Puding Kuah Kastard Berjelly Resepi Kak Ummi

Sabtu.. Hari ni keje petang... sesambil tu terfikir pasal tepung kastad yang dah dibukak beberapa hari lepas... Terus belek2 resepi yang menggunakan tepung kastard.. Hehehehe..Akhirnya jumpa jugak satu resepi simple dari Akak Ummi.. Terus ambik keputusan untuk membuat:

Puding Kuah Kastard Berjelly




Bahan-bahan :
Untuk Kastad:-
  • 200 gm tepung kastad
  • 2 liter air
  • 1/4 cawan gula
  • 1/3 cawan susu sejat Ideal

Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat. Akhir sekali tuang susu sejat. Kacau-kacau sebentar hingga rata. (Jangan terlalu kental). Bolehlah dituang ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil. Sejukkan.

Adunan yang dikacau sehingga likat

Puding Kastard yang sudah dipotong ( Ady takde acuan yang cantik2..so letak dalam tupperware jer sebelum potong )

Untuk Kuah :
  • 1 1/2 tin susu sejat Ideal
  • 3/4 tin air
  • 1 cawan gula
  • 2 biji kuning telor - pukul sikit
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 helai daun pandan/perisa pandan

Campurkan semua dan masak hingga mendidih. Sejukkan.

Akak Ummi menggunakan coktail dan buah2an segar untuk menambah rasa dalam puding beliau.. Tapi memandang kemalasan melanda, Ady malas untuk turun beli semua tu.. So ady cuma letakkan jelly yang ada tersimpan dalam peti sejuk.. hehehhehe... 

Oleh kerana Ady takde coktail, jadi ady gantikan dengan jelly buah-buahan.. ada rasa masam2 sikit 


Untuk resepi asal.. Leh ke blog milik akak Ummi ---> DISINI


Selamat Mencuba!!!
AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

12 Comments

  1. gambar puding tengah kacau ada kat twitter. Hehe! :D
    sadap!

    ReplyDelete
  2. mcm ada tepung kastard lebih je kat dapur tu..

    bleh try resepi ni..hee

    ReplyDelete
  3. mekasih ady..
    *nyum2! nak try wat laaaa..! :))

    ReplyDelete
  4. tapiiiiiiiiiiiii (cinta bukan milik kita~~~) kalo ada mango jelly mesti lagi sedap kan???? :p

    ReplyDelete
  5. aiyooooooooo!! sedapnyeeeee...rasa nak wat sekarang..tp kena wat kat rumah nnty jela...sob3x

    ReplyDelete
  6. ain kalau nak jimat lagi..guna kuah air soya je..pun sedap..=)

    ReplyDelete
  7. waah2 header blog dh bertukar ah...blupp sedapnya lapar sungguh tgknya nk try buat la hikhik

    ReplyDelete
  8. sedapnya!
    rajin betul chef ady ni..heheheee

    ReplyDelete
  9. isk...kalau la boleh hulur mangkuk kosong untuk dapat sedikit puding tu...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post