NAMPAKNYA Pengarah Mamat Khalid mendapat dua khabar gembira sekali gus. Pertama, dia menerima menantu pada Sabtu ini, dan keduanya filem meletup arahannya, Hantu Kak Limah Balik Rumah, diundang ke sebuah festival filem antarabangsa di Itali, tidak lama lagi.
Tahniah Cik Normah ucapkan buat Mamat yang sememangnya bijak menggarap sebuah cerita yang mampu menarik perhatian ramai. Tahniah juga kerana mendapat menantu. Tidak lama lagi, nampaknya bergelar datuklah pula Abang Mat ya.
Oh ya, berbalik ke cerita pemilihan filemnya kepada Itali, kalau tak silap Cik Normah, sebuah lagi filem arahannya, Zombi Kampung Pisang turut pernah menjejakkan kaki ke festival terbabit. Kiranya, ini bukanlah kali pertama Mamat membawa filemnya ke sana. Kiranya juga, orang luar memang sudah kenallah siapa Abang Mamat kita ni, seperti mana mereka mengenali arwah Yasmin Ahmad.
Lebih membanggakan Cik Normah, filem Hantu Kak Limah turut menampilkan lakonan bos Cik Normah. Walaupun wataknya tidak besar, tetapi tetap meninggalkan impak. Malah, dialog yang dituturkannya dalam filem itu pun menjadi ikutan ramai.
Nampaknya, tak lama lagi peminat antarabangsa pun akan mengenali bos Cik Normah yang tampan itu. Makin naiklah saham dia. Dengan pemilihan Hantu Kak Limah, jangan anggap filem komedi tidak mampu melangkah ke festival antarabangsa.
Tengok, Mamat sudah pun membuktikan filem lawak juga punya kekuatan yang sama dengan filem drama
Sumber BERITA HARIAN ONLINE
wow~ hebat btol hantu kak limah nih..
ReplyDeletelps nih org itali dok sebut Kita bako, bakoo...hehehe~
http://www.facebook.com/#!/pages/SSM-a-JouRNaL-oF-JouRNeY/105152359549306
tahniah buat mamat khalid. kite bakor! hihi
ReplyDeletecayalah mamat khalid...semoga dpt terus melahirkan karya2 yg lebih best lagi
ReplyDeletealhamdulillah~~ rezeki mncurah2.. femes la usop pasni.. hahaha Malaysia Boleh!
ReplyDeletejemput singgah sini ANASAURUS :)
wahhh!! tahniah Hantu Kak Limah!!
ReplyDeleteassalam..... kta bako jer... bako.
ReplyDeletebersoley-soley la dorang nnt..haha
ReplyDeletenmpk beno kome smue nipu..mne ad deme ckp gitu..deme ckp cm nie..injit injit semut..spe sakit naik atas..AHAHA
ReplyDeletebos Cik Normah tu usop ke?
ReplyDeleteyang sebut bale2. . .
ReplyDeletetu kot bos die. . .
wa...cayalah! soley soley soley..haha
ReplyDelete