokap, bayar saman + malu....

rosmina samin said...

Freedom of speech itu yg diwar2kan tapi... jgnler terlalu free sgt.. akibatnya hah masuk lokap, bayar saman + malu....

... said...

as salam..
sebab tu, bagi seorang blogger, sensivitinya dalam berkarya bergantung kepada aoa yang beliau ingin utarakan.tetapi dalam konteks berfikir tanpa mengiyakan fakta itu benar. tapi bagi seorang journalist, haha.. terlepas.agenda seorang journalist, berbeza dengan blogger :p

p/s: saya bukan journalist diiktiraf ok~ sekadar meminati dunia blog-journalist ;)