Aku Bangga dengan Hikayat Merong Mahawangsa walaupun tak seperti yang aku bayangkan.

Malam tadi aku sempat hadir bagi sessi media/special screening untuk Filem epik Hikayat Merong Mahawangsa...Tayangan yang berlaku di Cathay e@curve itu di anjurkan bersama hot.fm...
*tiket masuk

Filem terbitan KRU record ini dikatakan filem termahal mereka setakat ini..Diarahkan oleh Yusri Abd Halim.  Yusry memilih beberapa pelakon dari United Kingdom, Sweden dan China untuk berkhidmat dalam filem ini selepas ujibakat dilakukan. Selain itu, kostum dan props untuk digunakan dalam filem epik drama itu juga diimport dari Amerika Syarikat dan China.Ini kerana filem ini mengisarkan tentang Empayar Rom dan Empayar China mengikut buku sejarah hikayat itu.Aktor Stephen Rahman menerajui filem ini sebagai Merong Mahawangsa yang mempunyai darah campuran Rom.

Filem yang menggunakan latar masa kurun ke2 ini banyak menggunakan teknik Computer Generated Imagery (CGI) untuk menghidupkan Empayar China dan Empayar Rom kerana  agak rumit juga untuk membuatnya seperti fakta dan bukan mitos, namun pada pandangan ady, ia tak seperti yang ady bayangkan..ada beberapa scene yang CGI nya tidak menjadi dan lihat seperti aeakan pelik dan tidak logik...lagi apa di selitkan dengan sesuatu element yang tak masuk akal (peristiwa cermin diatas kapal)...sekadar pendapat pribadi...

Pada mulanya harapan ady adalah untuk melihat aksi bagi filem yang mampu dibanggakan malaysia ini adalah seperti menonton filem Pirates Of The Carribean, namun perasaan itu agak sedikit kecewa melihat terdapat kecacatan pada beberapa scene CGInya yang kurang menjadi...

Paling Ady minat dan tertarik adalah pada penghasilan skripnya yang ady rasakan amat bermutu... Terlalu suke dengan panggunaan bahasa yang digunakan..untuk ini ady kasi 5 bintang penuh...Element cukup rasa pada skriptnya buatkan ady rasa indahnya penggunaan bahasa yang diterapkan dalam filem ini. Mana tidaknya...lebih 16 kali produksi terpaksa menukar skrip bagi filem ini..

Antara yang membintangi filem ini adalah barisan pelakon-pelakon tempatan dan antarabangsa iaitu Stephen Rahman Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Henrik Norman, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Dato' Rahim Razali, Ummi Nazeera, Nell Ng,Craig Fong, Keith Chong, Jehan Miskin, Cat Farish, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam, Cico, Vanidah Imran dan Faiz Aizuddin Azmi pemenang drama pendek ERA.Setakat ini, hak pengedaran untuk filem HMM telah terjual di lebih 25 buah negara termasuk di United Kingdom, Perancis, Jerman, Russia dan negara-negara Timur Tengah.


*bersama barisan utama Hikayat Merong Mahawangsa

Suka pada semua lakonan yang ditunjukkan oleh para pelakonnya...Terutamanya Khir Rahman yang memegang watak Kamawas..agak tidak senonoh tapi berkesan.. Untuk pelakon utamanya, memang sangat2 kagum, walaupun penggunaan bahasa melayunya agak kurang namun, dia mampu buktikan dia mampu lakukan..Filem ini menggunakan 70% bahasa inggeris dan 30% Melayu.

Pengambaran bagi filem ini menggunakan 90 peratus lokasi di Terengganu seperti Setiu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu termasuk Kuantan, Pahang.Selain itu, filem itu telah menggunakan empat buah kapal yang diubah suai daripada bot oleh seorang pakar sejarah dalam bidang perkapalan.

Kesimpulan yang dapat ady buat selepas menyaksikan filem ini, Dari 5 bintang, pribadi ady kasi 3.5 bintang....Mungkin ini disebabkan terlalu tinggi level yang ady letakkan sebelum menyaksikan filem ini, namun kecacatan2 yang ada sepanjang menontonnya buatkan ady rasa sedikit hampa..Namun jalan ceritanya dan juga skrip ady akan kasi bintang penuh...

Filem ini mampu kita banggakan dan diharap akan membawa nama industri perfileman negara di mata dunia...bila sebut saja Hikayat Merong Mahawangsa, dunia akan ingat MALAYSIA...

Tahniah buat semua produksi filem ini!!!


_____________________________________________________________________
AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

17 Comments

  1. teringin hendak tengok!! bro ady belanja tiket wayang

    ReplyDelete
  2. filem ni sehebat PGL tak??
    tp mmg nk sgt tgk cite ni..

    ReplyDelete
  3. secantik manis..heheheeh..try mintak kat celcom..heheh..diorg ada banyak tiket

    Mizz..yeah boleh dikatan setanding PGL :)

    ReplyDelete
  4. secantik manis..heheheeh..try mintak kat celcom..heheh..diorg ada banyak tiket

    Mizz..yeah boleh dikatan setanding PGL :)

    ReplyDelete
  5. uikss..yeke?? ala ms pun letak harapan tinggi lam cite merong mahawangsa ni...tapi still nak tengok gak...

    ReplyDelete
  6. uikss..yeke?? ala ms pun letak harapan tinggi lam cite merong mahawangsa ni...tapi still nak tengok gak...

    ReplyDelete
  7. ehh dia blakon negeri saya... GANU kiter... wah...

    ReplyDelete
  8. bestnyeeee...magika and cite ni mana lagi ok?

    ReplyDelete
  9. hurm...dari review ni, menarik~ yang pertama seumpamanya di Malaysia dan dihasilkan anak tempatan pulak...kan?

    jadi, kegagalan yang sikit tu insya'Allah akan merintis jalan untuk hasilkan cite yang lebih hebat!

    nak tengok gak~

    ReplyDelete
  10. teringin nak tengok sebenarnya...sebb kru produksi pertama yang ada teknologi tu di malaysia ni..

    ady betol, mugkin ady terlalu mengharapkan filem tu "cantik" macam filem luar negara...tapi kite kene ingt, yang malaysia masih "baby" lagi dalam CGI..

    hehe...ady, ady nampak comel lah dalam gambar tu..apa tak nya, ady nampk muda sangat...tengok lah depan...besar-besar...

    ReplyDelete
  11. as salam..
    ady, tang watak taji tu, tak senonoh dari segi apa? satu bentuk kelakukan ke, atau cara berpakaian? nak tengok.tapi bila dah sebut tak senonoh tu, macam takut-takut nak tengok.
    KRU Production memang patut berbangga sedikit demi sedikti dengan usaha mereka. yang macam seni olahan mereka yang terdahulu.cicak man.suka cara mereka mengolah lokasi. dan cara pembawakan watak2 walaupun ada kecacatan sikit.
    berdasarkan hasil pembacaan review ady, saya beranggapan juga mutu KRU production juga semakin bertambah baik. Hikayat Merong Mahawangsa..unik pada namanya juga

    =)

    tahniah bagi mereka yang teklah ebrtungkus lumus bagi menjagakan filem ini

    =)

    ReplyDelete
  12. since ady dh kata cenggitu..i tgk..yeehaa!!

    ReplyDelete
  13. ady..tak boleh la nak bandingkan merong mahawangsa ni dengan pirate of Carribean. sebabnya pertama kos kedua2 filem tu jauh berbeza..kos filem merong hanya RM 8 juta je..sedangkan cerita pirate tu jauh lagi mahalkan..

    lagi satu sebab, bab teknologi cgi di Malaysia, boleh dikatakan tak ramai yang pakar dengan cgi ni.. maybe upah pakar cgi untuk cite pirate sama dengan kos filem merong ni (part ni kena fikir la..)

    ReplyDelete
  14. tak sabar nak teng0k sabtu nie...

    ReplyDelete
  15. nak tengok!!! tapi.. mase ngan duet.. same2 pakat tak kasik.. =.=

    ReplyDelete
  16. aku pun dah tengok smlm dan dah buat review... pendapat kita lebih kurang sama.. sebab aku expect filem ni akan jadi mcm trojan dan gladiator... sekali.. setarah mcm PGL... anyway....props dia nampak hollywood...

    p/s Khir Rahman Jadi kemawas... Taji toguru dia. :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post