Sunah Suka Sakura dot com

Tuesday, June 26, 2012

Apabila Pencipta Lagu "Kisah Hati" Nyanyikan Lagu Ciptaannnya...

Manusia Putih.. Pencipta lagu yang aku kagum dengan hasil karyanya... Tengah layan lagu kisah hati.. Tiba2 terdetik nak cari "Manusia Putih" kat Youtube... Hasilnya.. aku terkedu mendengar nyanyian dari penciptanya sendiri....

Apa kata anda?




Kenapa Tangisan Itu Masih Tersisa? (Kemaafan Dendam Yang Terindah)

Aku tersentuh lak dengar lagu cover Suhaimi ini... 

Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi

Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka

Kekasih ku... ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula

Kekasih ku... tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja...

Kemaafan dendam yang terindah...

Kehangatan mentari dingin salju
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci...

Kemaafan... kemaafan dendam yang terindah...



Sunday, June 24, 2012

Aku Nak Baju Macam Ni Jugak

Best kalo ada baju macam ni :) (maksudnya disini... leh tukar2 warna... bukan maksud aku nak pakai gaun bagai)

Teruskan tersenyum... Jangan hilangkan senyuman itu... Noktahkanlah semuanya....



Saturday, June 23, 2012

Teruskanlah Kau Sakiti Aku Jika Itu Satu Kebahagian Buatmu ...


Dalam setiap perhubungan... Seharusnya tidak ada rasa menyesal... Tapi rasa bersyukur.. Itulah yang cuba aku tanamkan didalam hidup aku.. Agar segala sejarah lama itu aku akan jadikan sebagai satu titik tolak bagi terus mengorak langkah di masa akan datang....

Alhamdulillah, aku bersyukur kerna telah kenal dengan beberapa insan yang banyak mengajar aku erti hidup ini... Walaupun sakit, namun aku rasa itu satu nikmat yang tidak terhingga.. Nikmat untuk menilai dengan lebih baik seseorang yang ingin wujud dalam hidup ini.. Tidak kira la sebagai seorang kawan, adik, abang, mahupun teman hidup.... 

Harapan... Jangan cuba berikan harapan itu jika ia seakan makin menyakitkan rasa... Apa guna harapan yang dibina jika hati yang berkecai tidak mungkin lagi dapat diubati... Jangan cuba untuk terus menerus menipu diri sendiri jika tidak mampu untuk menjadikan harapan itu satu realiti....

Memang mudah untuk kenal dan menjalin hubungan dengan masa yang begitu singkat.. Namun untuk melupakan apa yang dilalui sepanjang perkenalan itu? Mungkin seumur hidup tidak mampu dilupakan...  Sakit... sangat sakit... Namun ada juga yang berkata "pahit dan sakit itu penawar untuk merasa manis dimasa depan" .... 

Aku bersyukur kerna ditemukan juga dengan insan yang dalam diam rupanya banyak menyokong aku dari belakang.... Sakit yang dirasa berkurang... Senyum.. aku akan terus tersenyum dengan apa yang dilakukan pada aku walaupun aku rasa tidak dapat aku terima dengan hati yang  tenang...

Kenapa kau terus menerus cuba menghubungi aku selepas kau remukkan hati yang selama ini hormatkan hubungan ini? Apa yang berlaku biarlah tamat disini... Aku masih tidak dapat jawapan yang aku inginkan... Namun aku biarkan segala itu menjadi tanda tanya dalam hidup aku.. Mana mungkin aku terima lagi segala ini setelah apa yang kau lakukan... 

Aku cuba.. mencuba... untuk berlagak seperti tiada apa.. Namun terguris juga hati dengan segala kata-kata itu... Sinis dan cukup menghiris... Aku beralah... dengan harapan semua kembali normal...Namun.. kau masih sengaja untuk jarakkan apa yang sudah tersedia makin jauh...  

Aku tidak tahu apa lagi yang kau inginkan dari aku setelah apa yang terjadi.. Mungkinkah kau ingin aku mati? Mati dengan apa yang kau lakukan ini?  Dimanakah insan yang dulu aku kenal itu? Insan yang selalu ukirkan senyuman dibibirku... Adakah ini semua agenda kamu untuk membuat aku parah sehingga ke tahap ini?

Aku merayu... merayu sepenuh hati ini...Janganlah kau lakukan lagi semua ini kepadaku... Aku terlalu sakit.. sakit itu datang dan datang tanpa belas... Setiap patah kata itu terdengar lagi di telinga aku... Hinakah aku sehingga dilakukan sebegini?  Jika salah aku padamu.. Aku dengan penuh rasa bersalah ini memohon ampun... Jangan lagi biarkan aku merasakan setiap malamku ini dihujani dengan air mata.....

Walaupun apa yang terjadi.. aku rasakan hubungan yang penuh rasa hormat ini memberi aku berjuta erti...  Aku sayangkan semua ini....

Teruskanlah kau sakiti aku jika itu satu kebahagian buatmu....





Thursday, June 21, 2012

Tiada Duka Yang Abadi :')


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Lirik Tiada Duka Yang Abadi – Opick



Monday, June 18, 2012

10 Perkara Gila Yang Aku Pernah Buat...

Mungkin ini boleh aku jadikan panduan bagi menempuh masa akan datang ... Aku mungkin seoarng yang pantang dicabar.. Namun aku tetap masih seorang yang tahu asal usul aku.. Apa yang terjadi aku tetap akan senyum :) Chill....

Aku senaraikan antara 10 benda gila pernah aku buat.. Kebanyakkan dicabar orang lain T.T

1- Flash Mob Lovey Dovey... Dicabar oleh penonton 8TV NITELIVE.
Cari mana aku =.=" Sangat memalukan ok!!!

2- Pegi sorang-sorang ke sesuatu tempat sehingga terjadi beberapa perkara seperti Tragedi Ngeri Di PD.
Pengalaman yang paling aku takkan lupakan.

3- Seludup Spek 3D keluar dari panggung =.=" Yang ni Arep punya angkara!!!
Froogy menggayakan  Spek itu

4- Beranikan diri muncul di kaca TV dalam rancangan live T.T
dikongsi di entri --> INI

5- Gambar dibawah pun salah satu keje gila aku kot =.="
Satu lagi gaya rambut aku takmo upload.. nyesal n taubat!


6-   Dipaksa pakai kasut tumit tinggi. dan aku terima cabaran itu.. (video dilarang dikongsi dimana2 web)
Santek kan?


7-  Menunggang ATV di lereng gaung... yang amat bahaya :P 
Aku memang suke buat aktiviti lasak.. 

8- Letakkan kaki dalam jutaan ikan yg gigit yg bolehkan kita geli tak terhingga!!!
Sakan aku gelak ok!

9 - Menjaga kucing walaupun aku ada asma... Tapi akhirnya aku bersyukur sebab aku dapat atasi asma aku :)
Aku sayang diorg ni walaupun aku kene jumpe doktor tiap2 minggu dan bergantung pada gas sedut.. in healer

10- Muncul Di AJL bersama Alyah untuk lagu Kisah Hati!! EH!!!!
Kenangan manis okey!! :P


Mungkin tidak gila bagi anda.. tapi agak gila bagi aku :) hehehehe
Dan lepas ni ade sape2 lagi nak cabar aku buat benda2 pelik??? Seperti memandu sambil pakai baju kebaya balik ke Kedah ker.... Menyanyi lagu kpop n upload kat youtube ker... heheheheheheh...
 












Sunday, June 17, 2012

Kenangan Itu....

Orangnya amat kelaka... Suke bergurau senda... Walaupun benda yang kadang2 serius pun die mampu untuk menghidupkan suasana.. Itulah beliau.... Yang aku kenal.... 

Setahun lebih perkenalan... Bermacam-macam jua kenangan yang dilalui bersama... Dari aku seorang yang tidak begitu yakin memandu kereta.. hinggalah aku berani memandu seorang diri berbatu-batu jauhnya....  

Setiap kali aku di landa masalah jiwa.. dia pasti akan tiba.. meghulurkan satu senyuman yang takkan mungkin aku lupakan...  kami sentiasa berbeza pendapat.. Namun akhirnya perbezaan itulah yang membuatkan kami lebih mengenali satu sama lain dengan lebih rapat... Segala kata nasihat masih lagi terbayang2  di dalam minda. terlalu banyak kata semangat yang telah beliau berikan... Aku sayang padanya... Ya... Hingga saat ini aku masih sayang padanya....

Keluarganya.. aku cukup senang... sudah seperti ahli keluarga aku sendiri.. Walaupun kadang-kadang aku cukup segan untuk bertandang kerumah... :) Doaku moga keluarga itu akan sentiasa terus bahagia... 

Setahun berlalu begitu cepat.... Sepanjang perkenalan singkat itu terlalu banyak suka duka, sedih gembira... yang aku lalui dan dia sentiasa ada bersama...Namun ada sesuatu yang tak kena aku rasa.... seperti ada sesuatu rahsia disimpan dari pengetahuan aku... Namun aku tetap berlagak biasa.. senyum.. tabah dan tenang gembira... Walaupun aku tahu semuanya hampir tiba di penghujungnya...

Pertemuan terakhir... Aku dapat rasakan sesuatu yang cukup sayu... Tak pasti kenapa.. Aku tunggu hingga terlelap didalam kereta... Tersedar jaga, dia senyum namun aku dapat lihat sesuatu diodalam anak matanya... Tidak sampai 2 jam... aku kembali lelap didalam kereta.. Aku mimpikan sesuatu.. yang kini aku sudah lupa.. Namun mimpi itu aku ada ceritakan padanya...  Sebenarnya aku tidak sedar itulah pertemuan terakhir kami....

Seminggu selepas bertemunya... Aku terima panggilan memberitahu musibah melanda keluargaku.. Aku ada menceritakan pada beliau... Namun... Aku tak lagi rasa dia org lama yang aku kenali... jauh berbeza... Mana insan lama yang aku kenal? yang selalu ada tika aku suka dan duka?

Namun hari ini.. aku terpaksa mendengar suaranya buat terakhir kali.. Mungkin itu pintanya... dan jua pintaku... Tangisan tak dapat menjernihkan suasana... Aku mahu saja pergi jauh dari semua kenangan bersama.. Sebab aku telah rasa dia sebahagian dari diriku...  Ingin saja aku bakar semua memori dalam minda.. biar ia hangus terbakar.. Namun ia tidak semudah yang kusangka... Segala dugaan yang datang bertimpa-timpa ini akan aku jadikan satu sumber kekuatan untuk aku terus melangkah dalam penuh rasa hina diri... 

Hati masih kurang stabil... Jadi terlalu banyak perkara yang tak terluahkan... Apapun... aku terharu mengenali beliau....

*Buat beliau... Maaf atas segalanya.. Terima kasih untuk semuanya.... Halalkan makan minum...Sampaikan salam pada keluarga.... Jika sayang, bukan dibiarkan ia pergi.. tapi kejarlah ia kembali...







Friday, June 15, 2012

Hari Bapa... Dan Rahsia Hari Bapaku...

Sepanjang hidup, aku tak pernah ucapkan sebarang ucapan selamat hari lahir, selamat hari bapa, selamat hari raya, dan sebagainya kepada ayahku... Mungkin atas sebab aku rasa terlalu jauh jarak aku dan dia.. Bukan bermaksud aku membenci.. Namun sejak kecik aku diajar oleh beliau dengan amat tegas sehingga aku tidak berani untuk berkata-kata didepan beliau... 

Keadaan berubah bila kejadian yang menimpaku sekeluarga baru-baru ini.. Inilah hikmah yang paling tak ternilai yang aku peroleh. Aku dapat rasa aku begitu rapat dengan beliau tika tangannya aku genggam.. Namun aku tidak terlalu kuat untuk memeluk beliau... Dari tutur katanya, tidak lagi setegas dulu.. Namun aku dapat rasa beliau tetap seorg yang cukup kuat seperti sebelum-sebelum ini... 

Ayah bersama adik-adik yang membantu ketika ditimpa ujian baru-baru ini.. 

Ayah, percayalah.. biar runtuh rumah yang berusia puluhan tahun itu.. takkan runtuh kasih sayang yang selama ni wujud dalam hati anakmu ini... Biar gugur air mata sulungmu itu didepan aku, namun takkan gugurnya rasa hormat padamu seperti yang telah kau ajar sejak aku kecik...

Cuma ringkas titipan aku... Aku cuma ingin kau tahu.. Aku terlalu sayangkanmu.. aku harap dirimu tetap seperti ayah yang aku kenal sbelum2 ini walaupun telah pelbagai badai yang terpaksa kau lalui sepanjang menjadi seorg ayah buat 8 adik beradik yang lain... Aku tahu jauh dilubuk hatimu.. kau juga sayangkan aku seperti adik beradik yang lain kan? Selamat Hari Bapa ayahku.... 

Aku mungkin sukar menjadi ayah yang terbaik sepertimu, namun aku akan mencuba yang terbaik mencontohimu ...

*Maafkan aku kerna tak pernah menjadi anak yang baik untukmu... Namun aku akan tetap mencuba yang terbaik..... Maafkan aku....



Monday, June 11, 2012

Maafkan Aku Sahabat Di Facebook

Beberapa hari lepas aku agak emosi bila rumah aku hangus dijilat api.. Hampir 90% rumahku rentung... Jadi aku banyak meluahkan rasa sedih, kecewa, dan lain-lain lagi di facebook...

Sebenarnya semasa aku meluahkan semua rasa tu, aku tidak sedar yang ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak senang dikalangan senarai rakan di Facebook ku... Lalu baru sebentar tadi aku menerima satu komen yang amat menghiris hati..

Komen pada entri ---> Kebakaran Rumahku

Namun aku lihat ia dari pandangan posistif.. aku ambik ia sebagai satu teladan.. Tak perlu la aku nak menjawab segala apa yang dia katakan itu... Mungkin dia ada niat die yang tersendiri... Aku mintak maaf kalau aku ada sakitkan hati ko selama ini...Tidak kira la aku kenal atau tak... aku rasa aku dah buatkan ko benar2 terasa dan sebab tu la ko serang aku sampai macam ni sekali.. Err.. tapi lepas ni kalo rasa nak marah2 aku... jangan libatkan keluarga aku , aku merayu...

Makin aku bersabar.. makin aku diuji dengan segala dugaan Ilahi... Aku bersyukur sebab ia mendekatkan aku lagi padaNya... Moga dugaan ini tak mematahkan segala semangat yang hampir pudar.. Insyaallah.. Amin...


* Buat Rakan facebook yang mana yang merasakan aku tidak layak berada didalam senarai rakan facebook .. aku dengan rasa rendah diri membenarkan aku di block :) Jangan simpan aku kalo aku menyakitkan... 



Saturday, June 9, 2012

Tragedi Rumahku Terbakar - Perkongsian Dari Adikku...

Jam 11.30 malam... Aku masih di office.. Sri Pentas... Bunyi sms masuk.. Aku bukak...num baru ade hantar sms berbunyi "Rumah ayah terbakar" ....Aku terfikir... ayah siapa? mustahil ayah aku... salah number kot... Tibe2.. aku dapat panggilan dari akak aku ... Ya Allah... Memang rumah aku di kampung terbakar... Hati aku jadi tak tenang.. saat tu aku cuma bayangkan kedua ibubapa aku dan juga dua adik aku yang masih bersekolah.. yang makin merisaukan, mak aku ada sakit lutut... 

Tapi aku ada juga tanggujawab keje.... Aku teruskan keje aku malam itu sehingga tamat.. Sepanjang aku bersiaran langsung, aku tak henti2 belek hdset ditangan aku.... Ramai orang kampung aku  menghantar mesej di facebook aku  yang mana tidak tahu contact number aku.. Aku jadi makin tak tenang.. Namun aku masih berdoa agar tiada apa yang buruk berlaku...

Sesudah kejeku tamat... aku terus menelefon kembali akak aku.. dia sudah otw pulang ke kampung halaman..  Aku telefon pula ayah n mak aku.. tak berangkat... Aku akui selama ini aku jarang menghubungi ahli keluarga aku... Namun malam itu hati ini tak tidak tenang sehingga aku menelefon lebih dari 10 kali...

Akhirnya mak menjawab panggilan aku.... Mak cuma mampu berkata "semua dah terbakar... Kebakaran bermula dari bilik Soleh di tingkat atas rumah" 

Aku rasa lega dapat mendengar suara mak.. Tapi... aku masih harus teruskan keje pada jam 6 pagi... Aku nekad untuk balik ke kampung  selepas keje...  

6 pagi.. aku kembali ke office...meneruskan bidang tugas aku dengan rasa agak tidak tenang... Tepat jam 8 pagi aku mendapat panggilan dari bos aku.. Die menyuruh aku balik ke rumah dan bersiap untuk pulang ke kampung.. Dia yang akan mengantar aku ke lapangan terbang Subang.. Thanks bos sebab banyak membantu aku disaat seperti ini...

Aku tiba di kampung pada jam 3 petang... Saat itu masih ada van bomba yang melakukan kaji selidik mengenai punca kebakaran... Ramai juga orang yang hadir.... 

Rasa sayu singgah di hati aku melihat rumah yang sejak kecil menjadi tempat aku berteduh kini rentung... Terlintas juga kenangan aku kene pukul, aku kene kejar, aku kene denda di rumah ini... Kenangan manis lagilah tak dapat aku lupakan di rumah ini...Rumah yang meninggalkan banyak memori dalam hidup aku...  

Tempat yang menyimpan pelbagai memori kini hangus dijilat api...

Aku banyak diamkan diri... berjalan melihat sekeliling rumah... Tak pasti apa yang aku cari... Aku terhenti kat satu ruang..ruang tamu rumahku yang kini rentung... Tempat dimana kami sekeluarga pernah bergaduh merebut remote tv untuk menonton rancangan tv kegemaran masing2... Tiada lagi ruang itu....

Ruang tamu... tapi kini tiada lagi gelak tawa disini...

Tiba-tiba ayah tegur aku dari belakang... Dengan wajah cukup tenang... berkata... "Soleh... Bulan depan kita nak puasa dah Soleh"  Aku diam.. Air mata aku cuba tahan dari mengalir... Aku taknak ayah nampak air mata aku... Aku genggam tangan erat2.. Aku pejam mata.. Namun...Air mata tetap menitis.... 

Aku tahu Ayah cukup kuat untuk menghadapi semua ini.. Tapi aku juga tahu, jauh dlubuk hati dia... Dia merasa cukup sedih melihat rumah yang dia bina sedikit demi sedikit kini musnah... Aku tak mahu nampak lemah didepan dia... Aku terus mencari adik aku..  Alhamdulillah.. kedua-dua adik aku selamat.. cuma wajah sugul tergambar diwajah mereka....

Ayah dan mak aku dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari orang yang datang melawat... Jadi aku biarkan mereka.. Aku pergi dapatkan adik aku... Aku bertanyakan mengenai punca kebakaran... Adik lelaki aku yang berumur 11 tahun menceritakan apa yang terjadi dari apa yang dialaminya...

"Masa tu Ijan kat bilik dah... Ijan dengar bunyi orang tengah naik turun tangga rumah... Ijan nampak Ayah tengah naik turun rumah dengan baldi... Ijan nampak api banyak kat atas rumah... Ijan tak tau nak tolong apa... Ijan terus lari keluar rumah...Nak bagitau Abg Musa (jiran sebelah rumah-jarak lebih kurang 300meter dari rumah)... Tapi pintu pagar rumah kita dah kunci... Ijan panjat gak pagar tu... Lari dalam gelap pegi rumah abg musa... Mujur Abg Musa ada.... Bila Ijan sampai rumah balik... Api dah marak... Nampak Mak ngan Kak dok depan rumah... Ijan tak boleh buat apa... Leh tengok ja..."  - Adikku Syukrizan Ahmad 

Adik perempuan aku pula banyak berdiam diri dari berkata-kata.. sesekali dia menyampuk... "Kak tak tau apa yg kak buat..."

Tapi apa yang aku tahu.. Adik perempuan aku dengan berani masuk kedalam rumah mengambil kawan karib dia.. Tizzy... Kucing yang menjadi teman bual dia... dan juga dia mengangkat anak2 kucing yang lain yang baru dilahirkan oleh kucing yang tidak bertuan...

Namun aku masih ingin dengar apa yang sebenarnya terjadi dari ayahku sendiri...

Dibawah ada selitkan sedikit gambar2 yang sempat diambil T.T

Tiada lagi ruang tamu tempat kami sekeluarga bergurau senda..

Sayu hatiku...

Rumah yang kini cuma berbumbungkan langit T.T

Dimanakah bilik aku yang aku simpan pelbagai dokumen2 rasmi aku? tiada lagi sijil kenangan sekolahku...

 Ayah bersama adik2 Giat Mara.. yang membantu membersihkan sisa kebakaran

Rumah selepas dicuci adik-adik giat mara.. Terima kasih..

Dengan rasa rendah diri.. aku ucapkan jutaan terima kasih buat semua yang banyak membantu sepanjang aku mengharungi semua ini.. Rakan sepejabat, rakan blogger, orang kampung, rakan-rakan.. semua yang banyak membantu... jasa kalian takkan mungkin aku lupakan.. Insyaallah.. Aminnn