Sunah Suka Sakura dot com

Thursday, March 31, 2011

Ada sape2 kenal Amalina???

Sebut aja Amalina..mesti korang akan terbayang seorang penyanyi dangdut yang sorang ini kan??

Tapi sedarkah kita...ada lagi seorang Amalina yang begitu penuh kontroversi??? Kontroversi die dan pelangi....

Errrr....korang saksikanlah apa kaitan Amalina dan pelangi...
*Mujur ada aku kat sebelah kan...errr..lihat tudung die..dengan warna donut kat bawah ni...errrr...kan warna pelangi tu...

*Errrrrr....ni la kaitan yang amat kuat antara diorg...Donut "Pelangi"..kalau nak tau...donut nie la dikatakan beracun, rumah hantu, fun fair etc...dan donut ni jugak la yang mempopularkan adik Amalina ini...Grrrr

Errr....rasa berani tak nak sentuh donut pelangi die??? grrrrr....larikkkkkkkk.....

Skang dah jadi trademark dah ...kalau sebut Amalina..mesti terbayang Donut beracun...grrrr...

LARIKKKKKKK tak cecah bumi......





Amponnnnnnnnnnnnnnn :D

_____________________________________________



Vlog Pertama Ady Budika - Hampeh!!!!!

Awal sekali nak mintak maaf.. Ady rasa kekok sangat lak tengok diri sendiri dalam video..ahahaha..selalu pun keje belakang tabir...sekang baru tau langit tu tinggi atau rendah...tapi nak gak try wat vlog...

Sorry...kualiti amat HAMPEH!!!!! akan dibaiki dari masa ke semasa..

Pakai camera biasa jer...tapi kalau betul2 teliti..insyaallah boleh dapat hasil yang bagus..kesimpulannya...Ady tak teliti masa nak hasilkan vlog ini...maaf lagi sekali..heheehehhe

Saksikan :) Ady upload dalam dua version...sebab ada sesetengah tempat takleh nak view vlog dari 1tube...harap ada pembaikan dari 1tube...go 1tube!!!


      




Entri Khas buat Sunah Sakura... Sape2 yang lain nak gak?

Assalamualaikum  Sunah Sakura.....


Have a nice day......Jaga diri elok2....

Sekian.....

yang benar
Ady Budika 


Disertakan sejambangan mawar putih ni :



Sape2 nak aku wish gak?? ade ker???

_________________________________________________



Hantu Kak Limah bakal ke Itali






NAMPAKNYA Pengarah Mamat Khalid mendapat dua khabar gembira sekali gus. Pertama, dia menerima menantu pada Sabtu ini, dan keduanya filem meletup arahannya, Hantu Kak Limah Balik Rumah, diundang ke sebuah festival filem antarabangsa di Itali, tidak lama lagi. 

Tahniah Cik Normah ucapkan buat Mamat yang sememangnya bijak menggarap sebuah cerita yang mampu menarik perhatian ramai. Tahniah juga kerana mendapat menantu. Tidak lama lagi, nampaknya bergelar datuklah pula Abang Mat ya.


Oh ya, berbalik ke cerita pemilihan filemnya kepada Itali, kalau tak silap Cik Normah, sebuah lagi filem arahannya, Zombi Kampung Pisang turut pernah menjejakkan kaki ke festival terbabit. Kiranya, ini bukanlah kali pertama Mamat membawa filemnya ke sana. Kiranya juga, orang luar memang sudah kenallah siapa Abang Mamat kita ni, seperti mana mereka mengenali arwah Yasmin Ahmad.
Lebih membanggakan Cik Normah, filem Hantu Kak Limah turut menampilkan lakonan bos Cik Normah. Walaupun wataknya tidak besar, tetapi tetap meninggalkan impak. Malah, dialog yang dituturkannya dalam filem itu pun menjadi ikutan ramai. 

Nampaknya, tak lama lagi peminat antarabangsa pun akan mengenali bos Cik Normah yang tampan itu. Makin naiklah saham dia. Dengan pemilihan Hantu Kak Limah, jangan anggap filem komedi tidak mampu melangkah ke festival antarabangsa. 

Tengok, Mamat sudah pun membuktikan filem lawak juga punya kekuatan yang sama dengan filem drama


Sumber BERITA HARIAN ONLINE 



Harta pusaka RM42 bilion dibeku...Ibu seorang Blogger juga terlibat...RM13 juta masih belum dituntut.

Tertarik dengan salah satu berita yang termuat didalam Berita harian pagi ini... Mengenai harta yang masih dibekukan... Ini juga kerana pernah kenal dan baru-baru ini sempat berborak dengan seorang blogger yang jua terlibat dalam kes ini...

Dalam kes yang sahabat blogger ini, harta milik moyangnya bernilai sebanyak RM13 juta di tanah suci Mekah...SEpatutnya harta tersebut sudah selamat diuruskan pada january tahun ini..namun diatas beberapa kesulitan, sehingga sekarang harta tersebut masih belum sampai ketangan...

Apa pun, Ady doakan semoga urusan tersebut berjalan dengan lancar.. Insyaallah...sama2 kita doakan..
Siapa Blogger itu?? dia salah seorg ahli Kami Blogger Utagha :)

Untuk ikuti berita ini..sila belek2 kat bawah :)


PETALING JAYA: Nilai harta pusaka yang dibekukan berikutan kes gagal diselesaikan pewaris kerana ketiadaan wasiat kini dianggar mencecah RM42 bilion. 

Ketua Pegawai Pemasaran Amanah Raya Bhd (ARB), Ahmad Saruji, berkata anggaran itu meliputi kira-kira sejuta kes di negara ini.

"Kajian ARB pula mendapati hanya dua peratus rakyat Malaysia menulis wasiat, yang membolehkan segala maklumat harta didaftarkan, sekali gus memudahkan urusan pembahagian," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata, bagi membudayakan penulisan wasiat pada kalangan masyarakat, ARB dengan kerjasama syarikat pengurusan harta pusaka Islam, Warisan Mukmin Sdn Bhd melancarkan kempen "Tahun Menulis Wasiat 2011". 

"Kami tidak mahu masalah ini bertambah lagi. Kempen ini akan diadakan sepanjang tahun ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej kepentingan menulis wasiat sekali gus mengelakkan masalah lain yang timbul terutamanya keretakan institusi kekeluargaan," katanya. 

Sempena kempen tersebut, orang ramai boleh memiliki dokumen wasiat bagi menguruskan pengurusan harta pusaka bernilai ribuan ringgit dengan hanya membabitkan kos permulaan serendah RM30 sebulan serta bayaran bulanan yang fleksibel. 

Kempen itu yang bermula dari Januari hingga Disember tahun ini adalah untuk memudahkan masyarakat membuat wasiat sekali gus mengelakkan pembekuan harta dan perbalahan keluarga. - BERNAMA 




Wednesday, March 30, 2011

Juadah tak sesuai dimakan dimalam hari ~ PUDING MANGO ~

Sebelum lelapkan mata, sempat mengadu kat seseorang bahawa mangga ada baki lagi tiga biji..jadi die terus ungkit pasal hutang aku..ahahaha...die cakap aku masih berhutang puding mango, chese cake dan buger malaysia.. So aku terus menuju ke dapur dan bersiap2 menyediakan PUDING MANGO. bagi melunaskan salah satu hutangku itu :)

Bahan-bahannya :  
Satu pek dadih.
Air 400ml.
Mangga yang dikisar.
Mangga yang dipotong dadu


*Bahan-bahannya

Caranya amat mudah :
  1. Masukkan pek dadih yang telah dibeli kedalam 400ml air..
  2. Kacau hinggah mendidih
  3. Masukkan Mangga yang telah dikisar
  4. Kacau hingga sebati.
  5. Tuangkan kedalam bekas yang telah ditabur sedikit mangga.

*taburkan buah dadu dalam bekas
    6 - setelah dituangkan...taburkan sedikit lagi mangga diatasnya..

* tuangkan kedalam bekas dan biarkan sejuk

    7 - Masukkan kedalam peti sejuk dan biarkan ia sejuk. 


*Inilah hasilnya

So inilah makan malam Ady malam ini..sungguh enak..rasa masam2 manis.. Terima kasih pada insan yang memintanya sebentar tadi.... Hehheheeh..die kata die suke makan puding manggo :)


______________________________________________________



DECO DECO BENG BENG BOONG !


jum join segmen ini ----> DECO DECO BENG BENG BOONG !


Tuesday, March 29, 2011

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri



Elly Mazlein - Tega


Sebak rasa bila ku kenang
Yang terjadi amat memilukan
Haruskah ku cari keputusan
Atau pun terus bertahan


Laut mana tiada bergelora
Sedang pantai penanti setia
Tugu kasih telah pun terluka
Mengalir ke muara


Sering ku pertahankan cinta
Walaupun badai datang melanda
Namun tiada ku menduga
Hebatnya gelora


Kau tega melakonkan
Menyayangi daku menyintai dia
Aku semakin keliru
Setelah ku pasrahkan kesetiaanku
Haruskah ku terus berlalu



Saturday, March 26, 2011

Gathering Blogger Utara bersama Rumah Sinaran Kasih

Tarikh : 26 March 2011
Hari : Sabtu
Masa : 12 tengahari hingga 4.30 petang
Tempat : Tg Asam, Teluk Kumbar Pulau Pinang
Penglibatan : lebih 40 blogger utara dan Wakil serta anak2 yatim sinaran Kasih


Pelbagai aktiviti menarik dirangka bagi merapatkan semua yang hadir...

Semoga semua dapat memeriahkan majlis ini...
Doakan setiap yang dirancang ini berjalan dengan lancar..insyaallah..amin...




Blogger bukan hanya bijak dan lantang bersuara dialam maya..namun kami pentingkan dan mengambil berat mengenai komuniti yang kurang berkeupayaan...




_________________________________________________



Thursday, March 24, 2011

Beza Percintaan Biasa dan Percintaan Blogger

Beza Percintaan Biasa dan Percintaan Blogger



Percintaan Biasa :
"Awak...cincin berlian yang awak nak beli nanti tu...cantik tak kalau letak kat jari saya?"
Percintaan Blogger :
" Awak, gadjet yang saya baru letak tu cantik tak? warna die matching tak dengan template blog saya tu awak"


Percintaan Biasa :
Masa perancangan family : "Awak kalau nanti kita dapat anak lelaki, kita namakan die maher eh...tak pun nama Remy Ishak..kalau anak perempuan..kita mamakan Elly Mazlein atau Kerana katrina"
Percintaan Blogger :
Masa perancangan family : "Awak kalau nanti kita dapat anak lelaki, kita namakan die Ben Ashaari  eh...tak pun nama Mat Gebu...kalau anak perempuan..kita namakan Hanis Zalikha atau Sunah Sakura”


Percintaan Biasa :
Awal Bulan : "Awak banyaknya gaji awak bulan ni, nie dah termasuk ot ker belum neh?? Kaya la awak..leh belanje saya makan kat Kenny Rodgers"
Percintaan Blogger :
Awal Bulan : "Awak…Tingginya traffic awak…gerenti nuffnang awak pun banyak kan erning die, leh la awak tolong backlink kat saye nanti ”


Percintaan Biasa :
Tengah jalan-jalan : "Awak perasan tak kat Blok hujung sane kan… ada bukak kedai eskrem strawbery baru..org cakap makan kat situ sedap..jum jum"
Percintaan Blogger :
Tengah blowalking : "Awak perasan tak ada komen baru kat entri saya..die kutuk2 entri saya tu..jum jum kita balas komen tu”


Percintaan Biasa :
Tengah dating : "Eh ‘banyaknya’ lalat kat kedai ini…."
Percintaan Blogger :
Tengah blogging : "Eh ‘ramainya’ lalat kat blog saya ini…”


Percintaan Biasa :
Bile Gaduh : “Awak pulangkan balik semua barang saya.....sejak hari ini jangan awak nak ikot2 dan gila bayang kat saya lagi…”
Percintaan Blogger :
Bile Gaduh “Saya dah taknak jadi jiran sepagar awak..sila remove...nak unfollow awak jugak...”


Percintaan Biasa :
Bile Nak Beli Baju : “Jum kita gi Bandung…kita shoping jubah..nak tak awak??…”
Percintaan Blogger :
Bile Nak Beli Baju : “Awak dah booking lom tshirt KBU yg ada url blog saya?? saya nak size m tau..saya tak biasa pakai ketat2. Saiz m tau…”


Percintaan Biasa :
“Eh awak, jum join gi fun fair...nanti kita leh main game  sampai menang teddy bear..malam nie last tau..”
Percintaan Blogger :
“Eh awak ada join GA – contest  yang Ady Budika  anjurkan..cepat la..kang malam kang tarikh tutup...hadiah die mr froogy la awak...”



Percintaan Biasa :
“Awak…saya suke awak..bibir awak… mata awak…cara awak jaga diri….awak ni swetss sangat tau..kalau awak turun dalam laut…gerenti air laut yang masin tu pun bertukar manis ”
Percintaan Blogger :
“Awak…saya suke entri2 awak…template awak…gadjet2 awak….cara penyampaian awak tu sangat bagus…kalau ada pertandinagn blog terbaik..awak akan menang num 1 sampai 10 tau awak..”


Saje2 jer nak nyakat seseorang itu…ahahaahha..LARIKKKKKKKKKK…kang kene weeee weeettttt lak!!!!!






" Segmen Gila Ben Ashaari" 1 Blogger...1 Malaysia (pasti kentut)

NAMA KUMPULAN :

  1 Blogger...1 Malaysia (pasti kentut)

KENAPA KAMI PILIH NAMA INI  

- Dalamm komuniti blogger ada pelbagai kaum..ada pelbagai bangsa..melambangkan 1 komuniti blogger yg bersatu! 

 -Geng blogger takkan berpecah jika semua bersatu..

- Sebab kami takda idea lain...hahaha 

KETUA KUMPULAN :

Ujang9897

KENAPA SAYA PILIH BLOGGER INI SEBAGAI KETUA KUMPULAN :
-Sebab orang lain taknak pilih aku jadi ketua..aku tunggu masa nak gulingkan kerajaan Ujang..kira2 macam aku nie pembelot negara la..errr


Ahli yang akan aku jaga untuk aku naik takhta nanti!


Mengenai www.1TUBE.MY pulak... ianya menggunakan pendekatan yang amat telus, ia berani menggunakan targetnya hanya untuk warga malaysia..namun kita tak mahu hanya bersifat tempatan..Aku harapkan ia akan terus bersifat global dari masa kesemasa..bermaksud luaskan target untuk seantero dunia... Dan kalau nak tanya samada nak sertai atau nak wujudkan sesuatu yang baru...Sudah tentu Aku akan lebih berminat untuk turut serta serta akan bersama untuk terus menaikkan web ini untuk terus gah dan mencabar youtube yang sedia ada.Insyaallah


Aku sempat siapkan sementara menunggu abgku yang sakit!!! blogging sampai lebam!!!!!


Aku nak join game tu!!!!!!

nak join nak join nak joinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Kenapa semua org singkirkan aku???

aku nak meroyan sorg2...

jangan sapa2 gatai nak pujuk..biarlah aku melentik seorg diri!!!!!

Nak join game --->INI
_____________________________________________________________


merajuk taknak join dah....

baru ada masa nak online..terus merajuk...fine..taknak dah join...sudah la....benci!!!


GAME ANTARA BLOGGER : 2


NAK JOIN KLIK SINI



Wednesday, March 23, 2011

Doakan semoga Suhaidi Ahmad selamat...Insyaallah..Amin..



Walaupun hubungan aku dan dia amatlah tidak rapat.. Namun kami masih membesar bersama2... dan ada ketika kami saling tolong menolong....Jauh disudut hati ini, aku terlalu sayangkan dia....

Aku mintak semua dengan hati yang ikhlas...Doakan semoga Suhaidi Ahmad, abangku  dapat diselamatkan walaupun doktor telah mengesahkan bahawa peluang untuk dia meneruskan hidup agak tipis....

Kat sini aku ingin nasihatkan buat semua jugak... Jangan terlalu banyak merokok... Aku risaukan kesihatan kalian..agar tak menghidap penyakit seperti aku dan Abang aku ini.. Mana yang sempat berhenti tu.. Hentilah sedikit demi sedikit...

Moga dipermudahkansegala urusan.. Insyaallah.... 

Doakan perjalananku selamat untuk kembali ke Kedah...Aminnn



__________________________________________



BEN ASHAARI : GAME ANTARA BLOGGER BERMULA !


Sila join kat ---> SINI

"tolong doakan urusan abang aku dan keluarga aku dipermudahkan Allah.."



Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.



Ketika Cinta (Ost Perempuan Berkalung Serban) - Siti Nurhaliza 
Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil






Takdir Cinta.... Tuhan tuntunlah hatiku....



ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
kuyakin ada cinta ketulusan hati

yang mengalir lembut
pengusa alam
tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh

pada sumur dosa yang terkutuk
dan menyesatkan cintaku
andaikan ku bisa
lebih adil pada cinta kau dan dia

aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini

ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh tuhan tuntunlah hatiku



Terima Kasih Kerana Bodohkan Saya....

Sambil layan lagu dibawah...Aku mula blowalking :)



Tertarik dengan satu entri..mengenai " Terima Kasih Kerana Bodohkan Saya...." Terlintas jugak di minda....kenapa perlu  bersifat sedemikian....Apa pun aku  suka luahan awak itu CikSessy

Urm..kenapa perlu lahirkan rasa jika untuk kecewakan...

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.



__________________________________________________________



Tuesday, March 22, 2011

HALAQAH - PERCUTIAN ROHANI ( siaran 22.03.2011 )


TOPIK INI INGIN MEMBUKA ‘SUDUT PANDANG BARU’ IAITU MELANCONG BUKAN HANYA UNTUK JASMANI SEBALIKNYA JUGA DAPAT MENGISI KEHENDAK ROHANI, AGAR SETIAP SEIMBANG DAN TIDAK ‘BERAT SEBELAH’ SERTA KOSONG.


*dimanakah percutian rohani kita semua??

• Bermusafir, mengembara atau merantau menjadi satu amalan yang baik kepada setiap orang terutama umat Islam yang sememangnya digalakkan untuk sentiasa mencari kebenaran dan ilmu pengetahuan terutama ilmu yang berkaitan tafsiran al-Quran dan sebagainya.

• Bermusafir dan mengembara juga merupakan amalan para Nabi dan juga ulama demi mencari redha Ilahi dan menyebarkan dakwah Islam. 

• Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali merantau dan mengembara ke pelusuk negara Arab termasuk Baitul Maqdis, Sham dan Hijaz demi menimba ilmu dalam pelbagai bidang seperti falsafah, bahasa, feqah serta mengkaji kekuatan dan kelemahan sesuatu masyarakat di lokasi yang dilawatinya. 

• Ulama tersohor dalam tamaddun Islam menimba khazanah ilmu pengetahuannya hasil dari pengembaraan yang tiada hujungnya seperti Imam Tarmizi, Abu Raihan al-Biruni, Ibnu Hanbal, Imam Syafie dan ramai lagi.

• "Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.". ( Maksud Surah al-Hajj, ayat 46 )

• Jelas, mengembara dan merantau memang digalakkan dalam Islam sejak dahulu lagi, bertujuan menimba ilmu dan memperkaya pengalaman serta memperbaiki diri untuk menjalani kehidupan.

•Mengembara dan merantau pada masa kini diertikan dengan melancong. Namun pengisian kerohanian semakin tipis. 

• Melancong membawa maksud seseorang keluar dari tempatnya untuk menuju ke satu tempat yang lain sama ada diketahui lokasinya atau tidak yang mempunyai tujuan yang pelbagai seperti keinginan untuk menambah ilmu pengetahuan, mempelajari budaya bangsa lain, memperkaya pengalaman, dan mengenali hal-hal yang baru di tempat lain.

• Aktiviti pelancongan yang biasa dijalankan ialah melawat tempat menarik dan bersejarah, menyaksikan acara kebudayaan bangsa lain, membeli barangan atau produk yang unik yang tidak terdapat di negara sendiri dan melakukan aktiviti ibadah seperti mengerjakan haji dan umrah serta ibadah yang lain bagi umat Islam.

• Kini, produk pelancongan berkonsepkan ibadah menjadi popular untuk diketengahkan kepada pelancong tidak mengira bangsa dan agama.

• Pelancongan ibadah @ keagamaan amat popular pada masa kini turut meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang terkenal dan kini merupakan satu-satunya negara Islam dan negara kedua dari Asia yang berada dalam kelompok 13 teratas senarai destinasi popular dunia. 

• Hal ini dinyatakan melalui Pertubuhan Pelancongan Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UMWTO) pada tahun 2004 kerana Malaysia terkenal dengan produk halal. 

• Potensi pasaran lebih 50 buah negara Islam, melibatkan tidak kurang 1.5 bilion umat Islam, Malaysia mengambil langkah pro aktif dengan memenuhi keperluan bagi kemudahan dan daya tarikan pelancong dari pelbagai negara dan pelbagai agama.

• Statistik Pelancongan tahun 2008 menunjukkan pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia pada enam bulan pertama tahun 2008 meningkat sebanyak 2.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2007, iaitu dari 10,690,426 kepada 10,963,120 orang.

• Antara masjid yang menjadi tumpuan pelancong asing ke Malaysia: Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah, Masjid Kristal di Terengganu, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Kampung Laut Kelantan, Masjid Ulu Melaka.

• Menjadikan masjid sebagai satu produk pelancongan, terlebih dahulu kita harus bersedia dari aspek pengurusan masjid agar kesuciannya tidak tercemar dengan kunjungan pelancong sama ada Islam atau bukan Islam. 

• Pengurusan yang dimaksudkan ialah merangkumi waktu lawatan agar tidak bersesak dengan umat Islam yang mahu bersolat khasnya solat Jumaat. 

• Di Istanbul terletaknya makam sahabat Nabi iaitu Abu Ayyub Al-Ansari Radhiallu Anhu. 

• Di Istanbul juga bersemadinya makam Sultan Mohammad Al-Fateh yang mencorak kuasa baru Islam membenamkan pengaruh Rom Timur.

• Makam Sultan Salahuddin Al-Ayubi bersemadi di Damsyik, tidak jauh dari Grand Bazaar. 

• Di Kaherah, sanjungan tertumpu kepada peninggalan firaun. Pelancong lebih teruja bergambar di hadapan Piramid, hingga mereka terlupa dan tidak tahu dimanakah letakkan makam Muhammad bin Idris atau Imam Shafie. 

• Di Aleppo, Syria makam Khalifah yang tersohor dari Kerajaan Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz, ditinggalkan sepi di hujung kampung. Malah ketika hari hujan, bumbung makam baginda akan bocor, ironinya airnya perlu ditadah dengan beberapa buah baldi.

• Benarkah pakej melancong kini lebih tertumpu menjadikan melancong untuk keseronokan membeli-belah, bergambar di mercu tanda dan mencuba makanan tempatan?.

• Tiba masanya pakej pelancongan yang berteraskan keseronakan semata dinilai semula. Agar setiap wang yang dibelanjakan, setiap saat yang dilalui, setiap tempat yang dikunjungi juga mampu menjadi vitamin iman dan mengisi rohani kita yang kosong.

• “Katakanlah (Wahai Muhammad) : Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya, kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-Ankabut, ayat 20)

• Ganjaran tetamu Allah atau penziarah di Masjid Nabawi dan bersolat di dalamnya bersamaan 40,000 pahala.

• Ganjaran tetamu Allah atau penziarah yang bersolat di Masjidil Haram bersamaan 100,000 pahala.

• Pelancong pergi ke Sinai di Mesir dan mamanjat gunung “Jabal Musa” kerana beriman dan percaya Nabi Musa pernah berdialog dengan Allah Subhanahu Wata’ala. 

• Rasulullah S.A.W pernah bersabda agar kita melangkahkan kaki di tempat utama: Masjid Nabawi di Madinah, Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil Aqsa di Palestin. (Mafhum Hadis ) .

• Ziarah atau Umrah Ramadhan di Makkah dan Madinah menjadi ‘trend’ masyarakat Islam masa kini.

TERIMA KASIH KEPADA PRODUKSI HALAQAH TV9



AKU BENCI ROKOK... Tapi rokok tak benci aku T_T

INI KISAH  PERCINTAAN AKU DAN SI DIA

*Gambar kenang-kenangan aku dan sidia...

"Benci...mulanya aku sayang..tapi akhirnya aku benci...sebab rokok la aku terpaksa menanggung penyakit yang aku tanggung sekarang..sebab die jugaklah aku semput, hadoi....

Percintaan aku dengan rokok bermula secara senyap...kami menjalinkan hubungan tanpa restu keluarga, namun kawan2 rapat aku bersetuju dengan perhubungan kami ini... Walaupun waktu itu aku belum mampu untuk menyara kehaduirannya...

Namun percintaan tanpa restu ini putus ditengah jalan.... Aku rasa aku tak layak untuk bersamanya... Aku akhirnya mengambil kata putus untuk clash...so aku clash dengan begitu sukar..walaupun setiap hari aku rindukan dia..namun aku cuba untuk lupakan dia...akhirnya..alhamdulillah..aku berjaya lupakan dia...

Namun setelah aku berkerja, dia datang lagi menagih cintaku..dia datang saat aku begitu perlukan seseorg yang mampu berikan aku ketenangan...Jika dulu aku cuma menghabiskan masa selama beberapa ketika..namun kali ini aku lebih dasyat kerana setiap masa aku akan bersamanya..sehinggalah satu malam aku jatuh pengsan didepan orang ramai..aku dikejarkan kehospital dan dipendekkan cerita aku disahkan menghidap jangkitan pada paru2 akibat terlalu mencintai rokok!!!

Sejak hari itu..aku terlalu bencikan dia...dia yang membuat hidup aku merana...dan sekarng aku hidup bahagia tanpanya..."


Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok !
"Jika anda rasa merokok itu cool?? macho?? fikirlah dua tiga kali..korg nak satu hari paru2 korg berhenti berfungsi dan nyawa korg hilang?? errr..aku dalam nak menasihatkan org lain neh aku lemah sikit. Aku sendiri tak sanggup nak upload pic bahaya rokok tu.."


Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini ..
"Orang2 yang kaya dan tak sayang duit :) rokok tu mahal woooooo"




Menyertai segmen yang dianjurkan oleh Bro Ben disini ---->AKU BENCI ROKOK







Aku Menang PS3 dan PS3 itu aku nak jual :P

*yeayyyyyy menang ps3

ER...tahniah kat aku cepat....Aku ada masuk peraduan sms untuk WORLD INVASION... DaN malam tadi adalah malam akhir untuk peraduan itu... Dan sebentar tadi aku pegi mendapatkan hadiah yang dimaksudkan selepas mendapat panggilan dari seorg maamt bernama Arief..... Jangan Jeles..aku menang PS3..heheheh ..Tapi aku bukan kaki game...so aku berminat untuk menjual PS3 yang telah aku menang ini..hehehheehe..Anyone???


DATANG DENGAN COMPLETE SET (DALAM KOTAK YG BELUM DIBUKA)
-PS3 CONSOLE
-250GB HDD
-ADAPTOR
-AV CABLE
-USB DATA CABLE
-CONTROLLER
-MANUAL
-BOX
-RM1350 (NEGO)




Vacancies @ FLY FM


Special Events Executive

Currently, we're looking for someone:-
  • who is a degree holder
  • who has a decent personality and easy-going.
  • who can plan and co-ordinate all aspects of the events logistics
  • who can work independently and also work well in a team
  • who can work well under tight deadlines and pressure.
If you think you have all the aspects of the above, please send your cover letter and CV/resumes toflyfminfo@gmail.com.



Creative Marketing Executive

If you are:-
  • very CREATIVE
  • CRAZY about new/ fresh/ innovative ideas!!!
  • know how to use excel, word and powerpoint well & if u know photoshop, that’s even better
  • funny, wacky, extrovert, outspoken & passionate about what you do
This is your time to show off! Send your resume together with a brief description about yourself (write in a creative way) and photo to yplow@flyfm.com.my (subject: I Want A Job!!)



Radio Engineering Executive

  • Job Responsibilities :
    Strong interest in terrestrial radio broadcasting (FM)
    Ensure quality and availability of broadcasts
    Continuous monitoring and first level troubleshooting of on air system, database, network and telecommunication infrastructure to ensure continuous operation
    Recover broadcast systems under failure conditions and returning the station to stable operation
    Support equipment operations in playout, technical services, and studio areas involving system design & analysis, modifications / upgrading and installation
    Provide support and maintenance with projects, maintenance, upgrades, installation, and outside broadcast activities
    Escalate as necessary, fault reports to senior engineers and management in a timely manner
    Generate documentation, logs, and fault reports
    Work with content department to ensure smooth content transmission
    Additional tasks as assigned
  • Candidate Requirements :
    Degree in Electronics, Electrical, Broadcast or related engineering disciplines
    Knowledge and working experience in Broadcast / Telecommunication is an advantage
    Possess IT skills in base PC, Windows NT, W2K, XP, DOS as well as Network skills
    Must be prepared and available on-call as primary and/or backup resource support and be ready to travel when required
    24 hours standby and onsite when necessary, willing to work on shift and off-days
    Able to work independently under pressure
    Required language(s): English, Chinese

News Presenter

  • WE ARE LOOKING FOR:

    - Enthusiastic
    - Team player
    - Well organized
    - Disciplined
    - Broad general knowledge
    - Independent
    - Good communication skills
    - Strong responsibility
    - Excellent working attitude.
    - Fresh grad (male/female) are encouraged to apply.

    Do you have what it takes?

    Send in you resume now to moon@hotfm.com.my


Finance Exec

  • We are now looking for a new Finance Exec!!
  • Below are the requirements you need have and you might be the chosen one to be part of Fly FM family!!!
    - Minimum Diploma holder ( in Accounting/Finance)
    - Computer literate, well organized and good knowledge in Ms. Office especially MS Excel. Knowledge in using accounting software is an added advantage.
    - Independent, good communication skills, strong responsibility and good working attitude.
    - Fresh grade/ male/female are encouraged to apply.
  • Send in you resume now to faizah.ahkam@flyfm.com.my


Audio Engineer

  • If you get an adrenaline rush listening to music and looovvve splicing and mixing music, then you should get your hands on our colourful keyboard, which might be your new best friend.
    We need an enthusiastic team player and a talented creative machine with a superb ear and catchy listening perspective. If you’re all that and more, you might be suitable for this available hot seat.
    This seat requires you to be a diploma or degree graduate in audio engineering. We welcome applicants with experience in the audio industry too.
    Whip up your resume and cover letter and email it to
  •  jojo.soowei@flyfm.com.my


Marketing Executive

  • We at Fly FM are looking for a Network Marketing Executive and it could be YOU.
  • You must be proficient in Microsoft Office, be able to write proposals, meet deadlines, and possess outstanding communication skills. A successful sales background, a plus!
    Motivated, energetic, a team player…even better!
  • So if you nodded yes to all of the above and have what it takes send your resume to 


Fly FM Myvi Troopers

  • The Fly FM Myvi Troopers are looking for fun, energetic and witty individuals to join the team!!!
    So if you are between the ages of 19-25 and have a full D license, please do send us your CV, resume or something like that to us. It would be great if you could include your latest pic also.
    Please send your resume to troopers@flyfm.com.my




    More info?? please click --->; Vacancies @ FLY FM



    _________________________________________________--