Sunah Suka Sakura dot com

Tuesday, February 28, 2012

Bila Ady Budika Dan Neelofa Bergaol = ADYLOFA (Koleksi Gambar Dan Video)

27 Feb 2012... Mendapat satu notification yang Neelofa akan turun bertandang ke Gaol.Fm untuk memperkatakan mengenai perkembangan terbarunya...  Memandangkan hari ini merupakan hari keje buat aku, jadi dengan sepantas kilat aku menyediakan content untuk 8TV NITE LIVE kerana aku turut berminat untuk bertandang ke Gaol.FM

Terus memaklumkan kepada Tukang Karut bagi station radio online pertama Malaysia ini menegnai kehadiran aku...  Respond positif diterima.. 

Tepat jam 9 malam... aku terus memecut laju BMW aku menuju ke konti radio Gaol.FM... Setibanya disana aku terus masuk dan inilah kali pertama aku dapat bersua muka dengan pemilik rasmi Gaol.FM.. Dato Syafiq dan Datin... Mereka berdua sangat2 nice!!!!! Tak sangka lak layanan yang amat mesra aku terima dari semua pihak Gaol.FM...  Thanks...

Pertemuan kali pertama bersama Neelofa

Bercerita mengenai Neelofa.. Beliau yang merupakan pelakon yang meningkat naik ini masih belajar di salah sebuah institut pengajian di Malaysia.. Melihatkan cara beliau menjawab semua soalan yang diajukan, jelas menunjukkan beliau bukan sahaja memilik pakej dari segi rupa, namun memiliki ilmu yang mampu membawa beliau lebih jauh dalam bidang yang beliau ceburi.. bukan hanya dalam bidang lakonan, tapi lain2 bidang...

Dua2 belah tangan tu.. Twitter merapatkan Lofa dengan peminatnya

Menyingkap mengenai pembabitan Neelofa dalam bidang seni... Beliau yang lahir dari Pencarian Dewi Remaja ini mula meniti dunia lakonan, dan sejak dari saat itu beliau tidak lagi pandang kebelakang.. Setapak demi setapak beliau melangkah dan  kita dapat saksikan beliau kini sebaris dengan pelakon-pelakon senior dalam bidang seni lakon tanahair..

Berfikir sebelum memberikan jawapan pada setiap soalan yang diajukan membuatkan Neelofa petah dalam setiap apa yang dikatakan

Jika lihat dari sejarah pendidikan Neelofa, beliau mendapat keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Rendah (UPSR), 8A untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) 10A bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau juga Menamatkan A Level di Kolej Damansara Utama (KDU). Kini merupakan Pelajar jurusan Perniagaaan pengkhususan Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran di Sunway University College, Petaling Jaya Selangor.

Sifat bersederhana dan rendah diri menjadi aset utama anak gadis ini

Antara drama lakonan Neelofa adalah, Tahajud cinta,  Jiwa dan Lara, Ijam non Yenkee dan  banyak lagi.. Filem lakonan Neelofa pula adalah Azura. Neelofa yang bermaksud Cahaya Bunga biru ini mempunyai pandangan jauh dalam mengorak langkah sebagai insan seni tanahair dan kini beliau aktif dalam mereka kasut bagi sesiapa yang inginkan perkhidmatannya.. 

Suasana ketika ditemuramah pihak radio Gaol.FM

Apa pun... Ady harap Neelofa mampu pergi lebih jauh dalam apa jua bidang yang diceburinya.. Kekalkan sifat rendah diri, bersederhana, sopan santun yang anda miliki itu :) Good Luck Neelofa!!!

Suasana kelam kabut seketika dengan lensa2 camera bila ady mula ambik tempat untuk bergambar bersama Neelofa :P

Pose manja yang sempat Ady dapatkan.

Comelnyaaaaa.....

Orang-orang kuat Gaol.FM

Dua insan yang banyak membantu Ady .. TK Che Mat dan TK Yuna


Akhir sekali kita lihat video dibawah... Apa kata Neelofa kepada peminatnya...

video
Kata-kata Neelofa buat peminatnya

*Thanks Pihak Gaol.FM yang sudi untuk terima kedatangan Ady buat kesekian kalinya :) 




Friday, February 24, 2012

Apa Masalah Dengan Gambar Ini?

Tadi saja belek2 balik album kat FB yang dah lama aku privatekan.. Errr.. tertumpu kat tarikh hari ini 24 Februari..  Tapi kejadian berlaku pada tahun lepas (2011).. Terus cari sesuatu disebalik baju2 yang dah lama dihanger.. JUMPE!!! Senyum....

Terus ambik dan try pakai balik baju yang sama seperti dalam gambar bertarikh 24 February 2011 ...

Ini la gambar yang aku upload pada tarikh seperti hari ini tapi pada tahun lepas..

Dan aku terus ambik gambar dan belek balik gambar tersebut =.=


 ERRRR... Ok... Aku rasa aku dah cukup besar untuk pakai baju itu... Sekian... Belek lagi album kat fabecook.. Hheheehheeh.. HOH!!!???? banyaknya gambar yg aku upload dulu2!!


*Motif nak bagitau aku skang dah "tough" ok!!!!!





Sunday, February 19, 2012

Lelaki Durjana Itu Aku?


Aku cuba menjadi yang terbaik...
bukan untuk sesiapa...
tapi untuk diriku...
namun aku masih rasa aku tak mampu...
untuk menjadi itu....

Tangisan malam..
kau siramkan suram dingin...
kelam gerhana...hati gelora...
jiwa lara..derita merana...
seorang manusia....
aku namanya....

Senyum gembira...
palsu rupanya...
hiasan bibir..
penyejuk mata...
alis pandang terasa..
kerna aku...
bukan lagi seorang yang lama...

Puas sudah aku lukakan...
hati itu bernama hawa...
hingga satu ketika tidak kutahan jua...
rasa bersalah menebal tiada hingga..
namun lafaz maaf masih jua
berat untuk kuluahkan rasa....
kerna aku lah lelaki durjana...
memberi harapan...
tiada nyata hingga entah bila...

Wahai bunga...
Aku sentiasa doakan kau bahagia...
sentiasa dalam lindunganNYA...
Jodoh, Ajal dan pertemuan dalam tetapanNya...







Wednesday, February 15, 2012

Kisah Housemate Aku Yang "Fobia" Akan Kucing

Aku dengar ada bunyi kunci pintu utama rumah aku dibuka.. Ini mesti housemate aku yang alergik pada kucing itu sudah balik...Serentak itu jugak bunyi  Tammy  mengiau2... Selalu pun macam tu la,  Tammy  kalo ade orang balik rumah.. Menjerit dan melompat2 tanpa henti.. Tiba2 aku dah tak dengar  Tammy  menjerit.. Pelik!!! Aku menjadi risau... Aku terus bukak pintu bilik dan tengok diruang tamu.... Errr...

Patot la senyap, tengok gambar dibawah...

Ini kuantiti makanan yang selalu aku kasi  Tammy  makan.

Tapi kali ini?? Housemate aku kasi die sebanyak ini!!! Mana la  Tammy  tak diam seribu bahasa??

Ahahahahaha.. Lawak la housemate aku neh.. Tapi aku bersyukur sebab die boleh terima kehadiran  Tammy  walaupun dia ada sedikit rasa ngeri dengan haiwan berbulu.. ahahahaha ...Lagi bersyukur sebab die kasi sudi Tammy makan.!! hehehe


Buat sesiapa yang belum tahu bagaimana aku boleh menjaga Tammy.. Leh check kat ---> SINI



Teknik Futsal Yang Hebat Sempena Kejohanan "Futsal Piala Ringan Kaki Alt Media"

Pada Khamis, 16 Februari 2012 akan berlangsungnya Perlawanan Futsal bagi team ALT MEDIA ( Dept Aku). Sempena pertandingan itu setiap  pemain yang terlibat akan mempersempahan perlawanan yang dijangka menarik. Sepanjang pertandingan juga, pemain-pemain bakal menunjukkan kelebihan aksi2 yang terpendam selama ini. Setiap sorang pemain mempunyai kelebihan masing-masing.. Kelebihan itu adalah seperti dibawah: 



















Amacam?? Ensem kan Budak-budak dept aku??? Eh silap!!! berkebolehan kan budak2 opis aku?? So anda yang nak tengok aksi2 yang dijanjikan diatas.. Sila la datang bersama sepanduk serta peralatan untuk sorakkan ok!!!


*gambar adalah hasil kerja Mr Rudi.



Monday, February 13, 2012

Hasil Tangan Opismate Aku Time Bosan! Senyum Aku Tengok :)

Ini dihasilkan oleh Mr Rudi sempena kejohanan Futsal Piala Ringan Kaki

Ini Mungkin hasil keje Mr Arie yang selalu lukis kartun kat whiteboard opis!



Andai Aku Tak Bisa


Andai aku tak bisa,
memetik cempaka wangi puspa,
izinkan aku gantikan ia,
dengan haruman kemboja penuh bermakna,
agar hidupmu sentiasa bersama
kenangan selamanya.

Andai aku tak bisa,
Jadi seperti mana yang kau damba,
izinkan aku menjadi apa aku seadanya,
hingga hujung nafas nyawa,
agar kau sentiasa gembira,
terima aku baik buruknya.

Andai aku tak bisa,
hidup bersama-sama,
dalam taman firdausi penuh warna,
bisakan aku sentiasa doakan bahagia,
buat dirimu dengan seikhlasnya,
tenang sentiasa bersama dia....

Andaikan aku tak bisa......
memberikan segalanya 
maaf berjuta aku pinta,
kerna aku hanya insan biasa,
bermimpi dikala malam tiba..
tunaikan hasrat didalam maya,
namun harapkan ianya menjadi nyata...

Andaikan aku bisa...



Saturday, February 11, 2012

Comel Gler! Peserta Taiwan Nyanyikan Lagu Malaysia Dalam Pertandingan Nyanyian Di Negara Mereka

Eh Taiwan kan? hehehe
Aku lambat tengok video ni berbanding korg T.T


u kata u kluar dengaun kawan u!



Wednesday, February 8, 2012

Tasha Manshahar Fenomena Baru Youtube

Sekali dengar terus jatuh cinta dengan cara penyampaian nyanyian dari gadis cantik molek ini.. Kita dah ada Anna Raffali, Najwa Latif yang popular disebabkan upload lagu kat youtube.. Kali ini aku tak heran jika Tasha Manshahar juga mampu popular dengan medium seperti ini..

Apa pun harap apa yang adik kita nie buat mempunyai matlamat yang jitu la eh.. Makin berseri hiburan seni tanahair jika semua org positif menerima pendatang baru yang dirasakan mempunyai bakat.. bukan semata2 inginkan populariti dan kontroversi.. Chill.. layan lagu Tasha Manshahar ini!






Monday, February 6, 2012

Nak Ikot Ady Budika Gi Jumpe Avril Lavinge?


Jika berminat untuk bersama-sama Ady ke konsert ini sila klik ---> SINI



Sunday, February 5, 2012

10 Rahsia Diri Ady Budika

10 Rahsia Diri Ady Budika yang sekarang ini bukan lagi rahsia...


  1. Kalo marah akan diam tak berkata.. Then akan hentam melalui status fb, tweet etc... Sejam lepas tu ok balik.
  2. Suke buat-buat tak faham. Saje nak biar org geram dengan aku.
  3. Paling geli dengan ulat sampah.
  4. Paling pantang org nak sindir2, perli, kias2 dengan aku!!
  5. Ade penyakit susah balas sms, malas angkat call. 
  6. Kalo ade sape kaco tido, memang nasib malang la org itu.
  7. Boros.. Errrr....
  8. Paling tak suka drive kecuali di highway
  9. Suke jer nak berlari2 anak menuju kesesuatu tempat walaupun tempat itu dekat.
  10. Pernah bercita-cita menerbitkan filem sendiri 
Rasa macam tak cukup lak 10.. ahahahah.. tapi akhirnya aku bongkarkan jugak beberapa rahsia aku :P 






Wednesday, February 1, 2012

WORDLESS WEDNESDAY - Remy Ishak Di AJL.. EH...Bukan!!!

No komen.. Komen anda???