Sunah Suka Sakura dot com

Monday, April 18, 2011

Aku sependapat dengan blogger ini mengenai konsep pembelajaran. Dan Cikgu Shida...

Lihat gambar ini dah cuba nilaikan... (klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas)

Aku cuma nak kata yang aku sependapat dengan blogger ini mengenai cara pembelajaran dan konsep belajar melalui tauladan..  --->Pendapat Blogger Yang aku Setuju

Dah karang panjang-panjang,  namun rasanya kita lebih berhak berfikir dan menilai mana yang pelu kita pilih dan amalkan. So aku just simpan apa yang aku rasa mengenai Cikgu popular ini... Ini bagi menjamin kebebasan kita semua untuk mempunyai pandangan...

Apa yang aku ingin tegaskan disini hanyalah Tidak kira barat atau islam.. Konsep pendidikan adalah demi mebentuk nilai dari dalam diri. Dan khususnya didalam islam, Pendidikan adalah bersifat untuk membentuk akidah serta sahsiah dalam diri seseorang serta pemantapan keimanan didalam jiwa. Pendidikan itu bermula dari seawal kanak-kanak. Namun pendidikan pada peringkat usia kanak-kanak lebih kepada pendidikan melalui pemerhatian dan pengaruh sekeliling.

Kepesatan teknologi telah mengizinkan pelbagai jenis medium mudah diperoleh terutama oleh kanak kanak masa kini. Lihat saja di youtube.. pelbagai jenis video yang dimuat turun. Jika kita lihat dari sudut hiburan, ia mungkin agak terhibur melihat keletah seseorang berjenaka. Namun jika saya seorang ayah, saya tidak mahu anak saya mengikut jejak langkah dengan berkelakuan sedemikian...

Hakikatnya, tidak kira siapa, semua ibubapa ingin melihat anak2 akan berjaya membentuk sahsiah diri yang mantap, Keperibadian tinggi  serta berhemah dalam mengharungi arus globalisasi kini. 

Buat semua warga pendidik, jangan terlalu ghairah untuk membuat kelainan sehingga menggadai maruah sebagai seorang pendidik. Tinggikan sahsiah.. mantapkan akidah... Pendidikan kanak2 diperingkat awal banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan dari insan-insan yang dia lihat...

Sekadar pandangan pribadi.... Maaf kalau agak keterlaluan





Banggakah kita melihat anak2 kita terjelir2 ketika mengambil gambar?





12 comments:

Sunah Mohammad said...

pembelajaran awal kanak-kanak dari rumah dan sekolah..segala perkara yang berlaku di sekeliling dengan mudah boleh mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran mereka...

mendidik anak-anak di zaman ini lebih banyak cabarannya..
jika di sekolah ada perkara negatif yang masuk, di rumah jangan lupa untuk neutralkan semula pemikiran anak-anak..

sekadar pandangan peribadi juga..

CikBulat said...

betol tuh, aku memang tak sokong cara dia event dia dah masuk paper Metro semalam. huh. cara dia tuh memang lah nak kelainan.. tapi terlalu lebih dan melampau sebab dia memegang status pendidik dan wanita islam bertudung!!

Miss Ran said...

erm personaliti berbeza boleh mmbuatkan guru diminati..tapi ckopla skdr tatapan murid

tak perlulah nk hebah ke serata dunia yang dia cikgu...

kalaupun untk pnp perluke lagu merepek meraban?

hanya pendapat juga

Adinda Amy Sensei said...

jadilah guru yang berwibawa..

b a m b a m ' s said...

aku alergik ngan cikgu S nie..heheheh..

GreenAppleKu.com said...

Kanak-kanak mudah mengikut apa yg dilihat dan di dengar. Sahsiah diri perlu dibentuk sedari kecil dan ianya perlulah selari mengikut cara yang sepatutnya. Pembaharuan perlu ada tapi biarlah tidak lain dari yang sepatutnya. Kanak-kanak akan mudah terkeliru. Yang mana satu betul ni?
Ady, bagaimana agaknya utk memasukkan blog saya ke bloglist Ady, I'm blogger from utara ler..

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

kalau cikgu kencing berdiri anak murid akan kencing berlari..

munirah said...

pendapat kita sama.
check this out
http://heyday-41.blogspot.com/2011/04/cikgu-shida-pro-atau-kontra.html

♀ Perempuan Manis said...

couldn't agree more mr.ady!!
sy slalu beranggapan profesion guru sewajarnya dihormati tak kira tua atau muda..jadinya bile terjadi guru yang terlampau ghairah begini, sy takut martabat guru akan terhakis..nk hiburan, just buatlah utk tatapan sendiri..bile dh msk youtube, segala macam fitnah boleh terjadi..sy sgt malu bile tgk video beliau..apatah lagi dengan title seorang guru..tak seharusnya begitu perangainya..
sorry kalau pendapat ini sukar diterima ramai.. just give my 2cents..

**::CIKNUURUL::** said...

setujuuuu,sbelum tido,.trnmpk entri ni,wow!,.best2,.

err,skrang tknlogi dh mkin mju,bdk sek ren pon dh pndai layan utube,.sbg seorg gru jga,sy malu sbnrnye,.mrid yg skcil itu pon dh mule bijakkkkkk brklakuan pelik2,apetah lg bile dh besar,.err,xyah tggu besar la,skang pon dh mcm2 kes brlaku mlbatkn pljr skolah,.tepuk dda sndri,tnye iman sndri,.berbaloikah hdup kte kt dnia dgn trhsilnya ank2 ddik yg sbgitu,.?? anak2 kite jg nnti,.emm,mkin lame,mkin sempit pmkran,.dniaaa

ehem,sy dh trlbih ke ni?,.hehe,.sme2 mmberi peringtan,.sling ingt-mengingati,.skian,.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

hurmm entah la..tak berani nak komen apa.sbb yg LM tau..dia guru yg baik sblm ni.katanya..dia wat youtube tu sbb kecewa putus tunang.tp..tak sangka ngan murid2 pun ckigu shida melawak camni gak..adehh..suker lah budak2 tu..tp..ibu bapa lak yg susah hati.

norinaomar said...

ohh please lah dia ni..kesian sebab dia tak mampu nak menjaga kewarasan akalnya
entry terkini:
http://noipunyablog.blogspot.com/2011/04/gelakkan-anak-murid.html