Sunah Suka Sakura dot com

Sunday, May 15, 2011

Tatkala Bayangan Wanita Serba Hitam Menghantui Malamku T.T

Jujurnya aku seorang yang mudah terfikir dan terbawa-bawa apabila mendengar cerita yang berkenaan makhluk-makhluk halus... Lagi la jika cerita-cerita itu didengar berhampiran dengan sekeliling aku...



Balik Keje Jam 3Pagi
Balik keje malam tadi... Dalam lebih kurang 3pagi.. Aku merempit keluar dari perkarangan Media Prima, tiba di pintu masuk, aku lihat producer aku berborak-borak penuh perasaan dengan polis-polis dipintu masuk itu. Seakan-akan apa yang diboraknya bersama sekumpulan polis itu nampak serius, melihat riak muka producer aku tu macam penuh kerisauan... Jadi aku memberhentikan motorsikalku... Tunggu sehingga producer aku tu keluar kat depan pintu masuk.. Aku risaukan die, ingatkan ada sesuatu yang tak elok terjadi padanya...

Wanita Rambut Paras Bahu
Tiba di pintu masuk itu, terus aku bertanyakan kepada producer. apa yang sebenrnya terjadi.. Dengan penuh perasaan die mulakan bicara... Bercerita mengenai kejadian seorang polis yang nampak kelibat seorang wanita seperti menuju kestudio tempat kami selalu bersiaran.. Die seperti tertinggal barang.. Polis tadi terus mengejar... Namun kelibat perempuan berbaju hitam dan rambutnya paras bahu itu terus lenyap apabila melalui kawasan studio itu... Errrrr... Polis mulanya ingatkan perempuan tersebut adalah salah seorang dari kami merasa agak curiga.. Oleh sebab itulah die bertindak bertanya kepada producerku itu memastikan kewujudan perempuan itu.. Tapi seingat aku, hanya producer aku dan seorang host jer wanita... Tapi kedua-dua mereka tidak memakai baju hitam.... SIAPAKAH WANITA ITU?????

Wanita Bertenggek Di Tembok
Sehari sebelum, aku ada juga mendengar mengenai seorang perempuan berambut paras bahu itu duduk bertenggek di tembok parking opis aku... Dan 3pagi tadi masih bercerita sama mengenai perempuan paras bahu yang hilang didalam studio ... Errr... macam mana aku nak keje kalau macam ni.. aku akui aku agak penakot kalau bab2 halus ini.. Huhuhuhuhuh.. Lagi la malam ini aku akan keje seorang diri diopis.. hadoiiiii... Sape-sape tolong la teman aku T.T





15 comments:

mas saari said...

kalau Mas tak pergi dah keje...hehehe

tyka said...

amalkan ruqyah.. dalam hp ada surah surah.. pastu volumekan slow je.. insyaAllah... tak pon.. amek mc je lar arini.. hehe

Sunah Mohammad said...

Allah selalu bersamamu~~~ tiada yang lebih patut ditakuti selain Dia...:)

Chegu Zubir said...

kuatkan dan cekalkan diri...banyak kan membaca ayat kursi..semoga DIA sentiasa melindungi kita

jom sertai
Segmen " Selamat Hari Guru Cikgu."

Akmal Ezzah Alias said...

kuatkan semangat

Kyky Violet said...

mmg btoi2 menakotkn tp kuatkn ati k.. umah ky kat hostel pown hunted.. ciap ade budak nmpk jelmaan ky agy.. seram...

cik pulau said...

errr.. bia benor abg ady ???
meremang dah bulu idung ni..
lalala~

shigellazoster said...

huhu... soramnyoooo.......

ShashaCatering said...

Semoga semuanya ok dan takder apa2 berlaku.

shafmechy said...

aku pun takut kalau camtu...haha

fRaMe+LenSeS said...

insyALLAH, kita tak ganggu dia, dia tak kacau kita. ALLAH sntiasa bersama.

athime said...

jangan la fikir pasal dia.. hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

adoii takut la pulak..huhu.

HeziqaMushadadLee said...

err,abg...*dah seram dah*

Anonymous said...

minta nombor handsetnye...hehehehe...