Team Building - Membantu Membina Rumah Keluargaku Yang Terbakar [Part 2]

Bersambung dari ---> PART 1

Bermalam di Pendang Lake Resort. Tido aku tidak terlalu lelap... Mungkin kerna badan terlalu letih atau fikiran kurang stabil... Masih memikirkan apa setersunya yang akan terjadi.. Walaupun kat luar hujan lebat mencurah-curah. Sesekali aku terjaga.. Aku terbayang pula nasib keluarga aku yang bakal menyambut Ramadhan dalam sehari dua saja lagi... Dengan keadaan yang penuh kekurangan. Terfikirkan dua orang adikku yang mungkin masih belum memahami apa yang sedang di alami.. Namun aku percaya mereka berdua pasti akan mengingati segala yang dilalui sepanjang dugaan ini.

Seawal jam 8.30 pagi kami bertolak sekali lagi menuju ke kampung aku di Kampung Kenanga. Sesampai di rumah, keadaan rumah basah sebab hujan lebat malam tadi. Jadi tidak banyak perkara yang mampu dilakukan.

Keadaan yang basah menghadkan aktiviti kami pagi ini

Kami hanya mampu untuk membuat asas untuk menegakkan batu bata. Bagi aku ini juga pengalaman pertama membuat alas tersebut. Tersentuh hati aku bila melihat semua yang datang mengambil peluang mengikat alas tersebut. rumah baru yang bakal didirikan ini mempunya sejuta rahsia dan sentuhan yang pelbagai. Dan yang pasti sentuhan pelbagai inilah yang membuatkan rumah aku kini lebih unik dan sentimental.

Boon orang pertama yang berani untuk mengikat asas bata

Akhirnya semua berani untuk mengikat asas bata 

Walaupun penat namun mereka masih mampu tersenyum :')

Selesai mengikat alas bata, kami menyambung mengecat sebelah dalam rumah... Semasa mengecat, datang Dato Zainul bersama seorang rakan senatornya dan  dua wartawan NST.. Dalam hati aku memanjat kesyukuran yang amat bila Dato'sudi menolong kami sekeluarga sehinggga sebegini rupa.. Jika dinding yang dibina adalah hasil sumbangan Dato'dan company.. Kini ayah mampu berasa lega kerana atapnya pula di sumbangkan oleh Dato' Senator.  Alhamdulillah... Ramadhan kali ini ku harap tidak akan rasa cacat di mata keluarga aku di kampung.

Sumbangan dari pihak Senator

Atas sebab kesuntukan masa dan tiada banyak kerja yang boleh dilakukan kami akhirnya bertolak balik ke Pendang Lake Resort untuk daftar keluar. Semasa bersalaman dengan mak.. Mak sempat bisikkan:

"Soleh, kenapa bawak balik semua kawan untuk disusahkan. Mak tak tau nak balas macam mana. Mak kesian tengok mereka semua penat"

Aku tetap tersenyum, terus tersenyum.. aku tidak mahu kalah pada emosi didepan semua rakan2 sepejabat aku.. Aku cuma diam tak menjawab soalan mak aku. Akhirnya kami semua bertolak balik dan rasa sayu singgah di sudurt hati kecil aku.. Harap kepulangan aku kali ini sedikit sebayak memberikan rasa senang buat keluargaku..Aku akui aku bukanlah anak yang baik sepanjang dibawah jagaan mereka, namun sekurangnya aku harap aku bukan seorang yang akan lari bila susah menimpa.. Insyaallah.

Aku bersyukur kerana di kelilingi oleh insan-insan yang prihatin tentang nasib orang lain

Sebelum tolak balik ke Kuala Lumpur, kami semua telah di belanja oleh Dato'Zainul dengan masakan ala kampung di salah satu kedai makan yang terkenal di Alor Star.. Sri Pumpung.. Semoga rezeki Dato'akan melimpah ruah selepas ini.. Aku doakan.. aminn...

Alhamdulillah... 

Sepanjang dua hari di sini.. aku dapat rasakan sesuatu yang asing dalam diri aku.. Aku rasa malu, rasa terharu, germbira, takut.. semua rasa ini bercampur-campur... 

Rasa terhutang budi yang amat kepada semua yang sudi berkorban masa dan tenaga bagi membantu ringankan beban kami sekeluarga.. Tak dapat aku balas semuanya.. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga yang mampu aku ucapkan.. 


AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

6 Comments

  1. sayu hati membacanya..semoga semuanya dipermudahkan.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..masih ade rakan yg sudi membantu :) xmo sedih2 tau ^^

    selamat berpuasa ady ! ^^

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah permudahkan segala urusan... Allah pasti menggantikannya dengan yang lebih baik lagi... Allah Maha Pengasih... :)

    ReplyDelete
  4. semoga semuanya baik2 saja... bersabar dan tabahlah

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah permudahkan segalanya...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post