Jangan Kata Aku Berlagak Bila Aku Kata Aku Tak Suka Naik Bas

Aku ada sebab tersendiri kenapa aku tak pilih pengangkutan bus sebagai alternatif aku nak kesesuatu tempat. Ramai suara sumbang kata aku sombong dan berlagak kaya apabila aku lebih rela ambik flight jika mahu balik ke kampung atau kemana-mana tempat.. Jika ingin tahu, aku sudah cukup fobia mendengar kes-kes kemalangan bus ini.

Hari ini satu lagi nahas yang babitkan bas expres, bukan satu bas.. Tapi 3 bas..Sama-sama kita wat penilaian..

Namun aku masih percya kepada qada dan qadar Allah, tapi kita seelokknya merancang sebaik mungkin...


Lagi Nahas Babitkan Bas Ekspress



Berpuluh penumpang cedera selepas tiga bas ekpres dan sebuah kereta bertembung berhampiran susur keluar Simpang Pulai, dekat Ipoh.

Kemalangan berlaku selepas sebuah lori dari lorong kiri memasuki lorong kanan dan menghimpit bas yang dalam perjalanan dari arah sama.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 1: 40 pagi tadi di Kilometer 282 Lebuh Raya Utara Selatan.

Ketika kemalangan, tiga bas dan sebuah kenderaan dalam perjalanan menuju selatan tanah air bertembung sesama sendiri.

Sebuah bas yang berada di lorong kanan lebuh raya terpaksa berhenti secara mengejut setelah dihimpit sebuah lori yang berada di lorong kiri.

Kebanyakan penumpang cedera di muka.

Polis Trafik Cawangan Daerah Ipoh dalam kenyataan berkata siasatan mengenai punca kemalangan ini masih dijalankan.

Manakala penumpang yang mengalami kecederaan serius di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut.


AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

10 Comments

  1. accident lagi...
    ni yang takut nak naik bas ni!

    ReplyDelete
  2. aini klu kmpung pon sggup naik train dari bus,.huhu

    ReplyDelete
  3. sy pom takut nk naek bas sekarang ni.
    byak sngat kes kemalangan bas ni.

    ReplyDelete
  4. sye xpernah naik bus express,,
    hr 2 g vacation ngn kwn2 g langkawi amik bus malam...dr pudu smp kole perlis x tdo...terkebil-kebil atas bus..hehe

    pas2 hr sblm ktrg nk blk kl,ade kes eksiden bus sani express yg lggar divider smp org tercabut kepala tu.wuwuwuwuwuuwuu...blk kl esok 2 twakal je..hehe

    ReplyDelete
  5. kak zu suka naik bas siang hari, malam takut laaaa..lagipun tak boleh nak tengok pemandangan sepanjang perjalanan

    ReplyDelete
  6. saya pun gerun naik bas...sgt2 gerun.tp skrg ni katanya pemandu lbh berhemah berbanding zaman dulu.kalau dulu2..ish dari temerloh blk segamat rasa nyawa dihujung tanduk baik bas ekspress tu..huhu

    ReplyDelete
  7. kami naik bus UNIC ja abg adi. hahahahaha

    ReplyDelete
  8. menakutkan...huhu

    byk kes dah bus expres nie..
    serammnyewww....

    ReplyDelete
  9. kita geng lahh.. takut nak naik bas. sanggup naik flight walaupun tiket mahal..

    ReplyDelete
  10. saya student lagi..family sederhana aje. so, kalau balik cuti sem, kena jugak naik bas sebab family tak mampu nak support duit tambang flight. :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post