Sunah Suka Sakura dot com

Wednesday, December 14, 2011

Apabila Ady Budika Ditemuramah Di Radio GaolFM

Hari yang busy... Bangun awal pagi terus ke Klinik Smile.. Untuk dental cleaning (scaling n polishing) . Dalam jam 12 dan settle.. So ada peluang nak gi senam jap. Singgah Fitness First yang menjadi hobi terbaru aku.Penampilan nak kena jaga gak. Untuk bina keyakinan.. Hehehehheeh
 
Kenapa aku beriya-iya untuk nampak penuh yakin hari ini? Aku akan di temuramah di konti GaolFm. Hehehehhe.. Selepas bersenam selama sejam di FF, aku terus memecut ferrari kesayangan aku menuju ke Damansara Intan, bersebelahan Tropicana City.  Alhamdulillah jalan tak jammed..
 
Setibanya di konti itu... Aku perhatikan sekeliling, tak seperti yang aku jangkakan pasal radio online ini. Seingat aku radio online tidaklah ada ruang kerja yang sebegini, tapi tidak pada radio GaolFm. Konti dan ruang kerjanya tersusun dan sistematik. Kemas.
 
DSC_0927
Tunggu depan opis milik GaolFm dengan penuh debar.
 
DSC_0929
Mini konti milik GaolFm. nice.

DSC_0941
Belum bersiaran tapi aku sudah kene belasah.
 
Tepat 2.30petang aku memulakan sessi perbualan secara online. Bermula dengan sessi perkenalan diri, latar belakang dan yang bersifat pribadi. Errr.. jujurnya terasa amat kekok bila kita selalu dengar org lain bersiaran, tapi kali ini kita pulak yang terpaksa menjadi org yang bersiaran. Namun berkat dua orang tukang Karut yang tak henti2 memanaskan aku, akhirnya rasa kekok itu sedikit demi sedikit hilang.
 
DSC_0938
TK Che Mat Yang memulakan sessi Segmentnya

Kenapa aku di panggil oleh radio ini? Ini lebih kepada perkongsian mengenai kerjaya yang aku lakukan disamping gelaran aku sebagai blogger. Mesti ramai yang mempertikaikan kenapa aku yang perlu berbicara mengenai blog sedangkan aku bukanlah siapa-siapa dalam dunia blog ini. Namun aku rasa apa yang aku katakan cuma sesuatu yang bersifat pendapat pribadi. Lain org lain pendapatnya.
 
383121_182766231819054_118307304931614_326979_179264932_n
GaolFm best (nampak kan hasil dental yang aku buat pada gigiku)
 
384067_182766271819050_118307304931614_326980_309150322_n
Time menjawab soalan, tibe2 diorg nak ambik gambar..Errr
 
Antara yang disoalkan :

  • Latar belakang aku.
  • Kerja aku (Interactive Specialist dan Assistant Producer)
  • Rancangan Tv yang aku kendalikan.
  • Konsep rancangan yang dikendalikan
  • Sejarah blog aku.
  • Pengisian blog aku
  • Cara menarik minat pembaca
  • Perancangan masa depan dan lain-lain.
Perbualan selama dua jam ini dirasakan amat singkat apabila sepanjang perbualan bersama Tukang Karut CheMat dan Tk Yuna bijak menggunakan ayat yang bersahaja dan ini membolehkan aku cuba untuk menjawab apa saja yang diajukan.
 
Interaksi antara Tukang Karut untuk radio ini dan juga pendengar online berlaku secara dua hala apabila pihak radio dan pendengar boleh berkongsi info di wall facebook milik radio ini (GAOLFM FACEBOOK).
 
DSC_0948
Selesai sudah

DSC_0952
Gambar kenangan di Wall GaolFM
 
Apa pun ini pengalaman yang berguna untuk aku. Walaupun bila difikirkan balik aku rasa jawapan2 yang aku berikan agak pelik. Hahahahhahaah.. Buat yang mendengar semalam tu, Aku ucapkan terima kasih kerana sudi :)
 
Buat yang belum mengenali radio yang bakal menggegarkan industri radio online ini, silalah singgah ke http://www.gaol.fm/ Ape lagi ko nak???????
 
 



20 comments:

zaMir said...

hua3!!!! sempat jugak dgr semalam....jwapan ala2 profesional..err...

Cik Bambam said...

aku x dgr pon.. saper suh ke udara waktu kerja.. xde record eh ady?

Mohd Khairi Khadzir said...

xpernh smpai lg hahhaha ...

[k]o{q}i[n] said...

ahakz...sowi la bro.. sje je kaco ko dgr statement2 yg panas smlm..huhuhu.. *nebes*

Ummi said...

Tahniah Ady Budika....!
Waaaah semakin hebat di gelanggang...main tayang ke, galah panjang ke...hehehhee
*Pstt - akak xleh nak on9 smlm...tenet hancusss jek ujan2 kat Ktn nih... :))

Sunah Sakura said...

eh tadi gambar lain, skang da lain..yang tadi nampak lagi natural..ni nampak terlampau sharp..

Suhaili Sarif said...

oo boleh la bergaol2 kt situ..hihi

mas saari said...

makin femeslah..

K O R I E said...

oit, xpernah dgr nama radio ni..
bley la nak terjah.

wah, dpt msuk konti.. msti best kan.
dlu pun ada tringin nk jadi dj tp xksmpaian ;(

Izan Ishak said...

tak sempat nak dgr pun smlm...

rugi...rugi...

hawiz said...

pemesnyer,,

Lizzie Yasmin said...

lar abang pakai spek tue DJ ke? Dia dok satu apt ngan aku.. huhuhu.. Keta dia COOL

Cik Pulau said...

wewitttttt..
kelassssss abg ady.. hehehhe

qasehraihan said...

waaa...retissss..haha

Iffah Afeefah said...

skng sibuk bergaol2 eh

محمد رازيق said...

wah best la bro, ade org intebiu.. hehe.. first time dtg blog ang ni, sbb aku baru lg dalam bloging ni.. nice blog.

Si GaJus!!!= said...

untunggglaaa.. nk sign

acul said...

haha rezeki. btw congratz :)

aku x dpt dgr smlm sbb xtau :P haha

Miziey said...

Pemes ah abam ady bodicar nih. Huhu~
Nak sign, nak sign. Hahah.

Finaz Jaafar said...

okay nak gtau ni....errr kite tak tau and tak pernah dgr pun goalfm..kesiannyeeeeee la den ni..sobbsss...

but congrats anyway dapat ditemuramah..like seriously mesti rasa macam retisss sekejap kan..hahaha