CINTA VS PERSAHABATAN


Antara cinta dan persahabatan
Andainya ku diberi pilihan untuk memilihnya
Akan ku pilih kedua-duanya
Kerna bagiku ianya sama bererti dan bernilai dalam kehidupan

Cinta...
Suatu ungkapan yang belum pasti kan keindahannya
Kerana disebalik keindahan cinta itu
Tersirat seribu kepahitan dan keperitan
Pastinyakan merentap kedamaian jiwa seorang PENCINTA SETIA
Takkala ikatan diundang kekecewaan.

Namun…
Ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan
Hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara dibibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya kurniaan ilahi
Lahirnya dari hati seorang insan
Berakal emosi penyayang dan berperasaan.

Persahabatan...
Suatu ikatan yang lahir dari hati keinginan yang ikhlas
Bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakraban
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya
Tentang impian dan pengertian hidup ini
Persahabatan yang suci dan murni
Adalah sebuah perhubungan disulami benang kejujuran
Diwarnai dengan keikhlasan
Dicurahi dengan kasih sejati
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan.

Teman yang budiman...
Mengertilah maksudku ini
Sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku
Sejak perkenalan kita
Kita bina tugu persahabatan
Yang dipagari besi kedewasaan
Yang teguh berdiri megah dilaman hati kita
Tak tumbang dek rintangan
Hanya satu pintaku
Agar dikau SELALU MENGINGATIKU…

*Puisi itu ketika dulu
AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

7 Comments

  1. perhhh... mantop r...
    cinta dan persahabatan...
    dua2 sama penting..
    yang psti.. persahabatan come first..
    ^^,

    ReplyDelete
  2. cinta vs persahabatan. Dua2 sarah nak boleh tak? TAmak sangat ke kalau sarah nak dua-dua. Heee.

    ReplyDelete
  3. meletop! :p

    saya nak dua-dua jugak...

    ReplyDelete
  4. as salam..
    oh..saya mahu mencari keredhaan.

    ReplyDelete
  5. Insan yang sangat menghargai erti persahabatan.... Itulah dia En. Ady, Selamat melakar sejarah diri menempa nama bergelar suami... nanti juga bergelar ayah... percayalah.. nilai persahabatan itu sentiasa utuh seiring cinta itu.... Tahniah =)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post