Bila Ady Budika Dan Neelofa Bergaol = ADYLOFA (Koleksi Gambar Dan Video)

27 Feb 2012... Mendapat satu notification yang Neelofa akan turun bertandang ke Gaol.Fm untuk memperkatakan mengenai perkembangan terbarunya...  Memandangkan hari ini merupakan hari keje buat aku, jadi dengan sepantas kilat aku menyediakan content untuk 8TV NITE LIVE kerana aku turut berminat untuk bertandang ke Gaol.FM

Terus memaklumkan kepada Tukang Karut bagi station radio online pertama Malaysia ini menegnai kehadiran aku...  Respond positif diterima.. 

Tepat jam 9 malam... aku terus memecut laju BMW aku menuju ke konti radio Gaol.FM... Setibanya disana aku terus masuk dan inilah kali pertama aku dapat bersua muka dengan pemilik rasmi Gaol.FM.. Dato Syafiq dan Datin... Mereka berdua sangat2 nice!!!!! Tak sangka lak layanan yang amat mesra aku terima dari semua pihak Gaol.FM...  Thanks...

Pertemuan kali pertama bersama Neelofa

Bercerita mengenai Neelofa.. Beliau yang merupakan pelakon yang meningkat naik ini masih belajar di salah sebuah institut pengajian di Malaysia.. Melihatkan cara beliau menjawab semua soalan yang diajukan, jelas menunjukkan beliau bukan sahaja memilik pakej dari segi rupa, namun memiliki ilmu yang mampu membawa beliau lebih jauh dalam bidang yang beliau ceburi.. bukan hanya dalam bidang lakonan, tapi lain2 bidang...

Dua2 belah tangan tu.. Twitter merapatkan Lofa dengan peminatnya

Menyingkap mengenai pembabitan Neelofa dalam bidang seni... Beliau yang lahir dari Pencarian Dewi Remaja ini mula meniti dunia lakonan, dan sejak dari saat itu beliau tidak lagi pandang kebelakang.. Setapak demi setapak beliau melangkah dan  kita dapat saksikan beliau kini sebaris dengan pelakon-pelakon senior dalam bidang seni lakon tanahair..

Berfikir sebelum memberikan jawapan pada setiap soalan yang diajukan membuatkan Neelofa petah dalam setiap apa yang dikatakan

Jika lihat dari sejarah pendidikan Neelofa, beliau mendapat keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Rendah (UPSR), 8A untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) 10A bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau juga Menamatkan A Level di Kolej Damansara Utama (KDU). Kini merupakan Pelajar jurusan Perniagaaan pengkhususan Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran di Sunway University College, Petaling Jaya Selangor.

Sifat bersederhana dan rendah diri menjadi aset utama anak gadis ini

Antara drama lakonan Neelofa adalah, Tahajud cinta,  Jiwa dan Lara, Ijam non Yenkee dan  banyak lagi.. Filem lakonan Neelofa pula adalah Azura. Neelofa yang bermaksud Cahaya Bunga biru ini mempunyai pandangan jauh dalam mengorak langkah sebagai insan seni tanahair dan kini beliau aktif dalam mereka kasut bagi sesiapa yang inginkan perkhidmatannya.. 

Suasana ketika ditemuramah pihak radio Gaol.FM

Apa pun... Ady harap Neelofa mampu pergi lebih jauh dalam apa jua bidang yang diceburinya.. Kekalkan sifat rendah diri, bersederhana, sopan santun yang anda miliki itu :) Good Luck Neelofa!!!

Suasana kelam kabut seketika dengan lensa2 camera bila ady mula ambik tempat untuk bergambar bersama Neelofa :P

Pose manja yang sempat Ady dapatkan.

Comelnyaaaaa.....

Orang-orang kuat Gaol.FM

Dua insan yang banyak membantu Ady .. TK Che Mat dan TK Yuna


Akhir sekali kita lihat video dibawah... Apa kata Neelofa kepada peminatnya...

Kata-kata Neelofa buat peminatnya

*Thanks Pihak Gaol.FM yang sudi untuk terima kedatangan Ady buat kesekian kalinya :) 

AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

13 Comments

  1. pergh,teringin gak nak jumpa neelofa

    ReplyDelete
  2. phewitttt! bestnyaaa dia dapat jumpa neelofa:)

    ReplyDelete
  3. jujur aku ckp, korang x padan.. kbai..!!!

    ReplyDelete
  4. oh my neelofa! minat gila dengan dia. hee..

    ReplyDelete
  5. ayat AB kali ni mcm editor majalah pulak ;p ap2 pon lofa mmg cun wok!

    ReplyDelete
  6. Waaaaaaaaahhh jejaka idaman malaya dgn retissss....dah nampak sama level jer...mmg kalah Remy Ishak tu...wahahahha... *mesti berderau darah duk dekat2 tu kaan Ady...hehe

    ReplyDelete
  7. comelnya dia ady..untunglaaa...keke

    ReplyDelete
  8. untung la~~~

    bila nk bawa GK p goal fm plak??

    **tetiba kaann haha

    ReplyDelete
  9. wohoo! neelofa tuh!! ih entry saje nak wat orang len jeles kan!! T__T

    ReplyDelete
  10. jelesnyerhhhhh....share la sini gak bior ramai yg jeles hahahaha...


    jemputan khas:Para bloggers yg kiut miut n ensem semua....apa kata share N3 u olls kat web ni RakanBlog . Meningkatkan trafik dan follower blog u olls.Rangkaian bloggers Malaysia.TERHANGAT DAN SEGAR DARI LADANG....hehehehe

    ReplyDelete
  11. Ekhemmm walaupun ramai yg ckap Neelofa bukan artis paling cantik di msia tetapiiiii..dia lebih menarik berbanding artis2 yg paling cantik itteww..btullah kata org cantik amt subjektif dn tarikan itu juga amt subjektif..hanya hati yg memahami..NEELOFA= MAGNET!!!!.oya bkan guys jer minat dier tau..pompuan pun jd jakun jumper dia

    ReplyDelete
Previous Post Next Post