Sunah Suka Sakura dot com

Thursday, May 16, 2013

Cita-citaku Suatu Ketika Dulu

Semua insan pasti ada cita-cita. mungkin dan ada yg sudah capai apa yang dicitakannya.. dan aku yakin masih ramai yang tergapai2 dalam usaha mencapai cita-cita tersebut..

Hari ni aku cuma nak share sikit pasal cita-cita yang pernah aku tanam sewaktu ketika dulu...

Disekolah rendah, cikgu pasti akan bertanyakan apakah pekerjaan yang ingin anda dapatkan semasa besar nanti.. Jawapanku spontan.. Askar :P Ini mungkin sebab banyak terpengaruh dengan permainan berbentuk askar dan perang-perang masa kecik dulu.. 

Aku pernah jadi askar gak ok!

Tapi cita-citaku sentiasa berubah.. Biasa la.. zaman budak2.. tak berapa tetap pendirian :P 

Sekolah menengah, Ditanya lagi mengenai cita-cita.. Dengan megah aku menjawab.. PEGUAM :)  sebab? akak aku yang suruh.. Sedangkan masa tu aku tak tau pun apa tugas seorang peguam... Bila dah masuk form 3, cita-cita yang nekad aku tanam adalah untuk menjadi GURU BAHASA.. 

Minat aku dalam bidang penulisan amat ketara masa aku melangkah masuk form 4, dan sebab itulah aku begitu yakin untuk menjadi guru bahasa.. Namun keputusan peperiksaan tidak menyebelahi aku.. 

Bercita-cita menjadi seorang pelakon? TAK!!!

Isi borang UPU, sekali tak dapat langsung bidang pendidikan. Dapat jurusan MULTIMEDIA.. Dalam kepala otak aku pada ketika itu bila jurusan multimedia, aku akan menjadi wartawan :P begitu sempit kan pemikiran aku :P (ketika itu)

Ditanya oleh kawan baik aku semasa tengah bertungkus lumus mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa, apa yang ingin aku jadi.. Dengan yakin aku menjawab, aku ingin berkerja di Station TV. Memandangkan minat aku dalam bidang video yang menjadi salah satu teras kursus yang aku ambik :)

Alhamdulillah, akhirnya aku disini, di station tv Media Prima, walaupun aku tidak begitu berjaya sebagai seorang "Interactive Specialist" disini dan aku akan terus berusaha untuk mendaki setangga ke setangga :) Insyaallah.

Aku kini :)


Sempat juga merasai menjadi seorang Bomba selama dua tahun :)


Apa pula cita2 anda sejak kecil dulu? ingat2kan kembali :)

*Cita-cita aku untuk masa tuaku, INGIN MEMBUKA SEBUAH PUSAT JAGAAN KUCING TERBIAR :)












Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu.... Rahsia Yang Tak Pernah Aku Luahkan...

12 May... Hari Ibu.. Sehari sebelum hari ibu aku seakan rasa terlalu jauh.. berjauh hati.. Aku cuba tenangkan diri ini.. Namun aku kalah dengan air mata yang sudah lama tidak mengalir... Hati ini terlalu rindukan seorang ibu.. Ibuku... 

Memoriku singgah dizaman kecilku... Masih jelas kenangan aku dikejutkan awal pagi.. untuk ke sekolah.. Setiap hari.. Namun yang paling diingati dizaman sekolah adalah, setiap kali aku mewakili sekolah untuk apa-apa pertandingan, mak akan mandikan aku.. Dia mahu lihat anak dia ini nampak sempurna dimata orang lain.. 

Masih jelas bermain diminda, semasa disekolah rendah, keluargaku amat kekurangan... Ibuku awal-awal pagi akan masak nasik lemak untuk aku jualkan disekolah. Walaupun peraturan sekolah tidak membenarkan aku untuk menjual, namun aku tetap menjualnya secara senyap-senyap.. Supaya nasik yang emak masak habis dibeli... Berkali-kali aku diberi amaran supaya tidak berniaga di sekolah... Namun itulah sumber pendapatan tambahan keluarga kami... Duit ayah jual sayur kadang-kadang tidak cukup untuk kami sembilan beradik. Akak aku yang sulung pula sanggup berhenti dari sekolah semata-mata untuk membantu Ibu dan ayah mencari pendapatan untuk kami adik-adik yang lain meneruskan pengajian.. Akak walaupun seorang pelajar pintar sanggup berhenti dan berkerja sebagai pembantu rumah, mungkin pada waktu itu aku masih belum matang untuk kenal erti kepayahan hidup... Mungkin semua inilah yang banyak mengajar aku akan rendah diri, mak pernah mengajar aku menjadi penjual nasik lemak, pengembala lembu, pekebun sayur... Aku takkan lupa semua itu... 

Setiap kali musim raya, Mak kenakan syarat jika mahu mendapatkan baju raya... Mak menyuruh aku menjaga lembu.. Memberi makan minum lembu.. Menjaga supaya lembu itu tidak merayau dan makan padi di sawah orang lain.. Dulunya aku rasa mak amat kejam sebab mengenakan syarat sedemikian, namun bila aku mula meningkat dewasa, aku mengerti apa yang mak lakukan itu... 

Di sekolah menengah, Mak selalu beza-bezakan aku dengan orang lain... Aku tidak bijak seperti anak orang lain... Semuanya aku simpan didalam hati, aku tak pernah luahkan rasa terkilannya bila aku sering dikecil-kecilkan oleh ibu sendiri.. Aku akan berkurung dalam bilik sambil tertanya kenapa aku yang tak pernah dapat kasih sayang seperti abangku, adikku yang lain... Tapi, disebalik semua itu rupanya ada yang cuba mak aku tanamkan dalam diri aku... Supaya aku terus berusaha dan cuba menjadi seorang insan yang tidak mudah bergantung terhadap orang lain... 

Semasa aku di pusat pengajian tinggi pula, semester kedua, akibat terlalu tertekan aku nekad untuk berhenti dari meneruskan pengajian. Aku nekad untuk membawa diri ke Kuala Lumpur mengikut seseorang yang aku cuma kenal dialam maya...Dalam bas menuju KL, Ibu dan kakakku ke kolej untuk menemui aku namun tiada siapa yang tahu kemana aku pegi. Kebetulan seorang kerani kolej agak rapat dengan aku, dialah yang menelefonku dan memberitahu bahawa Ibuku mencariku di kolej. Mungkin naluri seorang ibu itu kuat.. Sepanjang aku disitu mana pernah ibuku menjengukku, tapi bila aku sudah ke Kuala Lumpur, die secara tiba2 datang ke kolejku... Namun aku tidak memberitahu ibu yang aku telah nekad untuk tidak meneruskan pengajian...

Restu seorang ibu tidak aku terima, Hari pertama di Kuala Lumpur, satu titik hitam telah terjadi dalam hidupku.. Yang takkan aku lupakan sepanjang hayatku, Malam itu juga aku mengambil bas untuk balik ke kolejku.. Insan yang bermain di fikiranku kini cuma Ibuku.. Aku kembali ke kolej dan meneruskan pengajian walaupun dalam jiwa yang penuh keterpaksaan, dan aku lakukan semua ni semata-mata untuk ibuku.. Aku mahu buktikan anaknya ini juga mampu menggenggam segulung ijazah.. Namun titik hitam itu acapkali singgah jua diminda ini...

Aku kini sudah berkerjaya, namun  aku masih belum luahkan "Mak aku sayangkanmu". Aku tidak mengerti kenapa aku terlalu sukar luahkan didepan ibuku.. Jauh disudut hati ini mahu saja aku luahkan berkali-kali...Namun... Mak, aku harap nalurimu dapat membaca perasaanku ini.....

Ibuku, aku kagum dengan ketegasanmu... Aku tak pernah lihat walaupun setitis air matamu menitis sepanjang hayatku ini... Aku tahu berat beban yang telah kau tanggung selama ini.. mendidik aku menjadi insan yang berguna... Namun, airmata itu tidak pernah kau pamerkan didepan kami anak2mu.. Tanpamu aku pasti aku bukan siapa siapa...Aku tahu aku bukan anak yang terbaik, namun aku akan terus mencuba menjadi yang terbaik untukmu... Aku perlukan restumu untuk aku meneruskan kehidupan aku yang penuh liku ini... Wahai Ibuku...



Hargailah ibu anda selama hayatnya masih ada... Jangan terlambat, sehingga anda akan perlu menangisi dipusaranya...