Pengalaman Panjat Bukit Broga Dan Mandi Sungai Tekala - Info Mendaki Bukit

Lama kan aku tak update blog aku... Rindu jugak sebenarnya.. Setelah lama menyepi, kali ni nak share sikit pasal pengalaman panjat Bukit Broga buat kesekian kalinya..  Kali ni agak berbeza sebab pendakian bersama bekas penghuni Kolej Kachi 1 UUM...  Kawan-kawan aku masa zaman muda dulu :) 

Bertolak
Seawal jam 4.30 pagi aku dan isteri bertolak menuju ke Bandar Permaisuri untuk mengambail seorang rakan aku (Fakhrul).. Dari Bandar Permaisuri kami terus menuju ke Masjid berdekatan Majlis Pembandaran Kajang... Sambil solat sambil tunggu dua lagi rakan baik aku... Maasriah Musa dan juga adiknya... 

Selesai solat disitu, akhirnya baru la kawan aku tu sampai.. Terhegeh!!!!! rimas aku dengan org lambat neh! eh!! ahhahahaahah.. marah ok!! :P Dalam jam 6.30 lebih gak la baru dia sampai... janji nak jumpe situ jam 6 hokey!!!!

Nak tengok muke budak lambat tu? Ni haaa..... Hahahahaha

        
Maasriah Musa Si lambat!!!!!!


Tiba Di Bukit Broga
Aku park kete kat masjid, then naik lak kete kawan aku tu menuju ke Bukit Broga... Sebelum tiba di sana kami ambik pulak kawan aku yang bertolak dari melaka... Depa tunggu kat Petronas berhampiran Broga

Nak tengok kawan aku yg bertolak dari melake? HAAAAA inidia!!

    
Muaz, Shahid, Azhar yang bertolak dari Melaka

Sampai di kaki bukit dalam jam 7.00 pagi.. Hari ni ramai amat orang yang datang nak hiking... Almaklumlah cuti.... 

Mendaki
Park je kete, kami dengan bersungguh-sungguh mendaki sebab ini pendakian kali pertama kebanyakkan dari kami . Biarkan gambar bawah lak bercerita... 

   
Kami bersedia untuk mendaki!!! 

Tiba di salah satu puncak

Rasa tenang tengok permandangan dari atas sini

Yang penting ambik gambar!

Alhamdulillah... Selamat sampai ke puncak setelah tak sampai sejam mendaki :) 

Tamat Pendakian
Lepak dalam sejam jugak la atas Broga tu... Akhirnya kami dengan rasa sayu mula menuruni Bukit yang amat cantik itu :P Masa turun lebih mudah berbanding masa mendaki... Terlupa lak nak set berapa lama ambik masa untuk turun dan naik.. Ralat!
  
Perjalanan pulang

Mandi Di Sungai Tekala
Sememangnya awal2 lagi kami semua dah plan, selepas mendaki kami nak BBQ beramai2... Turun jer bukit, kami menuju pula ke sungai Tekala... sungai Tekala tak berapa jauh dari Bukit Broga... Lebih kurang 20 minit jer.

Alang-alang badan dah berpeluh, panas... So pekena air sungai pun best!!

  
Sejuk ok!!!!

Terlupe ambik gambar juadah yang kami bawak... so gambar kami jelah jadi santapan ok!

Sesetengah orang pilih Sungai Gabai untuk mandi selepas panjat Broga, tapi tidak bagi kami. Jarak Bukit Broga ke Sungai Tekala? Errr... tak sure sangat, tapi dalam 20 minit jugak drive kete. 

Dah mandi dan makan-makan kat Sungai Tekala.. kami balik kerumah masing2.. rehat!!!

*karangan budak sekolah rendah! ahahahahahahah


Sedikit info untuk sesiapa yang bakal mendaki Bukit Broga.
1- Bertolak awal pagi. Takut kalo lewat, kang berpanasan atas puncak bukit nun

2- Jangan biar perut kosong, sarapan jangan lupe... Tapi jangan over sarapan.. kang hang hentam nasik dua pinggan lak.. termuntah kang masa mendaki.. (Kat sana pun ade jual makanan)

3- Ada ruangan parking kat kaki Bukit Broga, Kene bayar RM2.

4- Jangan ingat Bukit Broga itu sejuk yer wahai kawan2... Aku pakai jersey jer masa mendaki.. Sebab banyak peluh akan kelua masa mendaki..Awal2 tu yakin jer aku sarung Sweter...tak sampai 10 langkah aku dah tanggalkan sweter aku tu.. panas siot!!!

5- Berapa lama untuk sampai ke puncak? yang ni bergantung pada stamina masing2.. kalo gerak 10 langkah then berenti rehat... 10 langkah berenti rehat.. memang lama la nak sampai... Kalau menten jer mendaki, dalam 30 minit dah leh sampai puncak

6- Sepanjang perjalanan jangan lupa selfie! leh post kat instagram.. eh!!

7- Kalau tak salah ade dalam 3-4 puncak... Last puncak ada yang tulis "Selamat Datang Ke Puncak Broga 400 Meter" Pastikan anda mendaki hingga ke puncak itu yer! then snap lagi pi untuk post kat instag.

8- Menuruni bukit mungkin lebih mudah, tapi perlu juga hati2.. takot tergelincir.

9- Pastikan anda bersedia untuk berasa sengal2 otot, (Jika ini kali pertama anda mendaki)

10- Jangan serik untuk mendaki lagi!!!


Selamat Mendaki!!!



AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

1 Comments

  1. dh lama dok idam nk daki bukit broga nie.. bila nak tercapai tau...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post