Tentera "LEMBUT" ? Kan dan kena kaunseling..

Menyesal suruh amah bawa beg galas 

SINGAPURA: Seorang askar Singapura yang dirakamkan gambarnya bersama pembantu rumah yang membawa beg galas miliknya dilaporkan menjalani kaunseling dan 'menyesali’ perbuatannya.


Gambar berkenaan disiarkan media tempatan yang kemudian mendapat perhatian seluruh dunia selepas ia tersebar melalui internet yang mencetuskan kemarahan dan kebimbangan bahawa pasukan tentera bersenjata Singapura mempunyai watak ‘lembut’.
*Gambar inilah yang dikatakan menjadi kontroversi untuk tentera "LEMBUT" singapura
“Anggota terbabit sudah memperkenalkan dirinya kepada komander, 

“Beliau sudah diberikan kaunseling dan meneruskan latihan,” kata Pengarah Hal Ehwal Awam Kementerian Pertahanan, Kolonel Desmond Tan dalam satu surat yang disiarkan akhbar Straits Times, semalam. 

Tan berkata, tentera terbabit ‘menyesali’ perbuatan beliau dan menyedari bahawa ia adalah salah kerana membiarkan perkara itu berlaku. 

Gambar terbabit menunjukkan askar muda berkenaan dalam keadaan letih dan mengenakan kasut tentera berjalan kaki bersama pembantu rumah wanita yang mengikutnya dari belakang sambil membawa beg galas tentera. 
Singapura masih meneruskan kerahan tentera dan anggota tentera bersenjata negara itu adalah antara yang memiliki kelengkapan terbaik di Asia. 

Setiap warga lelaki dan penduduk tetap berusia 18 tahun dan ke atas dikehendaki menjalani latihan tentera selama dua tahun. 

Ada kritikan bahawa latihan dilakukan sekarang tidak terlalu lasak berbanding generasi lama yang menjalani latihan disebabkan aduan daripada ibu bapa. 

Penganalisis bagaimanapun, turut berkata bahawa gambar pembantu rumah membawa beg galas berkenaan bukan lambang yang adil bagi pasukan tentera bersenjata hari ini. 

Apapun, gambar askar berkenaan selain mencetuskan kemarahan turut disambut dengan gurauan di kalangan penduduk Kota Singa itu hingga menyaksikan warganya membincangkan isu itu di internet, memberi pandangan di Twitter dan surat khabar perdana. – AFP




Sumber Berita Harian Online
AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

Post a Comment

Previous Post Next Post