Intipati Topik Halaqah ~Wasiat Terakhir~ Entri Sempena Maulidur Rasul.

HALAQAH INFO WASIAT TERAKHIR



TOPIK INI MENGUPAS WASIAT TERAKHIR RASULULLAH KEPADA SELURUH UMATNYA.

◙ KUPASAN MALAM INI AKAN BERKISARKAN TENTANG INTIPATI DAN ISI KANDUNGAN KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH IAITU KHUTBAH WIDA’

◙ INFO : Muhammad bin Abdullah dilahirkan pada malam Isnin 12 Rabiul awal ,Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 masihi, di Kota Mekah. Berketurunan bangsawan arab Quraisy.

◙ Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah.

◙ Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia di Syam, semasa baginda berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya .

◙ Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muttalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

◙ 7 hari setelah ibunya Aminah binti Wahab melahirkannya, datuknya Abdul Muttalib membawa baginda ke kaabah dan tawaf sebagai tanda kesyukuran dan menamakannya Muhammad yang bererti "orang yang terpuji".

◙ Sewaktu bayi ,Nabi Muhammad saw telah dihantar ke sebuah desa yang jauh dari kota untuk disusukan oleh Halimatun Saadiah dan dipelihara oleh ibu susunya itu sehingga 5 tahun.

◙ Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya.

◙ Baginda dibesarkan di kawasan pendalaman/desa kerana udara desa yang nyaman dan bersih sesuai untuk kesihatan ,pembesaran mental dan fizikal serta tidak tercemar dengan unsur-unsur yang tidak baik dan dapat diajar bahasa Arab baku (Arab Fusha)

◙ Di desa nabi Muhammad membantu keluarga angkatnya mengembala kambing.

◙ Hikmah di sebalik mengembala kambing ini telah mendidik jiwa baginda bersifat sabar,tabah,rendah diri, kasih sayang sesama makhluk dan suka tolong menolong.

◙ Ketika berusia 6 tahun, ibunya meninggal dunia di Madinah semasa menziarah makam suaminya.Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib.

◙ Ketika berusia 8 tahun, datuknya pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Talib.

◙ Baginda mengembala kambing untuk membantu meringankan beban bapa saudaranya itu yang miskin dan mempunyai 10 orang anak.

◙ Ketika usianya 12 tahun, baginda mengikut bapa saudaranya berniaga ke Syam.

◙ Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

◙ Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak.

◙ Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah).

◙ Ketika beruia 25 tahun, baginda bekerja dengan Khadijah binti Khuwailid. Baginda memperniagakan barang dagangannya ke Syam , dan memperolehi keuntungan yang banyak.

◙ Kemuliaan peribadi, kejujuran, kebijaksanaan dan keikhlasannya menguruskan perniagaan menyebabkan Baginda telah menarik hati saidatina Khadijah dan melamar baginda dan seterusya berkahwin.


◙ Baginda dikurniakan 6 cahaya mata anak hasil perkongsian hidupnya dengan saidatina Khadijah, tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra.

◙ Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 51 tahun.

◙ Seorang lagi anak baginda hasil perkahwinannya dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.

◙ Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya.

◙ Ketika berusia 40 tahun baginda dilantik menjadi rasul .Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hirak iaitu Surah Al Alaq ayat 1 – 5.

◙ Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun.

◙ Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT..

◙ Perjuangan dakwah Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:

◙ Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan bagi melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) untuk membentuk kerangka gerakan.

◙ Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan seharian dan bermasyarakat.

◙ Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambil alihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.

◙ Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam.

◙ Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.

◙ Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya.

◙ Mereka mengundang Baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib dan berjanji untuk melayani mereka sebagai saudara seagama.

◙ Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka.

◙ Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.

◙ Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya.

◙ Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.

◙ Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam.

◙ Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraisy Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam.

◙ Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.

◙ Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah.

◙ Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat.

◙ Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.

◙ Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin

◙ Baginda wafat ketika usianya 63 tahun ,setelah 23 tahun menyebarkan Islam (13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah).

*Jutaan terima kasih kepada crew HALAQAH TV9
AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

5 Comments

  1. Sungguh berinformasi, tahniah ady..

    ReplyDelete
  2. terima kasihhhhh! tambah info dalam kepala hotak ni :)

    ReplyDelete
  3. info menrik ni,dah baca kat entry org lain,tapi ok la.nak tambah daya ingtan ni bro..]

    slm maulidur rasul

    ReplyDelete
  4. salam ady...

    nak like jugak yang ni...

    ReplyDelete
  5. as salam..
    betul! sungguh beinformasi :)
    suka entri2 macam ni.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post