Sunah Suka Sakura dot com

Tuesday, July 31, 2012

Aku Tak Berharap Untuk Menjadi Yang Pertama, Cukuplah Biarlah Menjadi Yang Terakhir.

Orang lain sibuk mengucapkan ucapan itu buatmu... Aku cuma baca segala ucapan itu sambil tersenyum... Ramainya insan sekeliling yang ingatkan hari bermakna itu... Tapi.... tidak aku... Kerna aku lebih suka menjadi pemerhati... Seperti selalu... Seakan menjarakkan lagi silaturrahim yang makin jauh... Senyum.. aku masih senyum...

Di hari yang sama.. tahun lepas... aku terfikir ucapan apa yang harus aku karangkan... Tapi tidak tahun ini.. aku biarkan saja jemari ini terus menaip apa yang diinginkan... kerna aku yakin, apa yang terlahir saat ini adalah sesuatu yang benar-benar aku ingin sampaikan...



Sunyi....
Sepi....
Sekeping hati seorang dia...

Aku...
Dari jauh masih mampu tersenyum..
saksikan kegelisahan yang tergambar...
tak mampu lagi berikan ketenangan seperti suatu masa dulu...

Aku tahu dia tabah,
kuat... namun....
air mata itu pasti gugur jua...
Air mata kerna terlalu kuat berusaha....

Doaku...
Iman, rezeki, akal, umur dipanjangkan...
silaturrahim berkekalan
ketenangan mekar berkembang
dakwah secara halus diteruskan
sabar menemani jiwa
senyum penyembuh duka

Maaf....
kerna tidak pernah menjadi yang pertama dalam hidupmu....
namun aku berdoa kepada yang maha esa...
agar bisa menjadi yang terakhir dalam hidupmu....
Insyaallah .. Amin....

Takkan lagi ada harapan yang akan aku berikan... kecuali berserah pada yang maha esa untuk terus memberi laluan kepada hidupku.. Andaikata aku bukan yang terakhir, aku tetap doakan moga kehidupanmu di hujani dengan segala limpah rahmatNya... Insyaallah.....

Moga hari ini, esok dan hari-hari yang mendatang akan memberikan kamu satu pengalaman baru yang mampu kamu banggakan.... Selamat Menyambut Hari Kelahiran.....

*Aku tak berharap menjadi yang pertama ucapkan selamat hari lahir buatmu.. biarlah menjadi yang terakhir mengucapkannya.....menutup hari indahmu ini dengan ucapan ringkas dariku ini....



Sunday, July 29, 2012

10 Kenangan Berpuasa Dizaman Kanak-Kanak

Semasa kecik2.. aku dikategorikan sebagai anak yang baik.. so banyak kenangan yang ada sepanjang bulan Ramadhan... Di kongsi sedikit...

1- Curi Minum Dalam Toilet!

2- Kerap mandi, sambil mandi sambil nganga mulot.

3- Tolong hantar juadah sebelah rumah.. Dalam perjalanan pilih juadah yg boleh di kurangkan.

4- Pinjam banyak buku kat library, tapi satu pun tak baca.

5- Ajak kawan main kejar2.. supaya die pecah puasa bila penat

6- Tido sampai dekat nak buka puasa

7- Time sahur.. Sorry la nak bangun selagi tak kene terajang pintu bilik.

8- Selalu volunteer  jadi tukang rasa!!!!

9- Dekat nak raya suke jadi tunggu biskut yg dah masak... Satu untuk bekas, dua untuk mulut!!

10- Selepas lakukan semua perkara diatas, ngaku puasa penuh sebulan sebab dapat duit raya lebih!


Buat adik-adik yang baca blog ni.. Jangan tiru k.. tak elok!!!!!!



Saturday, July 21, 2012

10 Juadah Berbuka Yang Paling Digemari

Ramadhan datang lagi.. Tahun ni walaupun pelbagai musibah yang melanda, namun ramadhan tetap diteruskan seperti biasa... 

Sebut pasal bulan puasa, memang benda yang paling tak lepas adalah juadah berbuka.. hehehehe... Kali ni just nak share apa yang aku paling suka makan bila bulan puasa.. (sebenarnya bulan bukan puasa pun aku suka makan makanan ini) 


1. BEGER MALAYSIA!!!
Paling aku suka ok!!!!

2. BUAH MELAKA (ONDE-ONDE)
Aku suka tolong akak aku buat masa kecik2 dulu

3.AIR TEBU
masa sekolah dulu pernah jual air tebu gak!

4. AYAM PERCIK
Selalu dapat ayam percik free dulu2.. hehehe

5. Nasik Ulam
Teringat ade sorang makcik selalu jual kat kampung aku dulu

6. Sambal petai
Tak kisah pasal bau die.. janji sedap!!

7. Karipap
lagi2 kalau karipap yang akak aku buat

8. Masak Lemak Cili Api
Ni kegemaran sepanjang zaman neh

9. Tembikai Kuning
tak suke tembikai merah.. tembikai kuning yer adik2..

10. Jajan
lepas makaan semua diatas.. aku suke kunyah jajan!!!

Anda pula bagaimana?? ehhehehehe... Apa pun, selamat menjalani ibadah puasa... moga ibadah kita semua diterima tahun ini... dan perbanyakkanlah amalan :) Iblis dirantai sepanjang bulan puasa, so inilah masa kita nak kenal diri kita :)







Team Building - Membantu Membina Rumah Keluargaku Yang Terbakar [Part 2]

Bersambung dari ---> PART 1

Bermalam di Pendang Lake Resort. Tido aku tidak terlalu lelap... Mungkin kerna badan terlalu letih atau fikiran kurang stabil... Masih memikirkan apa setersunya yang akan terjadi.. Walaupun kat luar hujan lebat mencurah-curah. Sesekali aku terjaga.. Aku terbayang pula nasib keluarga aku yang bakal menyambut Ramadhan dalam sehari dua saja lagi... Dengan keadaan yang penuh kekurangan. Terfikirkan dua orang adikku yang mungkin masih belum memahami apa yang sedang di alami.. Namun aku percaya mereka berdua pasti akan mengingati segala yang dilalui sepanjang dugaan ini.

Seawal jam 8.30 pagi kami bertolak sekali lagi menuju ke kampung aku di Kampung Kenanga. Sesampai di rumah, keadaan rumah basah sebab hujan lebat malam tadi. Jadi tidak banyak perkara yang mampu dilakukan.

Keadaan yang basah menghadkan aktiviti kami pagi ini

Kami hanya mampu untuk membuat asas untuk menegakkan batu bata. Bagi aku ini juga pengalaman pertama membuat alas tersebut. Tersentuh hati aku bila melihat semua yang datang mengambil peluang mengikat alas tersebut. rumah baru yang bakal didirikan ini mempunya sejuta rahsia dan sentuhan yang pelbagai. Dan yang pasti sentuhan pelbagai inilah yang membuatkan rumah aku kini lebih unik dan sentimental.

Boon orang pertama yang berani untuk mengikat asas bata

Akhirnya semua berani untuk mengikat asas bata 

Walaupun penat namun mereka masih mampu tersenyum :')

Selesai mengikat alas bata, kami menyambung mengecat sebelah dalam rumah... Semasa mengecat, datang Dato Zainul bersama seorang rakan senatornya dan  dua wartawan NST.. Dalam hati aku memanjat kesyukuran yang amat bila Dato'sudi menolong kami sekeluarga sehinggga sebegini rupa.. Jika dinding yang dibina adalah hasil sumbangan Dato'dan company.. Kini ayah mampu berasa lega kerana atapnya pula di sumbangkan oleh Dato' Senator.  Alhamdulillah... Ramadhan kali ini ku harap tidak akan rasa cacat di mata keluarga aku di kampung.

Sumbangan dari pihak Senator

Atas sebab kesuntukan masa dan tiada banyak kerja yang boleh dilakukan kami akhirnya bertolak balik ke Pendang Lake Resort untuk daftar keluar. Semasa bersalaman dengan mak.. Mak sempat bisikkan:

"Soleh, kenapa bawak balik semua kawan untuk disusahkan. Mak tak tau nak balas macam mana. Mak kesian tengok mereka semua penat"

Aku tetap tersenyum, terus tersenyum.. aku tidak mahu kalah pada emosi didepan semua rakan2 sepejabat aku.. Aku cuma diam tak menjawab soalan mak aku. Akhirnya kami semua bertolak balik dan rasa sayu singgah di sudurt hati kecil aku.. Harap kepulangan aku kali ini sedikit sebayak memberikan rasa senang buat keluargaku..Aku akui aku bukanlah anak yang baik sepanjang dibawah jagaan mereka, namun sekurangnya aku harap aku bukan seorang yang akan lari bila susah menimpa.. Insyaallah.

Aku bersyukur kerana di kelilingi oleh insan-insan yang prihatin tentang nasib orang lain

Sebelum tolak balik ke Kuala Lumpur, kami semua telah di belanja oleh Dato'Zainul dengan masakan ala kampung di salah satu kedai makan yang terkenal di Alor Star.. Sri Pumpung.. Semoga rezeki Dato'akan melimpah ruah selepas ini.. Aku doakan.. aminn...

Alhamdulillah... 

Sepanjang dua hari di sini.. aku dapat rasakan sesuatu yang asing dalam diri aku.. Aku rasa malu, rasa terharu, germbira, takut.. semua rasa ini bercampur-campur... 

Rasa terhutang budi yang amat kepada semua yang sudi berkorban masa dan tenaga bagi membantu ringankan beban kami sekeluarga.. Tak dapat aku balas semuanya.. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga yang mampu aku ucapkan.. 





Friday, July 20, 2012

Team Building - Membantu Membina Rumah Keluargaku Yang Terbakar [Part 1]

Aku baru menjalani Team building bersama kumpulan yang amat hebat... Team building yang dilakukan di Adeline Villa Gopeng tentunya memberi satu pengalaman yang amat indah... Apa yang paling menarik disitu adalah persekitaran dan juga juadah yang disajikan.. Namun aku lebih terdetik untuk berkongsi apa yang  berlaku pada hari kedua team bulding tersebut...

Hari kedua team building.. Aku sedikit berasa risau... cuak.. gelisah... berdebar... Sebab beberapa orang yang bersama2 melakukan team building akan pergi ke rumah aku di Kedah... Rumah yang dalam bulan lepas terbakar kini ingin di kunjungi... Bermacam-macam bermain di benak fikiran aku...

Dari Villa yang amat indah ini akan bertolak ke Perkampungan yang serba kekurangan.

"Dah la umah aku tu hulu banat, orang kampung memang lain caranya dengan org bandar, rumah aku mungkin agak kotor sebab ada bela lembu, ayam, kucing...macam mana lak dengan layanan keluarga aku yang sememangnya tidak biasa menerima kunjungan ramai, nanti macam mana kalo bahasa rasmi keluarga aku ditututrkan didepan semua yang berkunjung" 

Bermacam-macam bermain di benak fikiran aku....

Namun, Perancangan yang telah di atur oleh Bos aku dan juga dari bahagian sumber manusia media prima tetap diteruskan...

Rasa bersalah singgah dihati apabila beberapa kawan yang masih inginkan rasa gembira dengan aktiviti di Gopeng terpaksa menuju kerumah aku... Dari berada di dalam zon gembira, ke zon yang kurang selesa... Maafkan aku semua yang turut serta ke rumah aku bagi meringankan beban keluarga aku di kampung.

Perjalanan dari Gopeng kerumah aku memakan masa hampir 3 jam... Apabila sampai aku hampir menitiskan air mata bila melihat semua begitu semangat untuk bersama2 membantu mengalihkan batu bata ke tempat yang sepatutnya.. Dalam keadaan yang panas terik... Namun aku tetap paksa diri untuk terus tersenyum.. aku tak mahu kalah pada emosi.. Apa yang aku lihat didepan aku sekarang adalah satu keluarga besar yang smaa2 cuba untuk membina rumahku yang hangus sebulan yang lepas. tiada lagi big bos, tiada lagi manager, tiada lagi senior.... semua kini berada di satu level yang aku tak dapat nak gambarkan... 

Hampir 5 jam lebih tetamu yang sepatutnya dilayan seperti tetamu tetapi kini sedang sama2 membina rumah melalukan pelbagai aktiviti... Dari mengangkut batu bata ke mengecat rumah.. aku rasa agak terkejut bila mereka kini tidak lagi mengganggap rumah yang separuh itu juga seperti rumah mereka.. Mereka dengan yakin mengalihkan, membersihkan, bahagian dalam rumah yg bersepah. Aku agak malu bila mereka bertanya mengenai kabinet rumahky yang hampir musnah'

My Big boss - KIM... Bertungkus lumus mengecat dinding 

Rumah yang akan dibina ini mempunyai sentuhan bos aku.. Sebak rasa dengan apa yang berlaku didepan mata

Pn Aniza turut membina dinding rumah

"Soleh, kalau kita keluarkan kabinet ni boleh ker? ambik barang2 yang dirasakan perlu dan kabinet yang tak leh digunakan ni kita gantikan yang baru" - Kata My Bos.. Adelina :) 

Aku rasa malu dengan segala kondisi rumah aku yang sedemikian... Namun alhamdulillah semua yang datang menolong melihat rumah aku juga seperti rumah mereka.. semua berani membuat keputusan masing-masing bagi melihat rumah itu menjadi lebih elok keadaannnya..

Berehat sebentar.

Sempat juga menyambut birthday Liz yang ke 20 :) walaupun dalam keadaan penuh kekurangan disekeliling

Mungkin banyak yang aku tak terluahkan dengan apa yang terjadi, Namun setiap wajah penat yang tergambar pada wajah setiap yang datang menolong pasti takkan aku lupakan seumur hidup aku.  Untuk hari pertama dirumah aku, terlalu banyak yang telah dilakukan... Tapi itu tidak memadai bagi semua yang datang, mereka ingin lagi kerumah aku keesokkannya.. Errr.... 

Dari kosong, akhirnya terbina dinding rumah aku dan banyak lagi yang diselesaikan didalam rumah

Lewat petang kami semua bergerak ke Pendang Lake Resort untuk berehat dan lelapkan mata kerna esoknya kami akan datang lagi bagi meneruskan aktiviti di rumah aku... 

Tempat kami melepaskan penat lelah...Pendang Lake Resort.


Sedikit perkogsian pasal kejadian rumahku yang terbakar ---> DISINI


*Terharu dengan kesanggupan insan2 yang sudi membantu... Jutaan terima kasih yg mampu aku katakan... 




Tuesday, July 3, 2012

Trip Kota Kinabalu - Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik

Sambungan dari entri ----> INI

SARAPAN
1 July 2012, Hari kedua di Kota Kinabalu... Bangun awal pagi.. Terus mencari sarapan... Apa yang aku ambik untuk sarapan? seperti gambar dibawah... 

Ni sarapan milik Bert

Aku punya sarapan... Diet okey...

BERTEMU RAKAN BLOGGER - ROSMINA SAMIN
Hari ni aku dah plan dengan seorang rakan blogger untuk pergi kepulau.. Kali ni aku harapkan dia yang merancang aktiviti aku hari ini.. Kami cuma kenal kat blog n facebook jer sebelum ini. Kira ni pertama kali nak berjumpa la..  

So lepas jer bfast aku ngan Bert terus jalan kaki kluar menuju ke Jeselton Point.. Bert cepat ingat jalan.. so aku ikot die jer.. heheheheeh... Sesambil jalan ke jeti tu, aku ade jeling air pantai sekitar pekan Kota Kinabalu, serius aku tak sangka.. airnya jernih dan leh nampak ikan berenang2.. Tak sangka lak walaupun dekat pekan, namun airnya masih bersih.. Teruja lak tengok.

Dalam jam 9pagi rakan blogger call ... Errr... diorg dah tunggu kat jeti.. jadi aku dengan Bert terus jalan cepat2.. menuju ke Jeti... Maka bertemulah buat pertama kali dengan Rosmina dan juga rakan serumahnya Siti.
Akhirnya jumpe jugak dengan Blogger ini - Rosmina


PENGEMBARAAN BERMULA
Dalam jam 9.30 pagi kami berempat menuju ke Pulau Mamutik, Pulau pertama yang kami singgah.. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan suasana yang amat indah.. Teruja aku dengan keindahan yang amat didepan mata aku.. Bagi seorang yang amat sukakan suasana pantai, aku terasa begitu puas dengan apa yang ada didepan mata aku.

Kawan Rosmina terangkan perjalanan aktiviti untuk hari ini. Dia cakap, semua bermula dari Jeti Jesselton. Kemudian akan menuju ke Pulau Mamutik, seterusnya ke Pulau Manukan untuk aktiviti Snorkling dan berakhir di Pulau Sapi untuk BBQ dan jungle tracking.

Jesselton Point..Tempat kami ambik boat menuju ke beberapa pulau

PULAU MANUKAN
Aku tak perasan lak berapa lama aku di atas boat.. tup tup dah sampai pulau Manukan... Kat sini aku turun untuk melihat keindahan pulaunya... Sangat indah.. aku teruja dengan semua yang ada disitu.. Airnya, ikannya, pasirnya....

Kat sini kami melakukan aktiviti snorkling.. Memang aku snorkling tak ingat dunia la maksudnya.. hehehee

Ikan nampak dengan jelas sebab air laut yang amat jernih dan bersih

Kami sudah tiba di Pulau Manukan

Tukar baju dan terus terjun laut!!!

Satu kawasan dan tawan.... beralih ke kawasan lain lak.

Belum puas menyelam.. Siti panggil naik sebab die nak bawak gi Pulau Sapi pulak...Alaaaaa siti ni saje tau!!!!! So terus la bergegas naik untuk kepulau Sapi. 


PULAU SAPI
Jadi kami pun menuju pula ke Pulau Sapi... Sampai saje sane... errrrr... aku tergamam!!!!!! Pantainya lebih cantik dari yang terdapat di Pulau Manukan!!!!. Aku tak cakap banyak... Aku terus terjun jer dalam pantai kat situ.. Makan ke tak ker aku letak num 3.. heheheh.. janji aku leh tengok hidupan kat laut Pulau Sapi pulak..

Hidupan kat Pantai Pulau Sapi lebih banyak compare Pulau Manukan.. Terumbu dia juga lebih cantik dan banyak.. Aku berenang jauh jugak untuk melihat keindahan dasar laut Pulau Sapi..Sangat best.

Bersama Rosmina 

Kegembiraan jelas terpancar okey!!! LOMPAT!!!

Sekali lagi siti panggil naik..

Siti panggil naik makan.. Err... Alamak!!! aku tak sempat ambik gambar makanan lak!! sebab terlalu teruja dengan keindahan alam semulajadi kat Pulau Sapi neh.. Sampai benda lain aku tak ambik post dah.. heheheh

Lepas makan Siti ngan Rosmina ajak gi Jungle tracking lak..

JUNGLE TRACKING
Siti ngan Rosmina ajak tracking... So kami perlukan seorang Tour Guide kalo nak masuk hutan... Siti yang kuat pengaruh terus menggunakan pengaruhnya untuk mengajak Nizam (tour guide) untuk uturt serta :)

Maka bermulalah pula aktiviti tracking kami!

Kene ikot anak panah jer murid-murid

Akhirnya kami tiba di Point E... point atas puncak bukit yang indah!

Bergambar kenangan bersama Nizam

Dari atas tu leh tengok macam2... Lensa kamera aku tertarik dengan parasiling :)

Nizam, Siti, Rosmina, Ady :P

LINTAH LAUT YANG BESAR
Semasa turun dari tracking, kami singgah di satu kawasan yang amat cantik.. Saja masuk ke dalam airnya... Errr... penuh dengan ibu gamat ini.. Sekali tengok macam lintah.. geli pun ade... Errr... tapi aku beranikan diri untuk pegang menatang itu dengan penuh machonya :)

Rosmina cakap die nak masak lemak..

aku dapat lintah yang besar ok

Aku suka lihat pokok yang terbalik tu...

aku lebih suka batu tu... rasa macam ada org design lak.. Tapi batu tu terbentuk akibat ombak dan angin

Gambar hasil tangan Rosmina.. cool

SELAMAT TINGGAL PULAU
Jam dah menunjukkan jam 3.30petang.. masa untuk kami balik. siap2 dan terus menuju ke boat untuk balik... Yang pasti aku amat berpuas hati untuk trip hari kedua aku ini.. aku cadangkan kepada semua yang datang Kota Kinabalu untuk pergi ke Pulau sapi jika ingin merasai keindahan pantai semulajadi yang indah :)

Selamat tinggal

Suasana kat Jeti Pulau Sapi.. Risau roboh jer jeti tu.. uhuhuhuh.. Ramai sangat

Boat yang menunggu untuk membawa penumpang balik

video
Suasana di Jeti Pulau Sapi

Maka dengan itu tamatlah aktiviti pulau yang telah dibantu oleh rosmina dan juga rakannya siti... Aku amat berpuas hati untuk aktiviti pulau ini.. Rasa terharu pulak dengan layanan first class yang aku terima dari Diorg berdua serta pihak pulau... 5 bintang aku kasi untuk trip pulau ini :)

Lepas balik dari pulau aku gi mane lak eh??? Nantikan entri seterusnya :)