3 Lorong...


Terjaga dari tidur... Badan berpeluh.. Degupan jantung berdegup masih kencang... Terus aku capai netbook kesayanganku... Jemari pantas bertatih.. Dan pertuturannya terus meniti tiap muka lembaran penuh pudar ini..

Kutitipkan saat manis itu dahulu.....


One Utama
Pertemuan penuh makna... Seperti biasa, aku tidak memandu kereta.. Aku biarkan Si Pemandu yang memandu. Heheheehe.. Kan itu nampak lebih sweets.. One Utama destinasi yang kami tuju.. Pusing punya pusing dalam tu.. Akhirnya tiba masa untuk pulang.. Si Pemandu menyuruhku  membayar tiket parking... Aku pergi ke tiket parking pertama... Rosak..


Tiket Parking
Aku balik kereta.. Ingin memberitahu pemandu tadi... Ya Allah, keretanya kene langgar dari belakang... Pemandunya marah dan terus memandu laju meninggalkan aku seorang diri... Seketika kemudian die datang kembali menjemputku... Namun aku masih belum membayar tiket parking kereta yang diamanahkan.. Aku terus berlari masuk kedalam shopping complex untuk membayarnya.. Namun masih gagal menjumpai mesin bayarparking yang sempurna..

Akhirnya aku terus kembali ke kereta, dalam perjalanan ke kereta.. Aku begitu terleka dengan beberapa perkara yang menarik perhatian aku... Sehingga aku tidak sedar dimanakah aku kini berada...


Lorong 1
Kejadian pelik berlaku.. Aku yang pada mulanya berada di dalam shopping complex yang penuh dengan orang kini berada dalam satu kawasan yang sedikit berhutan... Aku melaluinya..terus melalui lorong tersebut... Mencari pemandu dan kereta yang aku naiki sebentar tadi.. Namun masih gagal.. Hutan itu agak mengerikan.. Dari lorong bertar, akhirnya ke lorong denai... Aku masih lalui lorong tersebut..Hati aku mula rasa cemas.. Tatkala itu hdset aku berdering... Pemandu menelefon aku memberitahu aku cuma ada 15 minit , kerana dia terpaksa mengejar waktu... Aku terus mencari jalan keluar...


Lorong 2
Terus mencari jalan keluar.. Aku bertemu dengan seorang pakcik, Aku terus bertanyakan arah jalan keluar kepada pakcik itu... Seketika kemudian, datang anak perempuan pakcik tersebut.. Menawarkan diri untuk menunjukkan jalan keluar...  So aku terima.. sebab memikirkan pemandu yang setia menantiku di luar sana...

So kami bertiga meneruskan lagi perjalanan mencari jalan keluar.... Namun perjalanan kali ini makin pelik... Mereka membawaku ke satu lorong yang penuh dengan pintu-pintu.. Ada yang pintu berkunci yang terpaksa aku pecahkan.. Namun bila aku pecahkan pintu itu ada lagi yang menghalang.. Seperti jalan mati.. Akhirnya kami bertemu dengan seorang pemuda yang sasa... 


Lorong 3
Pemuda sasa itu seperti naik angin dan ingin memukul pakcik dan anaknya itu.. Aku sempat melarikan diri.. Namun pemuda itu sempat menjerit "andai lorong benar yang kamu cari untuk menuju pintu balik, awak perlu ikot kata hati dan imanmu" Aku tidak mempedulikan jeritan pemuda itu.. Aku terus berlari dan berlari.. Sehingga aku penat... Dihadapan aku kini ada satu lorong yang depannya adalah jalan raya.. Aku terus menuju ke lorong jalan raya tersebut... Namun.... Berjayakah aku menemui pemandu aku tadi???

Kerana tatkala itu aku terjaga dari mimipiku yang pelik itu....

Adakah mimpi sekadar mainan tidur cuma??? Mengapakah begitu pelik mimpiku kali ini???? 


*Aku terpengaruh dengan cara penulisan --->Blog Baru Blogger Lama
AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

6 Comments

  1. setiap ape yg berlaku pasti ada hikmah...ehh.. cerita itu seperti mencari sinar cahaya kehidupan..huhu :)

    pesanan buat ady:
    apa pun yg terjadi, berjalan lah tanpa henti :)

    ReplyDelete
  2. ade msj y ingin dsampaikan..mungkin utk ady pilih mne satu jalan y benar di dunia ini


    Ps: Jumpe sok=P

    ReplyDelete
  3. ku rasakan something when im think its nothing.. hee.. chill bro xde ape2lah

    ReplyDelete
  4. "andai lorong benar yang kamu cari untuk menuju pintu balik, awak perlu ikot kata hati dan imanmu"


    hm...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post