Sunah Suka Sakura dot com

Wednesday, February 23, 2011

Teruskanlah berjuang walaupun dalam keadaan kalah

*Tidak ada daun yang gugur, yang tidak diketahui olehNYA...

Teringat lak kan lagu suratan atau kebetulan tu... Dalam hidup ini..Allah tak hanya berikan kita kebahagiaan .. kadang2 kita akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran bertubi2.. Sampai kita rasa down yang mampu buatkan kita salahkan atas nasib diri kita...

Satu jer Ady nak kata kat sini, Tuhan sayangkan kita sebab tu die turunkan ujian itu kepada kita..DIA tahu kita mampu menggalas semua dugaan itu...Pegang la kata2 Ady tu k.. Tiap kali kita rasa lemah semnagt, lost..ingat...

◙ Allah turunkan dugaan untuk hambanya yang TERPILIH ◙

So kita kene bersyukur dan menerima segala dugaan dan ujian itu dengan tenang kan?? Alhamdulillah..Aku diuji sekali lagi..dan aku harap aku makin kuat untuk harungi dugaan2 yang bakal mendatang selepas ini...

Kadang2 jugak kita rasa kita dah habis upaya mencuba...berusaha untuk menghadapi dugaan itu... Namun rasa kalah wujud dalam diri...

◙ Teruskanlah berjuang walaupun dalam keadaan kalah itu ◙

Kita takkan akan rasa terkilan walaupun kita kecundang dalam medan perjuangan itu kerana kita sudah dan masih berusaha berjuang...berjuang dan terus berjuang...Apa yang terjadi. hidup perlu diteruskan.. senyuman manis ini akan sentiasa diukirkan, dan jemari ini akan tetap betah menari dilembaran usang ini.....


*Setiap yang datang akan pergi..INGAT tu...


14 comments:

Muslimah Optimis said...

ya teruskan berjuang walaupun pahit.. tapi kan kalo kita tau kita sakit apa, tambah2 sakit kritikal kita akan lebih berjaga2 sebab ni kira mcm signal la yang usia kita semakin hari semakin hampir...memang usia semua manusia pun mcm tu bukan makin panjang tapi makin pendek kan.. cuma lebih bersedia mental fizikal la bagi orang yang tau depa sakit apa kan...

tabah ye soleh..

SaYraH WonDerLanD said...

Entry ni bagus untuk sarah baca apabila Sarah sedih and suka mengeluh pasal ujian Allah.

ye Sarah bertuah diuji oleh Allah . SArah selalu alpa tentang tu. Selalu lupa. Apa nk jadi ? dush dush tampar pipi sendiri suruh sedar.

Apa pun dugaan Encik Ady tu. Be sTrong!

Sunah Mohammad said...

nice...kadang2 kite rasa lemah, sedangkan Allah ade je bersama kita...

terima kasih abang~ :)

forever love said...

yup..betol tue..kalau Allah x bagi kita kedukaan..means macam Allah x sayang kita..Allah xnampak kita..

Allah bagi kita lalui kesusahan sebab Allah sayang kita, Allah nampak kita, Allah nak kita lebih beriman kepadaNYa

fRaMe+LenSeS said...

Boss, sabaQ tau.. jgn sedih.. selagi mana kami ada.. Nadh ada.. insyALLAH akan support kamu.. semangat kat kamu. kalau kamu rasa nak cta pape kan, nak ada tempat nak kongsi cita ka apa ka.. kamu cari la Nadh kat dalam KBU tu,.

"i have an ears, to hear and share ppl thoughts, and a shoulders for ppl to lean on.. "

Qaseh dalia adelia said...

betul bro..kdg2 rasa mcm down jugak tapi kita perlu teruskan sebab maybe hidup kita masih banyak yg kita masih belum tahu ...!

rosmina samin said...

*mood Serius* Betul2... hidup xlengkap tanpa ujian... stp ujian pasti ada ganjaran itu sudah janji Allah kpd setiap hambaNya, percayalah sebab ianya benar

solo molo said...

selalu rasa macam ni...
tapi bila dipikirkan balik, selagi kita tak mencuba, selagi tu kita tak tahu sejauh mana kemampuan kita...

Si GaJus!!! said...

dengan ujian yang diberi sebenarnya membuatkan kite lebih rapat denganNya.. mungkin kite telah tersasar jauh.. dan Allah beri ujian supaya kite tak lupe sebenarnya kite hanyalah hambaNya yang kerdil dan x sempurna... papepn, aku harap ady kuat tuk menempuh semua tuh.. InsyaAllah, Allah bersama hambaNya yang sabar..

Mutiara Bernilai said...

hu, thanx, sgt2 kena dgn keadaan mutiara skrang.. dis post hel me a lot..

trus berjuang!! berusaha!! :)

* setiap yg datang akan pergi..

Nour Akmal said...

nice entry..

apa2 pun Allah akan sentiasa bersama kita..
walaupun kdg2 kita tak sedar pun hal tu..

... said...

as salam..
ya betul tu ;)
dan...


hidup bukanlah untuk mengeluh dan mengaduh.tetapi hidup adalah untuk mengolah apa yang kita dapat dari ilmu-Nya agar sandaran amalan itu, diredhai-Nya.

jadi, masa itu tidak harus dibazirkan atas perkara yang tidak berfaedah. kerana..

iman dan nafsu seiring dengan amal. amal seiring dengan roh. roh seiring dengan masa.

dan kerana masa, ia tidak ditambah..
dan kerana masa, ia tidak
dimenunggu..
dan kerana masa, ia penentu kejayaan kita.syurga, atau neraka

Zulfikar Hazri said...

Sabar lah Ady dengan dugaan yg datang... Moga ada Hikmah yg manis disebalik semua ketentuan...

Amira Anorah said...

semoga Ady tabah ..kita diuji tanda Allah ingat dan sayang kita. Kita patut bersyukur dan redha. sebab ujian membuatkan kita lagi tabah, lagi kuat lagi matang, lagi kenal dunia sebenar. Ujian juga membuatkan kita sedar kita hanya menumpang di dunia ni...hidup kita tak hakiki...

*setiap yang datang akan pergi, kita juga akan pergi....