Jalan-Jalan Ipoh - Part 1 "Misi Mencari 7 Mural Karya Ernest"

Setelah sekian lama tak menaip entri seakan budak sekolah rendah... Aku akhirnya kembali berkongsi pengalaman percutian aku.. Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman bercuti di Ipoh.

16 September 2014, Sempena cuti Hari Malaysia, aku ambik kesempatan untuk kelua dari KL bagi merehatkan otak yang kekadang agak serabai. Idea spontan kali ini di utarakan oleh kawanku Jay Mohd. Merupakan seorang juruterbang Malaysia Airline dan amat minat melancong, terutama dalam meneroka serta menikmati keunikkan juadah makanan tempatan.

Seawal jam 8 pagi kami kelua dengan kereta milik Jay. Menuju ke utara semenanjung.. Yang pasti kali ini aku terpaksa menjadi co-pilot semata mata kerana aku tidak pandai memandu kereta milik Jay.

Tiba di Ipoh, kami menunggu Tony  kenalan rapat Jay. Tony merupakan warga ipoh yang baik hati dan peramah. Kali ini tony sudi untuk bawak kami pusing2 sekitar Ipoh.

Misi pertama kami adalah mencari karya mural yang kini menjadi tarikan Ipoh Lama. Karya yang diilhamkan oleh Ernest Zacharevic memperkenalkan tujuh lukisan mural dinding, sempena projek ‘Art of Oldtown’ dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh, di dinding rumah kedai sekitar Pekan Lama Ipoh. Karya ini dipaparkan di tujuh lokasi berbeza di pekan Ipoh.

Ernest bersama salah satu hasil karyanya!

Dengan keazaman yang begitu jitu, kami memulakan misi mencari kesemua tujuh hasil karya yang dimaksudkan.. Nak cite panjang takyah la bro!!! tengok jelah hasil pencarian kami :P

Dibawah disertakan 7 hasil karya Ernest yang berjaya kami temui:

1- Hummingbird

Jay tekun mengambil gambar Hummingbird.


2- Kopi O
Nampak real kan mural Kopi O ni!?


3- 5 Bungkus Kopi O
Nampak kan betapa besarnya lukisan Air Kopi tu berbanding size manusia biasa


4- Paperplane


Aku dan Jay try untuk buat kedudukan tangan seperti budak tu buat.. Tapi tak berjaya :P


5- Girl


Sian adik ni takde sape tolong die untuk ambik sangkar burung itewww..



6- Trishaw

Dalam banyak-banyak lukisan, aku paling suke yang ini!!!
                              

7- Pakcik Old Town Cafe


Besau nauuu lukisan kat bangunan Old Town Cafe ini

Tapi... kekeliruan berlaku, yang mana tidak dapat kami pastikan.. dengan satu lagi karya yang terpampang disekitar Ipoh lama ini.. Karya evolution.. Tak pasti samada ini juga karya dari Ernest ataupun tidak, namun yang pasti ia juga menjadi tarikan kepada peminat seni.

Adakah ini juga hasil karya Ernest?Ade sape tau jawapan?

MISI TERCAPAI!!!!

P/S *Disetiap lukisan terdapat satu papan tanda yang menunjukkan lokasi bagi setiap lukisan yang dihasilkan Ernest.


AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

8 Comments

  1. Akhirnya..lepas kita aku ajak kau pegi tempat lain plak, last minute plan..spontan camtu. Ok?

    ReplyDelete
  2. wah best nyer.. lawa-lawa gambar tue...

    ReplyDelete
  3. Jay... insyaallah... thanks belanje aku.. huhuhuh

    ReplyDelete
  4. Rebellioncute Mischievous ahahah.. jurugambar amateur :P

    ReplyDelete
  5. huyoh, kena p usha nie. ritu p sana x sempt nk luang masa ke sini

    ReplyDelete
  6. huyoh, kena p usha nie. ritu p sana x sempt nk luang masa ke sini

    ReplyDelete
Previous Post Next Post