Sunah Suka Sakura dot com

Wednesday, January 11, 2012

Maafkan Aku... Aku Tak Sehebatnya...


Aku teliti diri ini, 
Aku hayati kekurangan diri,
Aku senyum tawar tak berseri,
Aku menagis didalam hati,
hati aku seorang lelaki..

Kadangkala,
Aku rasa diri ini cukup bahagia,
kadangkala...
DERITA tanpa penawarnya...

Aku gembira jika melihat dirinya bahagia,
Namun acapkali jua cemburu menakhluki jiwa,
sehingga aku tertanya,
"Mengapa diriku membiarkan cemburu ini...
singgah di pelusuk jiwa,
andai bahagia menemani dia...???"

Longlai jemari mula dirasa,
menitipkan rasa,
meluahkan derita,
derita aku seorang saja....
sakit dan merana biarlah dipendam dibenak minda...

Aku mungkin tidak mampu menjadi sepertinya,
Insan yang sentiasa memberi senyum tawa...
Tapi aku jua mempunyai rasa..
Ingin dicintai dan dimanja...
Oleh insan bernama dia...

Maafkan aku, aku mungkin tak sehebatnya,
Namun aku akan tetap mencuba...



10 comments:

zikeryhassan said...

tak perlu menjadi sehebat sesiapa untuk menakluki hati seseorang tu. jadi diri sendiri lebih baik

Sunah Sakura said...

hurmmm...siapakah?

Yazid Yahya said...

sabar yer abg Ady.. :(

Mat Gebu said...

Walaupun aku ni jenis tak berapa faham maksud disebalik tulisan, bersyukur lah ady, atas apa yang telah ditentukan untuk kita...kebahagian itu ada kala datang lepas kita melalui penderitaan. Hmm, aku pun walau pun pada "kulit" nampak bergelak tawa, bersenda gurau, tapi disebalik liang roma, pasti ada keluhan yang tersembuyi, yang penting kita jadi diri kita yang sebenar seperti mana ady budika yang pernah aku kenal dulu....Bila aku buat pau sambal hari ni, terkenang aku ady budika yang dulu...tapi aku faham, nko tetap orang yang sama....mudah2an kita semua diberi petunjuk, dan dijauhkan dari perasaan syak wasangka sesama sendiri....lemak cili padi ayam dan ady budika ibarat insan dan bayang2..kannnnn ^__^
.....sekian...wassalamm..take care yea...

Syafiq Ahadin said...

hebat ayat.....hehe! tersentuh... :(

Cik Rose Cute said...

memang hebat ayat tue...kita bukannya sempurna sepenuhnyakan...

Rozuan Ismail said...

luahan hati ke?

efa nur said...

lirik lagu ke nie?hehee :D


Blog Efa Nur :)

najwa's said...

aduh, mendalam gitu~

محمد رازيق said...

setiap insan itu pasti ade lemah dan kuat. gunakan kuat itu untuk tutup yang lemah. sabar bg Ady.