Cintailah musuhmu...kerana dia akan menunjukkan kesalahan-kesalahanmu...

Untuk menjadi terlalu sempurna, adalah mustahil buat diri kita....



Setapak demi setapak langkah ini tertatih, kekadang tersungkur rebah menyembah bumi...Kekadang kesilapan datang dan pergi, betah singgah disudut hati seorang lelaki bernama "aku "

Di pentas dunia yang tiada belas ini, kita harus yakin dengan apa yang mampu kita lakukan.. kesilapan itu mungkin terjadi berkali2... kadang2 kebisuan menjengah takkala kesilapan itu sentiasa singah dalam kehidupan ini..bibir tak terkata.. minda tak berfungsi...sukar zahirkan apa yang perlu dibaiki... was-was menjemput diri....

Mata kekadang menggantikan bibir untuk bersuara...namun fahamkah apa yang ingin disampaikan melaui alis mata itu jika kita tidak lafazkan dengan kata-kata?

Seringkali kita tidak tersedar telah terlanjur melakukan kesilapan...Hadirlah seorg yang bergelar musuh yang tak pernah kita inginkan.... Musuh selalu akan melihat setiap kesalahan yang kita lakukan dan akan memberi kritikan yang terlalu bersifat telus dan jujur, jika kita melakukan kesilapan....sentiasa perhatikan dan menunggu kita melakukan kesilapan...

Mungkin ayat yang disusun kali ini agak berkecamuk dan sukar untuk difahami, namun tujuan entri kali ini adalah....

◙ JANGAN HANYA LIHAT KEBURUKAN DARI APA YANG DIKATAKAN OLEH ORANG YANG MEMBENCI KITA, NAMUN AMATI DAN NILAI DARI SUDUT POSITIF ◙


*Campakkan orang yang gagal bercinta dalam sebuah kilang makanan, pasti dia akan mati kelaparan... Tapi campakkan seorg yang penuh dengan kecintaan dipulau tak berpenghuni, pasti dirinya hidup dan terus segar dipulau terasing itu...






........................................................................
Cintailah musuhmu...kerana dia akan menunjukkan kesalahan-kesalahanmu... Cintailah musuhmu...kerana dia akan menunjukkan kesalahan-kesalahanmu... Reviewed by AdyBudika on 3/05/2011 06:25:00 PM Rating: 5

8 comments:

  1. nice~ 99%..:)

    (tolak 1% sebab tak justify...hish!)

    kadang-kadang, musuh itu lebih patut dihargai daripada dibenci...

    ReplyDelete
  2. dah2..heheheheeh..dah justify :) so dapat markah penuh...

    ReplyDelete
  3. alamak! hahahaha~ adessss...baru perasan..-_-" tak logout dulu tadi...-_-"

    ha, okie~ 100%...:D

    ReplyDelete
  4. erm.. ingatan bt diri..
    tp an, susah gaklah na digest ayat2 neyh..hehe :)

    ReplyDelete
  5. musuh juga merupakan satu anugerah agar lebih matang dan tahu akan diri kita yang sebenarnya.. nice entry..

    ReplyDelete
  6. saya singgah dan mata ternampak entri ni...baru komen benda yang sama kat blog iffah...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.