Sunah Suka Sakura dot com

Monday, May 28, 2012

Sekitar Majlis Perkahwinan Rudi dan Aisyah ( Rakan Sepejabat )

Tanggal 27 May 2012, berlangsung satu majlis penyatuan dua jiwa... errrr... berbunga lak bahasa aku...  Berlangsungnya majlis perkahwinan rakan sepejabat aku, Mohd Rudi dan juga pasangan Aisyah... Aku mencuri masa yang ada untuk ke majlis yang berlangsung di Tanjung Agas, Port Dickson itu. Walaupun berkerja, namun atas dasar kecintaan kepada teman2.. aku gagahkan diri!! (ayat tak boleh blaaa) 

Biarkan gambar-gambar dibawah menceritakan sedikit apa yang berlangsung sepanjang majlis tersebut :)

Cantik kan beliau :)

Bersama puteri2 cilik yang comel2

Sempat masuk bilik pengantin okey!!!

Pengantin lelaki dah sampai.. TABOH~!!!!!!

Pengantin lelaki diarak dengan paluan kompang

Pengantin perempuan menunggu dengan penuh ceria :)

Pengantin diarak ke pelamin

Pengantin yang sama cantik sama padan..

Kegembiraan terpancar :)

Aisyah sentiasa pandai bermain dengan kamera.. 

Upacara menepung tawar...

Semoga berbahagia ke akhir hayat

Bersedia untuk makan beradab

Lawak ape la kan aisyah wat tu??? 

Manis sangat pasangan berdua ni.. geram ok!!

Tetamu jauh dah sampai!!!! (semua rakan sepejabatku)

Orang jauh mula menjamu selera

Adakah ini pasangan seterusnya?? :P

Sempat bergambar kenangan sebelum balik meneruskan tugasan di pejabat

Apa pun, aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasangan pengantin dan juga keluarga sebab sudi jemput ke majlis yang penuh meriah ini.. Layanan mesra yang diterima buat aku rasa macam aku salah seorang ahli keluarga lak.. heheheh.... 

Selamat Pengantin Baru Moga Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat



Wednesday, May 23, 2012

Peterpan Versi Malaysia [18CT]

Peringatan.. Ini adalan untuk tontonan 18 tahun ke atas.. sebab ini adalah gambar2 yang berklasifikasi 18 CT (cute), Risau ade yang geram sebab saya tahu gambar2 yang akan di didedahkan ini majoritinya comel2 belaka.. Mode perasan....

Gambar-gambar dibawah adalan lanjutan entri --> INI, Berkenaan Town Hall yang dept aku buat tadi.. Kami dikehendaki memakai pakaian yang berunsurkan kartun. Aku lak jenuh dok memikir baju ape la aku nak sarung.. Akhirnya mujur la last minit ade yang sudi sponser.. Ngeh ngeh ngeh.. Thanks pihak penaja :P Tak mau cakap banyak, just nak letak gambar sepanjang event tadi jer :) 

Sebelum kami bertukar menjadi watak kartun.. Cer teka apa watak kami?

Bersama mereka opismate tercinta . Aku dah bertukar menjadi Peterpan!!!


Hulk comel diapit oleh gadis kartun yang comel2


Giliran peterpan diapit gadis2 yang comel


Peterpan mula malu


Superman yang tak super bersama ahli magik dan situdung merah ngan.... elmo..


Green lantern yang garang!!! 


Team laki lak!!! 


Selamat berbuka puasa!! Eh!!!!


Si watak yang comel2..!!! kalu aku pakai pun comel kan!!


Ni staff baru yang kena buli... 

Turut meraikan baby2 MAY...


Ni jer gambar yang diambil.. sebab aku tak lama kat event sebab aku berkomitmen pada keje di dalam opis aku nan indah !!!! Apa pun cool !!!!

*Harap tahun depan tema ala padang pasir...








Friday, May 18, 2012

Aku Kene Pakai Macam Kartun? Cadangan Please.... =.="

Dapat email yang disertakan dengan poster ini

ADA TOWN HALL!!! Kalo tahun lepas kene pakai ala KPOP.. Tahun ni kene pakai ala Kartun lak?? Haishhh.. mana nak cari baju neh??? Sape2 yang bermurah hati nak sponser??? Ngeh ngeh... 

Pakaian aku yang kononnya KPOP tahun lepas :P


Tahun ni aku rasa nak ... nak.... rasa nak pakai pakaian ala-ala Sailormoon.... ok ker? =.=" 

Bling bling bling..... Bayangkan aku pakai secomel ini =.=" 

Fred Flintstones? 

Spongebob, Patrick, atau Mr Squidward?

Hurmmmmmm... Serius takde idea.... kalo leh nak gak la pakai yg orang lain tak berani pakai.. kalo superman, batman dan biasa sangat org pakai... ( Ahahahaha.. konon aku betol2 berani nak pakai ala kartun)








Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Lahir Zahamin Baki Bin Zainal ( 16 May )

Sedikit ucapan buat Baby berumur  "tettttttttt" ini!!!


Tahun lepas aku mula kenal ko.. Dan ini hasil dari apa yang aku buat tahun lepas... Tahun ini aku cuma mampu untuk terus mendoakan ko terus success dalam apa saja bidang yang ko ceburi :) 


Baki, 
Mungkin aku bukan seorang yang pandai nak buat ucapan hari lahir yang boleh memberi kesan kat ko.. Tapi kali ni aku nak jugak buat entri khas dari hati ni kat ko :)

Mungkin ko selalu saja nyakat aku, belasah aku, kenakan aku... tapi tu semua la yang buat aku rasa ko lebih close dengan org2 sekeliling ko.. Tu aset ko yang paling bernilai, yang susah nak ada kat insan2 seni yang lain... 

Sempena hari lahir ko, aku cuma harap ko dipanjangkan umur olehNya, Dimurahkan rezeki (boleh belanje aku selalu macam sebelum2 ni), dan aku rasa semua org wish ni kat ko "Moga Cepat-cepat bertemu Jodoh"...

Baki,
Sedikit kenangan bersama ko :) sweets kan aku?? Ahahaahhaa.

Ni masa aku gi open house kat rumah ko. Cita die ada kat ---> SINI

Selalu pun ko akan turut serta untuk cari content kat lua.. Terharu

Mungkin ko terlupa yang aku pernah berlakon iklan dengan ko!! Ahahahaha

Ni lak masa Halloween. Masa ni topeng aku jatuh on air.. Sama macam cita kat ----> SINI 

Dan paling mengejutkan. Ko sudi sambut birthday aku... Aku rasa terharu sama macam cita aku kat ---> SINI

Ko pernah tarik aku on set masa live macam entri INI dan INI, tapi takpe Baki.. aku tak marah dah.. sebab hari ni birthday ko =.="

Baki apa pun, 

SELAMAT HARI LAHIR!!!! 

Kenal dengan ko merupakan satu anugerah tak terhingga, Hadiah mintak kat PIN JOO =.="

Harap kita akan terus sama2 berkerja macam satu keluarga!!!








Monday, May 7, 2012

Resepi Berasaskan Jambu Batu (Dari Kacamata Seorang Lelaki)

Dua hari lepas ada balik melake... Alang-alang balik, jadi terus serang ladang jambu ngan Dragon Fruit... Banyak gak hasil yang dituai.. Sehinggakan tak mampu nak habiskan =.="

Terdetik nak buat satu resepi. Jadi terhasillah resepi seperti dibawah :)

Bahan-bahan.

  • Jambu batu segar
  • Kuah Rojak Mak Bee


Cara menyediakan.

  • Potong buah jambu kecik2.
  • Bukak penutup Kuah Rojak Mak Bee.
  • Cicah buah jambu tu dengan kuah rojak.
  • Siap!!!


Sedap!


Selamat Mencuba dan menjamu selera..

Kuah Rojak Mak Bee yang amat terkenal dengan kesedapan rasanya