Sunah Suka Sakura dot com

Sunday, January 10, 2016

Percutian Di Vietnam - [Pengalamanku Part 1]

Rasanya dah setahun lebih aku tidak ada entri yang baru. Banyak juga pengalaman-pengalaman yang tak sempat aku kongsi bersama di halaman aku ni.. Tapi kali ni terdetik pula untuk kembali menaip setelah sekian lama menyepi. Semua ni gara-gara galakkan dari salah seorang rakan baikku.

Entri kali ni mungkin agak kekok kerana rentak penulisan sudah hilang... nak kena cari balik :P

Last Minit Planning
Semuanya bermula dengan wassap dari kawan baik aku ni... Die mengeluh kerana dia bercuti panjang tetapi tidak kemana-mana. Jadi die mencadangkan untuk kami pergi kesatu tempat yang mampu menghabiskan waktu cutinya. Dalam kotak fikiranku cuma satu tempat "BALI" sebab aku belum pernah kesana... Ahahahahah.. Namun setelah diambil kira waktu perancangan yang pendek, jadi lokasi yang aku idamkan itu terpaksa di tukarkan ke Saigon, Vietnam. 

Bertolak.
Seawal pagi kami menuju kelapangan terbang. Sempat juga aku google tempat-tempat yang harus kami lawati setiba disana nanti.

Aku bersama kawan aku yang selalu je ade perancangan dalam percutian, Jay Mohd

Tiba Di Ho Chi Minh 
Penerbangan selama 1 jam 55 minit tidak terasa kerna kami berdua berjaya melelapkan mata.  Bukak jer mata, kapal terbang dah nak landing.

Proses di pihak imegresen Ho chi Minh amatlah lancar kerana mereka telah menggunakan sistem elektronik dan bukannya seperti beberapa buah negara asia yang lain dimana masih mengekalkan sistem manual. Jadi kami disini tidak perlu berbaris panjang. Tak sampai 10 minit urusan imegresen selesai


Perkara Pertama Dilakukan
Kelua saja dari lapangan terbang, kami menuju ke kaunter sim card. Hhehehehe.. hidup tanpa internet adalah seperti patah kaki dizaman sekarang. Jadi perkara pertama yang dilakukan adalah mencari sim card yang menawarkan data internet.

Gembira selepas mendapat simcard baru

Selepas selesai mendapatkan kad sim, kami ke kaunter teksi bagi mendapatkan perkhidmatan penghantaran ke hotel. Untuk percutian 3 hari, kali ini kami menetap di District 1. Perkhidmatan teksi juga mudah didapati di lapangan tersebut, namun harus berhati-hati semasa memilih cara pembayaran. Adalah dinasihatkan agar menggunakan teksi yang dibayar terlebih dahulu, bukannya teksi bermeter. Ini adalah mengelakkan dari penipuan. Namun bagi sesiapa yang sudah mahir dengan jalan disana, teksi bermeter mungkin cara terbaik. Jumlah yang perlu kami bayar untuk ke hotel penginapan kami adalah 200,000 Dong.

Dalam perjalanan, nampak pelbagai suasana.



Apha Boutique Hotel
Tak sampai setengah jam dari airport,  kami akhirnya tiba di hotel. Kami menginap di Anpha Boutique. Butik hotel yang lokasinya cuma beberapa langkah dari Ben Tahn Market. Pasar yang menjadi kegilaan shoppers dari Malaysia. Kerana pasar ini merupakan lokasi untuk peminat kain pasang membeli belah. Pasal pasar ni nanti aku ceritakan.

Anpha Boutique Hotel

Oleh kerana ketibaan kami adalah sedikit awal dari waktu check in, kami terpaksa merayau-rayau sekitar untuk mengisi perot.. Lapar nak oiii...

Pho
Vietnam amat terkenal dengan pho. Pho ini adalah panggilan untuk "sup". Kira pho ni makanan utama bagi warga Vietnam jugak la.  Jadi tidak sahlah jika ke Vietnam tapi tidak mencuba Pho. Tapi sebelum makan, pastikan Pho yang anda pilih adalah tidak mengandungi bahan-bahan yang dicurigai.

Jadi sementara menunggu bilik disediakan, kami berjalan mencari Pho. Terdapat banyak pilihan pho, namun ada rakan yang mencadangkan supaya makan di pho 24.

Masa untuk makan!

Pelahap makan Pho - Lapaq baq hang

Jalan Kaki
Berbaki lagi sejam lebih sementara menanti bilik hotel siap, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sekitar District 1. Sebenarnya disekitar District 1 pun sudah mempunyai pelbagai tarikan yang tersendiri.. Dari cara hidup rakyatnya hinggalah kepada keunikkan bangunan-bangunannya.

Jenuh la neh jalan-jalan sekitar District 1.. Jenuh mencari jugak bangunan-bangunan yang menjadi kebanggan Vietnam... Sempat juga merakamkan kenangan  hari pertama di Vietnam.

City Hall

Gambar kenangan di City Hall


Gambar bunga pun aku nak ambik okeyy..


Lensa kamera aku sukakan bangunan ini

Cer teka bangunan dibelakang aku tu mirip bangunan apa di Kuala Lumpur? 


Aku suka bangunan ini.. 

Semasa berjalan pulang ke hotel, aku sempat merakamkan aktiviti tepi-tepi jalan sekitar District 1.

Buah-buahan yang dijual di tepi-tepi jalan... Tapi harganya agak mahal berbanding di Malaysia

Jay tertarik utk ambik gambar... ketam.. ker katak eh? GULP!


Apha Boutique Hotel Yang Selesa
Akhirnya dapat juga masuk bilik untuk berehat... Beginilah suasana bilik yang akan kami stay selama 3 hari ini.

Buah-buahan segar sudah tersedia.

Katil dah memanggil-manggil

Berendam la kejap lagi :P

Pandangan diambil dari Anpha Hotel - Depan tu jer Ben Thanh Market


Sambung Berjalan
Selepas dapat melepaskan penat lebih kurang sejam dua, kami sekali lagi mengambil keputusan untuk explore bandar ini. Kali ini tempat pertama yang kami singgah adalah Pasar Ben Thanh. Kami berdua bukan seorang yang sukakan membeli belah bila menjelajah di sesuatu tempat. Kami masuk ke pasar ini adalah semata-mata untuk melihat sendiri apa yang dijual disini sehinggakan menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia.

Jay bersedia untuk masuk cuci mata

Pelbagai barangan dijual disini, lebih kurang kat pasar malam Malaysia namun jauh lebih besar...  Ada jual kain baju, makanan, pakaian, dan pelbagai lagi.. Ini adalah antara barangan yang sempat di curi lensa kamera aku.

Ditengah-tengah Ben Thanh Market

Kalo aku kaki shopping gerenti dah sakit otak nak pilih kain-kain ini

Sayuran segar.. Comel jer carrot tu.

kalo kat kampung, aku panggil ni gondang... 

ketam juga dijual, katak puru jugak. Tapi geli geleman la nak snap pic katak tu


Makanan Halal
Sesambil berjalan, kami turut mengintai-intai antara restoran makanan halal disini. Disini terdapat banyak restoran makanan halal dan boleh dijumpai di sekitar bandar. Pendek kata, memang mudah mencari makanan halal disini berbanding Boracay :P Namun harganya agak tinggi sedikit berbanding lain-lain makanan, tapi masih mampu makan.

Restoran The Daun ni cuma bersebelahan hotel yang kami diami

Haaaa.... cari la pelbagai jenis makanan disini

Park 23-9 dan Park Tao Dan
Perjalanan menggunakan kaki tetap diteruskan, kali ini kami menuju ke taman-taman sekitar district 1. Dua taman yang terkenal disini  adalah 23-9 Park dan Tao Dan Park. Disini kita boleh lihat aktiviti petang warga Vietnam. Aktiviti riadah bersama keluarga dapat dilihat di taman-taman ini. Aktiviti sukan dan memanaskan badan juga turut dilakukan, dan boleh dikatakan taman-taman ini meriah dengan warga tempatan.


23-9 Park

Terserlah kebulatan aku takkala melewati 23-9 Park

Tempat kelab vespa berkumpul juga

Suasana disalah satu jalan di Vietnam

Pada mulanya rasa nak gak la jogging bagi merasai pengalaman di tempat orang, namun persalinan adalah tidak sesuai.. so cuci mata jelah :P #Poyo

Dinner
Makan malam... Jenuh gak kalo fikir bab nak makan kat mana.  Jadi kami pun bukak la tripadvisor.. Ade la tertarik dengan beberapa kedai makan. So pilih punya pilih.. Akhirnya ambik keputusan untuk dinner di Bun Cha.

Bun Cha 145

Gigih ni jalan kaki gi sane.. kira awal gak la... Dalam jam 7 malam.. Sampai je sana, mak haihhhh... Dah berbaris org kat depan pintu kedai tu.. Kene ambik giliran lak tu... Hampir sejam gak la berbaris tunggu giliran... Akhirnya dapat tempat duduk...

semua yg kat lua kedai ni tengah berbaris ok! Sambil berbaris sambil pilih dah nak makan ape

Kalo nak review pasal rasa makanan yg diorg tawarkan... memang tak sia-sia la berbaris sejam.. Memang sedap dan harganya juga amat berbaloi. Memang sedap la...


Ni daun sireh ni... ehhh...

yang ni sedap... tapi aku tak tau nama... rasa serai ngan pudina die terserlah

Kacang bendi buat yang sukakan sayur.. Tapi bukan aku :P


Lantai Bun Cha Cafe menarik perhatian kami.. Cantik


Malam
Penat berjalan, balik jer bilik rasa badan terus tak bermaya.. Aktiviti untuk hari pertama diakhiri dengan membuat huruf zzzzzzzzzzzz...

Sempat mencuba jus passion fruit dan manggo sambil berjalan balik ke hotel... Dap dap dap

Sempat singgah kat roof top Anpha Hotel untuk berposing :P

Suasana Malam di Ben Thanh Market


Tips Hari Pertama
1- Matawang - Tukar sesiap matawang. Namun di Vietnam diorg masih terima USD, RM dan Dong (matawang negara Vietnam)

2- Pastikan jangan lupa passport dan dokumen masa nak ke airport

3- Sampai di Airport Saigon, cari simcard kalo ingin terus menggunakan data plan, kalo tak, berharap je wifi hotel k.

4-  Pemilihan teksi, kalau nak selamat pakai kupon (bayar sebelum naik), jika tahu jalan boleh menggunakan meter kerana ia mungkin akan lebih jimat.

5- Lintas jalan, di Vietnam memang sangat sibuk dengan kenderaan terutama motorsikal. Semasa mahu melintas jalan, jangan terlalu sopan, redah jer sedikit demi sedikit. kalau tak, memang takkan dapat lintas la jalan. Mujur kawan aku pakar dalam aktviti ini. die banyak mengajar. hahahaha

6- Bawak penunjuk arah kiblat.

7- Install apps currency converter kat smartphone anda, sebab ini boleh memberi kita buat perbandingan harga barangan. Almaklumlah matawang sana banyak sangat "0"

8- Dapatkan peta di kaunter hotel jika merancang untuk berjalan disekitar bandar. Ini memudahkan jika tersesat.

*Kuatkanlah semangat aku untuk meneruskan part 2. hahahahah






2 comments:

pakej percutian vietnam said...

Share la sikit tempat2 best nak beli kain. Ramai jugak yang nak tahu :)

Ada pergi warehouse x bro?

Raziman Rent Car Sabah said...

Assalamualaikum...

Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

1. Viva RM90
2. Myvi RM120
3 Saga RM120
4. Alza RM140
5. Exora RM150
6. Avanza RM170
7. Vios RM180
8. Urvan RM230

Homestay RM100.00 semalam

Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
0129600702 (Whatsapp)