Pengalaman Di Osaka, Jepun - Day 1

Lama jugak tak update blog, sementara ade sedikit ruang ni boleh la menaip sikit.

1 March 2017
Bersama Suri Hati telah lama merancang untuk ke Negara Matahari Terbit ini... Namun beberapa kekangan sebelum ini membantutkan perancangan. Namun, tanggal 1 March 2017 akhirnya menjadi satu tarikh yang memberi kenangan buat kami. Akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki ke Osaka, Japan!

Bersiap sedia!!!

Seawal 5 pagi kami tiba di KLIA, memandangkan waktu penerbangan kami adalah pada jam 8pagi. Jenuh jugak berbaris untuk check in. 

Penerbangan yang di ambil adalah menuju ke Kansai Airport. Penerbangan mengambil lebih kurang 6 jam 30 minit.  Untuk travel kali ini, aku tak banyak buat research sebab suri hati lebih banyak buat kajian... so biarkan jer die dengan perancangan die... (padahal aku malas nak survey2 ni).. Aku banyak mengikut jer itinerary yang dah beliau buat.. TAPI, aku banyak jugak baca pengalaman dan juga bertanyakan kepada beberapa individu yang pernah menjejakkan kaki ke sini. Kira takde la zero langsung.. ehhehehehe

Penerbangan Lebih 6 Jam.
Selesai urusan check in, kami pun mula terbang menuju ke Kansai Airport. (kami tidak ambik perkhidmatan luggage- kekonon nak travel bagpack style - jimat). Penerbangan lebih 6 jam ini agak memenatkan... ehhehehe .. ekonomi seat katakan... Namun tak terlalu tersiksa untuk individu yang kurang inci macam aku neh.. just nice la.. hehehehehe...

 Nak terbang dah :)

Kat atas flite kami ade gak la booked makanan memandangkan tak sempat pun nak breakfast sebelum terbang. sekurangnya nanti sampai kat Kansai, takde la terhegeh2 nak gi cari makan semua.. Boleh terus ke penginapan...

 Ni menu bfast aku

 Ni pulak menu breakfast yang wife aku order

Semasa dalam penerbangan pramugari/pramugara akan mengedarkan borang declaration dan juga borang perjalanan. Jadi pastikan anda membawa pen dan ini memudahkan anda mengisi borang-borang tersebut, takde la tergagau nak pinjam pen orang lain.. heheheehe

Landed dan Borang Perjalanan.
Bangun makan tido, bangun makan tido di atas flite lebih 6 jam, akhirnya kami selamat tiba di Kansai International Airport. 

Perkara pertama yang dilakukan adalah.... Naik satu train yang akan membawa kita ke bahagian utama lapangan terbang atau balai ketibaan.. Naik train tu takde la lama pun.. rasanya tak sampai pun 5 minit....

Tiba di bahagian imegresen, pastikan borang-borang yang diedarkan semasa dalam penerbangan siap diisi. Ini akan melancarkan proses semakkan pihak imegresen. 

Aku mempunyai masalah sedikit bila alamat penginapan aku tidak lengkap.. Masa tu isteri dah lepas pihak imegresen.. Alamat penginapan pulak ada kat beliau... Haruuuu... Lagi haru bila orang yang semak borang tu tak fasih berbahasa inggeris. Aku asyik dok sebut "questhouse" ... Ahahahahhaha... die lak dok tunjuk2 kat bahagian alamat pada borang... Matilanakkkkk.... Wife lak langsung tak jeling kat aku... Aku senyum dan masih sebut "guesthouse" ..Akhirnya die lepaskan jugak.. Mayb malas nak melayan aku.. 

Solat Di Airport Kansai.
Buat pengetahuan, Airport Kansai ada menyediakan ruangan solat buat para muslimin dan muslimat... Terletak pada aras 3.

 Selesa solat disini.. tapi time nak ambik wuduq..... sejuknya sampai ketulang .. hehehe

Memandangkan semasa kami tiba sudah jam 3petang lebih, kami perlu menunaikan solat zohor dan asar secara jamak. Sebab perjalanan ke penginapan mengambil masa lebih kurang satu jam.. Silap haribulan termasuk sudah waktu maghrib.

Ruangan solat di Kansai Airport agak selesa, tersedia kain pelikat, songkok dan juga sejadah... 

JR Passes.
Sepanjang di sini, kami akan banyak menggunakan perkhidmatan train. Isteri dah banyak buat survey... Tempat-tempat yang bakal kami lawati banyak menggunakan khidmat JR. Sama seperti Malaysia juga, train kat sana terbahagi kepada beberapa jenis... Kalo kat Malaysia kan ade star lrt, monorail, komuter dll... disana juga sedemikian.. Jadi kena tahu perkhidmtatan/pass mana yang kita nak gunakan sepanjang disana. 

Isteri dah beli online passes JR terlebih dahulu.. Sebab akan dapat potongan harga kalau kita beli secara online...  Passes  dijual mengikut jumlah hari yang diperlukan.. Macam kes kitorg, 4 hari passes sudah mencukupi.  Harga dalam 6300 yen bersamaan lebih kurang RM250/person.

Jadi selepas saja solat, kami menuju mencari kaunter JR Passes untuk mendapatkan passes yang telah ditempah secara online.

Kat sini la kami collect ticket yang dah kami booking terlebih dahulu

JR Passes

Ni lak tiket nak ke lokasi Air BnB

Yaeko Guesthouse di Temma Station
Setelah mendapatkan JR Passes, kami berlari2 anak(sebenarnya berlenggang jer) menuju ke station tujuan ke Temma...  Sepanjang berkampung di Osaka, kami akan menginap di Yaeko Guesthouse yang terletak tidak jauh dari Temma Station.

Perjalanan menggunakan train menuju ke Temma Station mengambil masa lebih dari satu jam. Sepanjang perjalanan, aku begitu kagum dengan apa yang aku lihat.. Suasana tenang dengan permandangan yang indah... Sekarang aku dapat rasakan suasana sebenar yang selalu aku lihat kat kaca tv... Terutama dalam siri Doraemon dan jugak Shin Chan.. EH!!!


Suasana di dalam train juga menarik perhatian aku.. Semua sangat teratur dan behave.

Sejam lebih... Akhirnya tiba diTemma Station.. Berpandukan peta yang owner AirBNB  beri, kami pun mula mengorak langkah.... Tak sampai 10 minit, kami tiba di depan pintu rumah tersebut.. YEAY! Nampak katil je dalam bayangan buat masa sekarang.


Night Walking 
Rugi rasanya jika travel tapi meghabiskan masa dibilik. Kami membuat keputusan untuk meninjau sekitar kawasan guesthouse. 

Suasana yang tenang buat aku rasa bahagia sangat! eh terlupe lak nak mention suhu semasa disini... Sejuk ya hoiii... walaupun sekadar 10 darjah celcius, namun sejuknya sampai ketulang... Mujur la kawan baik aku yg sorang tu bekalkan aku winter coat dan beberapa helai baju yang bersesuaian... So hilang sikit la sejuk tu.. hehehehe...

Lokasi pertama adalah Tenjinbashi-suji, shopping street terpanjang kat Osaka, lebih panjang dari Shinsaibashi-suji yg popular tu ha.. kagum tak kagum tak?

 Pakaian luar dan dalam aku tu ditaja tu! ahahahaha... Ni jejalan sekitar Tenjinbashi-suji

Banyak jugak yg menarik perhatian kami sekitar kawasan penginapan... yang paling menariknya, terdapat shopping street yang amat panjang dimana pelbgai barang dijual disitu.. dari pakaian, makanan hinggalah pelbagai barangan yang tak pernah dijumpai di Malaysia... (sebenarnya banyak jer barang yang tak pernah aku jumpa ada disini).

 Portable wifi yang disediakan oleh pihak air bnb .. sangat membantu ok!!! free!!

Tido dan Menanti Hari Esok.
Dah penat berayau-rayau... Kami pun balik dan lelapkan mata.. Wife aku cakap, aku letak je kepala tak sampai 3 minit dah start berdengkur.. ahhahahahaha.. penat sangat gamaknya..... So tak sabar menanti hari esoknya... Kemana kite esoknya?? nantikan entri seterusnya....








AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

Post a Comment

Previous Post Next Post