Sunah Suka Sakura dot com

Friday, June 15, 2012

Hari Bapa... Dan Rahsia Hari Bapaku...

Sepanjang hidup, aku tak pernah ucapkan sebarang ucapan selamat hari lahir, selamat hari bapa, selamat hari raya, dan sebagainya kepada ayahku... Mungkin atas sebab aku rasa terlalu jauh jarak aku dan dia.. Bukan bermaksud aku membenci.. Namun sejak kecik aku diajar oleh beliau dengan amat tegas sehingga aku tidak berani untuk berkata-kata didepan beliau... 

Keadaan berubah bila kejadian yang menimpaku sekeluarga baru-baru ini.. Inilah hikmah yang paling tak ternilai yang aku peroleh. Aku dapat rasa aku begitu rapat dengan beliau tika tangannya aku genggam.. Namun aku tidak terlalu kuat untuk memeluk beliau... Dari tutur katanya, tidak lagi setegas dulu.. Namun aku dapat rasa beliau tetap seorg yang cukup kuat seperti sebelum-sebelum ini... 

Ayah bersama adik-adik yang membantu ketika ditimpa ujian baru-baru ini.. 

Ayah, percayalah.. biar runtuh rumah yang berusia puluhan tahun itu.. takkan runtuh kasih sayang yang selama ni wujud dalam hati anakmu ini... Biar gugur air mata sulungmu itu didepan aku, namun takkan gugurnya rasa hormat padamu seperti yang telah kau ajar sejak aku kecik...

Cuma ringkas titipan aku... Aku cuma ingin kau tahu.. Aku terlalu sayangkanmu.. aku harap dirimu tetap seperti ayah yang aku kenal sbelum2 ini walaupun telah pelbagai badai yang terpaksa kau lalui sepanjang menjadi seorg ayah buat 8 adik beradik yang lain... Aku tahu jauh dilubuk hatimu.. kau juga sayangkan aku seperti adik beradik yang lain kan? Selamat Hari Bapa ayahku.... 

Aku mungkin sukar menjadi ayah yang terbaik sepertimu, namun aku akan mencuba yang terbaik mencontohimu ...

*Maafkan aku kerna tak pernah menjadi anak yang baik untukmu... Namun aku akan tetap mencuba yang terbaik..... Maafkan aku....



9 comments:

Iffah Afeefah said...

y penting mencuba abg ady

mencuba

Khairul Anam said...

nukilan ini menyentuh hati eden...

Norfa said...

sedihnya baca abg ada... norfa pun sama..tak serapat mana ngan ayh..tapi beliau seorang yg sgt baik,..tpi diri sndiri tak tau bila nak tunjuk kasih syg sebenar kat seorang ayh..

Hairspa dengan 4 rawatan promosi hanya RM10! Cepat sebelum terlambat

shida anwar said...

Insya Allah ayah ady tau sebenarnya ady anak yang baik..kdg2 ada ayah yg x tunjuk kasih sayang dgn usapan dan ucapan tp dgn pengorbanan..

Embun Melati said...

tersentuh baca nukilan ni..:-(

Erika Azmi said...

setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...ujian Allah ni nk uji Abg Ady skeluarga...InsyaAllah, smuanya akan btambah baik.. ^_^
.kasih ibu bawa ke syurga..kasih ayah tiada batasnye...

maszull said...

assalamualaikum ady...sayu jer bila baca n3 ni...:(

Syarifah Nornazrah Al Yahya said...

ady mampu..InsyaAllah... satu hari nanti okey? Naz pasti...ady juga dapat menjd ayah yg baik kpd anak2 ady nanti :)

Cik Bambam said...

untunglah ada ayah yg masih hidup dan tau menghargai.. kang jangan dah xde baru nak sesali..