Sunah Suka Sakura dot com

Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu.... Rahsia Yang Tak Pernah Aku Luahkan...

12 May... Hari Ibu.. Sehari sebelum hari ibu aku seakan rasa terlalu jauh.. berjauh hati.. Aku cuba tenangkan diri ini.. Namun aku kalah dengan air mata yang sudah lama tidak mengalir... Hati ini terlalu rindukan seorang ibu.. Ibuku... 

Memoriku singgah dizaman kecilku... Masih jelas kenangan aku dikejutkan awal pagi.. untuk ke sekolah.. Setiap hari.. Namun yang paling diingati dizaman sekolah adalah, setiap kali aku mewakili sekolah untuk apa-apa pertandingan, mak akan mandikan aku.. Dia mahu lihat anak dia ini nampak sempurna dimata orang lain.. 

Masih jelas bermain diminda, semasa disekolah rendah, keluargaku amat kekurangan... Ibuku awal-awal pagi akan masak nasik lemak untuk aku jualkan disekolah. Walaupun peraturan sekolah tidak membenarkan aku untuk menjual, namun aku tetap menjualnya secara senyap-senyap.. Supaya nasik yang emak masak habis dibeli... Berkali-kali aku diberi amaran supaya tidak berniaga di sekolah... Namun itulah sumber pendapatan tambahan keluarga kami... Duit ayah jual sayur kadang-kadang tidak cukup untuk kami sembilan beradik. Akak aku yang sulung pula sanggup berhenti dari sekolah semata-mata untuk membantu Ibu dan ayah mencari pendapatan untuk kami adik-adik yang lain meneruskan pengajian.. Akak walaupun seorang pelajar pintar sanggup berhenti dan berkerja sebagai pembantu rumah, mungkin pada waktu itu aku masih belum matang untuk kenal erti kepayahan hidup... Mungkin semua inilah yang banyak mengajar aku akan rendah diri, mak pernah mengajar aku menjadi penjual nasik lemak, pengembala lembu, pekebun sayur... Aku takkan lupa semua itu... 

Setiap kali musim raya, Mak kenakan syarat jika mahu mendapatkan baju raya... Mak menyuruh aku menjaga lembu.. Memberi makan minum lembu.. Menjaga supaya lembu itu tidak merayau dan makan padi di sawah orang lain.. Dulunya aku rasa mak amat kejam sebab mengenakan syarat sedemikian, namun bila aku mula meningkat dewasa, aku mengerti apa yang mak lakukan itu... 

Di sekolah menengah, Mak selalu beza-bezakan aku dengan orang lain... Aku tidak bijak seperti anak orang lain... Semuanya aku simpan didalam hati, aku tak pernah luahkan rasa terkilannya bila aku sering dikecil-kecilkan oleh ibu sendiri.. Aku akan berkurung dalam bilik sambil tertanya kenapa aku yang tak pernah dapat kasih sayang seperti abangku, adikku yang lain... Tapi, disebalik semua itu rupanya ada yang cuba mak aku tanamkan dalam diri aku... Supaya aku terus berusaha dan cuba menjadi seorang insan yang tidak mudah bergantung terhadap orang lain... 

Semasa aku di pusat pengajian tinggi pula, semester kedua, akibat terlalu tertekan aku nekad untuk berhenti dari meneruskan pengajian. Aku nekad untuk membawa diri ke Kuala Lumpur mengikut seseorang yang aku cuma kenal dialam maya...Dalam bas menuju KL, Ibu dan kakakku ke kolej untuk menemui aku namun tiada siapa yang tahu kemana aku pegi. Kebetulan seorang kerani kolej agak rapat dengan aku, dialah yang menelefonku dan memberitahu bahawa Ibuku mencariku di kolej. Mungkin naluri seorang ibu itu kuat.. Sepanjang aku disitu mana pernah ibuku menjengukku, tapi bila aku sudah ke Kuala Lumpur, die secara tiba2 datang ke kolejku... Namun aku tidak memberitahu ibu yang aku telah nekad untuk tidak meneruskan pengajian...

Restu seorang ibu tidak aku terima, Hari pertama di Kuala Lumpur, satu titik hitam telah terjadi dalam hidupku.. Yang takkan aku lupakan sepanjang hayatku, Malam itu juga aku mengambil bas untuk balik ke kolejku.. Insan yang bermain di fikiranku kini cuma Ibuku.. Aku kembali ke kolej dan meneruskan pengajian walaupun dalam jiwa yang penuh keterpaksaan, dan aku lakukan semua ni semata-mata untuk ibuku.. Aku mahu buktikan anaknya ini juga mampu menggenggam segulung ijazah.. Namun titik hitam itu acapkali singgah jua diminda ini...

Aku kini sudah berkerjaya, namun  aku masih belum luahkan "Mak aku sayangkanmu". Aku tidak mengerti kenapa aku terlalu sukar luahkan didepan ibuku.. Jauh disudut hati ini mahu saja aku luahkan berkali-kali...Namun... Mak, aku harap nalurimu dapat membaca perasaanku ini.....

Ibuku, aku kagum dengan ketegasanmu... Aku tak pernah lihat walaupun setitis air matamu menitis sepanjang hayatku ini... Aku tahu berat beban yang telah kau tanggung selama ini.. mendidik aku menjadi insan yang berguna... Namun, airmata itu tidak pernah kau pamerkan didepan kami anak2mu.. Tanpamu aku pasti aku bukan siapa siapa...Aku tahu aku bukan anak yang terbaik, namun aku akan terus mencuba menjadi yang terbaik untukmu... Aku perlukan restumu untuk aku meneruskan kehidupan aku yang penuh liku ini... Wahai Ibuku...



Hargailah ibu anda selama hayatnya masih ada... Jangan terlambat, sehingga anda akan perlu menangisi dipusaranya... 





5 comments:

tenku butang said...

done follow/singgah sini..No. 1875
jom follow/singgah blog teman.. heee..http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Mas Zull said...

assalamualaikum ady...terharu,sayu n sedihnya...

p/s selamat hari ibu buat ibu2 semuanya...;)

Ryo Azhar said...

ok sedih!!!Rindu arwah mak.........huwaaaa.

MR & MRS MAKMUM said...

teringt mak kt umah mmmm

Amsyahril Syahril said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.