Sunah Suka Sakura dot com

Thursday, February 10, 2011

Lindsay Lohan Curi Rantai?????


*Bintang popular yang satu ketika dulu aku minati


Meh sama2 kita ikuti kisah ini....

LOS ANGELES: Pendakwa berkata, mereka mahu mendakwa pelakon bermasalah Lindsay Lohan atas kesalahan mencuri seutas rantai leher berharga AS$2,500 (RM7,500) dari sebuah kedai barangan kemas bulan lalu, kesalahan paling serius dihadapi aktres terbabit sejak lebih tiga tahun melakukan kesalahan undang-undang.

Jurucakap peguam daerah, Jane Robison berkata, dakwaan difailkan hari ini. Lohan, 24, akan dihadapkan ke mahkamah pada tengah hari.

Polis Los Angeles berkata pada 2 Februari lalu Lohan sedang disiasat kerana mengambil seutas rantai dari kedai Venice, Kamofie and Co. Detektif mendapatkan waran menggeledah untuk mencari barangan itu dari kediaman Lohan tetapi ia dipulangkan ke sebuah balai polis sebelum pemeriksaan dibuat.
Polis berkata mereka tidak mempunyai maklumat terkini mengenai kes itu semalam dan tidak menyebut sama ada aktres terbabit akan hadir ke mahkamah atau balai polis.

Robison berkata, soal jaminan akan diberi atau tidak akan ditentukan hakim.
Panggilan telefon kepada peguam Lohan, Shawn Chapman Holley tidak dijawab. Holley sebelum ini menafikan salah laku Lohan.

“Kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan jika dakwaan difailkan kami akan menentangnya di mahkamah, bukan melalui media,” kata Holley dalam satu kenyataan yang disiarkan Sabtu lalu.
Lohan pernah ditahan dua kali pada 2007 atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk dan memiliki dadah, kedua-duanya beliau didapati bersalah. – AP

*Sumber Dari Berita Harian Online


5 comments:

rosmina samin said...

betulke? nampak baik je =)

si GaJus!!! said...

truk tul... mang byk tuh mslh die... wat malu jer...
rosmina~nmpak luar mang la baik... dlm x tau camne...

AkUr0 Chan ^^, said...

lindsay nih tem kecik2 dia 0ke..bila dh nek remaja mmg agak liar sket~tp dia cantek kn..hehe,nice~
follow ady oke..

Solihin Zubir said...

uik.. dh popular n kaya pon stil nk mencuri? adess..

Anonymous said...

Lohan suka: the thrill of stealing without being caught