Sup Ayam Bercendawan, Ayam Goreng Berempah, Jus Tembikai Kuning - Dapurku tetap bersempadan ( Mat Kayu )

Sebenarnya awal pagi tadi ada masak donut buat kesekian kalinya, tapi donut tu jadi pelik..masuk je kuali..die terus hangit..errr..tah nape tah..kali nie tak boleh nak makan langsung..ahahah...bila dah siap dalam pinggan, nak ambik la makan..hancur kat tangan..adakah sebab aku terlebih letak ibu roti?? ahahaha

So dengan rasa bara, aku ambik keputusan nak masak untuk makan tengahari, dan inilah hasilnya :)

Terima kasih kat Mat sebab telah banyak menyuntik semangat untuk aku masak..huhuh..banyaknya hikmah kenal beliau ini...


*Juadah tengahari aku


Dibawah aku ada sertakan cara2 aku sediakan juadah untuk hari ini..hehehe...Ayam berempah tu aku suka..sebab tu kali nie aku buat lagi..mudah dan sedap..hehehehe

 Sup Ayam bercendawan
Bahan-bahan :)
Halia 1/2 inci (diketuk)
Bawang Merah
Bawang puteh
2 ulas cili padi
Ketulan ayam
Kentang 3 biji
Cendawan 1 pek
Daun sup
( serbuk meggi perisa ayam) sedappppp

Cara Memasak :)
◙ Halia, Bawang, ditumbuk dan ditumis hingga naik bau wangi menusuk.. Masukkan 3 cawan air, ayam, kentang dan sup bunjut .

◙ Biarkan atas api sederhana, selama setengah jam... Kemudian masukkan cendawan apabila dirasakan ayam dan kentang sudah empuk. kemudian masukkan serbuk meggi.

◙ Taburkan daun sup dan cili padi apabila api sudah dipadamkan.

*Rasa die lain sket..hehhehe..sebab ada letak kasi pedas...letak cili padi..umphh gak la (sape nak puji kalau bukan diri sendiri) :P



Ayam Goreng Berempah
*Suke kat kerak2 tu...sedap.hehehe..sebab tu dua kali gak buat :)

Bahan-Bahannya :-)
ketulan ketulan ayam
1/3 cawan rempah kari
200 ml pati santan
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1 ketul kiub ayam "MAGGI"*(*tumbuk halus)
1 camca besar serbuk cili
2 biji limau nipis, perah jusnya
3/4 camca besar gula
1 camca teh garam

Cara membuatnya :-)

◙ Ayam dibuang kulit dan lemak, cuci bersih, perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci kembali toskan dan kelar2. Ketepikan.

◙ Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga menjadi pes.

◙ Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam.

◙ Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan.

◙ Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan.

◙ Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga kuning keemasa, guna api sederhana untuk kali ini....


 
Jus Tembikai Kuning
*Alang2 ada tembikai separuh yang lebih..buat jus pun sedap gak :)

BAHAN-BAHANNYA :-)
Separuh tembikai kuning (dikerat2)
300 ml air
2 camca besar gula pasir
1/3 cawan susu sejat "IDEAL"
Ais kiub secukupnya
Air mineral secukupnya

CARA MEMBUATNYA 

◙  Kisar tembikai tadi dengan 300 ml air, hingga halus, tapis dan asingkan jus serta hampas. Masukkan jus tadi ke kembali ke dalam blender bersama2 gula, susu cair dan ais kiub. Kisar lagi hingga halus.

◙ Tuang dalam bekas sesuai dan tambah ais kiub lagi jika suka. Hidangkan sejuk..


Maka sempurnalah makan tengahariku hari ini :)


__________________________________________________________
    AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

    25 Comments

    1. ni berapa org makn ni..sedap je tengok ayam tu ermmmm

      ReplyDelete
    2. sedapnye menu tgh hari..:)

      ReplyDelete
    3. BAGUS BAGUS..SHDA SMLM WAT AYAM GRG MADU....DONUT ADY TRY RESEPI NIE http://cahayanurqasih.blogspot.com/2011/03/choc-donut.html

      ReplyDelete
    4. heheheh..memang sedap..hehehehehe putri...

      Miss Ran...ady buat untuk ady n dua budak rumah makan jer..try la :)

      ReplyDelete
    5. tengah lapo leh lak nampak entry nie.. tolong pos kan makanan tuk saya..

      ReplyDelete
    6. shida..ok2..kang ady try lagi..hehehehe

      Hunny..ahaha...pos? kang basi kang

      ReplyDelete
    7. wahhhhhh~ hanta la kat ina ckit...=p cam best je aym tuh..huk3

      ReplyDelete
    8. ahahaha...ajak farhana mai ambik kat rumah abg..hehehehe

      ReplyDelete
    9. ehem......
      makin mantap jejaka terpilih nie...


      PS: tang donut tu...api tak boleh besor sangat...sebab tu masukkan dalam minyak terus hangit..
      lagi satu..bukan salah iburoti tapi sebab terlebih mentega/planta kot

      all the best adikku...

      ReplyDelete
    10. owhhh..akak ayu!!!!!!!

      patot la..tadi ady tambah mentega...hadoi..so dah dapat kenalpasti masalah donut tu..huhuhuhuh..thanks2...

      ReplyDelete
    11. msk sndri ke?
      nmpak cam sedap je...hehe~

      ReplyDelete
    12. syu..hehehehe..masak basic2 jer..air tangan lelaki :)

      ReplyDelete
    13. oh mai...sup itu begitu menggoda...huhuhu...abang, sila justify! hahaha~

      ReplyDelete
    14. AMBOI.. TAJUK!!! HEHE.. BERSEMPADAN SEMPADAN BAGAI.. SEMPADAN KEDAH -PENANG KE?.. KEDAH KL?..
      MACAM BEST JE DONUT(DI KALA KELAPARAN).. NAK CUBA!!

      JOM KE: ALL IN ONE

      ReplyDelete
    15. perhhh.. memang terbaik la..
      awat tak letak je donut yang hancur bila disentuh dgn tangan tu..
      nampakya kita akan ada 2 che mat.. CMG yan memang dah terkenal lama..
      and sekarang.. che mat kayu... i like.. ^^,

      ReplyDelete
    16. Oooo..gegirl ek..tak pee..Sunnahh, nanti YM dgn pakcik mat okey, pakcik mat bagi tau "rahsia" pasal ady budika...

      ReplyDelete
    17. wah dasyat...bleh tahan air tangan ady budika ni...elok ler blajo2 masak..nanti ade isteri,isteri pasti lg sayang...

      ReplyDelete
    18. ok pakcik mat!!! eh, pakcik mat tak online pon~~~

      ReplyDelete
    19. wahh.. air tembikai tu nampak sgt sedap.. hehe..

      ReplyDelete
    20. as salam..

      wah! malam2 buat saya terliur

      T__T

      yang buat jus tembikai kuning tu, tang kiub ais nak kena kisar tu, kisar halus2 ke atau buat yang macam ice blended@blended ice. tak jadi lagi cair ke jus tu? sebab saya tak pernah cuba. kalau cuba, ajdi lain, rugi tu..duit..duit

      T__T

      yang ayam goreng berempah tu, memang 3 jam?waa..
      saya selalunya kalau nak bagi isi ayam tu meresap bersama2 dengan adunan rempah tu, saya guna periuk steam.lupa namanya periuk tu. sekadar bagi ianya meresap lebih cepat.lepas tu, terus goreng. anggaran dalam 5-15 minit mengikut kuantiti. ala..macam buat pulut kuning tu. lebih kurang macam tu la.

      sup ayam bercendawan..
      hehe..namoaknya saya kena tolak cili padi la untuk mengelakkan rasa ayam tu terhakis dek rasa pedas.

      yum2.
      boleh buat satu tab khas untuk masak memasak

      ReplyDelete
    21. peh...cambest je menu ni sume...

      *lapo~*

      ReplyDelete
    22. hmmm...think im gonna make me a glass of jus tembikai kuning now..

      ReplyDelete
    23. Salam Ady, waaah masak banyak pandai laaaa..dah kalah sup Mat Gebu dah nih...hehee...lawan toke nampak! hehehee

      ReplyDelete
    24. sunah sila masakkan untuk beliau nanti haha ..bez nye nyakat

      ReplyDelete
    25. as salam..
      wah? komen saya yang ni pun encik ady tak approved komen saya?
      cuma tanya pasal lauk je..
      huhu..
      tak sangka encik ady adalah begini..sedihnya..
      dulu kata boleh je kawan.
      di mana nilainya persahabatan kalau tak menghargainya?

      tak sangaka dalam diam encik macam tanam kebencian kat saya..
      apa salah saya?

      T__T

      jap.nak cek komen lain..
      apa dah jadi sebenarnya ni?
      huhu..

      ReplyDelete
    Previous Post Next Post