Big Bang Live In Malaysia 2012 - Review [Kini Aku VIP]

Aku mungkin seorang yang kurang arif dalam hal-hal kpop.. Namun atas tuntutan keje aku akhirnya mula libatkan diri dalam dunia yang agak asing bagi aku ini.. Mulanya bagi aku kpop satu genre muzik yang agak biasa.. Sebab bagi aku dalam hati aku cuma ada lagu2 melayu lama.. seiring dengan usia aku yang agak lanjut ini.. 

Setiap hari aku akan edit muzik video untuk lagu2 kpop.. hari demi hari minat mula muncul dalam diri aku... Tapi bukanlah seorang yang Fanatik.. Aku akui aku akhirnya mula sukakan lagu2 sebegini.. Agak layan jugakk.. Mula2 aku tertarik dengan lagu2 dari T-ara.. 

Dipendekkan cerita bagi berkongsi sedikit mengenai Big Bang konsert malam tadi... Beberapa bulan sebelum konsert, aku ada membuat liputan mengenai penjualan tiket bagi kumpulan kpop ini.. Aku jadi hairan melihat sambutan yang amat luar biasa.. sehari sebelum penjualan tiket sudah ramai yang mula berbaris dan sanggup bermalam di shopping complek tersebut bagi mendapatkan tiket bagi menyaksikan persembahan kumpulan ini... Jadi aku terdetik untuk menyaksikan sendiri apa yang membuatkan ramai begitu mengkagumi kumpulan ini.. dari adik2 sekolah sehingga pakcik2...

Malam tadi... Aku dengan jasa baik team 8TV Nite Live akhirnya berjaya mendapatkan tiket VIP Rehearsal dan juga VIP Seat bagi menyaksikan senidri persembahan live kumpulan Big Bang ini.. 

Sampai awal, hujan, dah dapat tiket dan passes untuk masuk

Tiket2 yang aku dapat dan juga passes rehearsal yang diberikan

Aku sampai lebih kurang jam 2 petang.. tapi keadaan stadium Merdeka yang menjadi tempat berlangsungnya konsert sudah dibanjiri dengan ribuan peminat....

Sanggup berbaris dalam hujan

Bercerita mengenai persembahan rearsal mereka, Dalam keadaan hujan yang amat lebat... kami semua yang memiliki VIP Rehearsal Passes berpeluang menyaksikan mereka melakukan sound check dan juga mini rearsal.. lebih kurang 100 orang berpeluang menyaksikan persembahan rehearsal mereka ini... Tak sampai 5 minit mereka keluar diatas pentas dan mula melakukan sound check dan menendangkan 3 buah lagu... Yang lebih exlusif, Taeyang yang merupakan salah seorang ahli kumpulan ini turun pentas dan berdiri dan berjalan dihadapan peminatnya.. (walaupun hujan lebat)  Mereka sungguh sporting

Suasana ketika rehearsal.. 

Hujan makin lebat.. setelah 3 buah lagu didendangkan, kami semua bergerak keluar dari stadium.. Bagi aku ini mungkin satu pengalaman yang indah buat peminat2nya.. Tapi bukan aku yang bukannya peminat Big Bang...

Malam tiba, Bermulalah Real Konsert Big Bang.. Aku dengan bantuan pihak penaja dibenarkan masuk di Zon Vip dimana harga tiket bagi zon tersebut adalah RM688. 

Aku melangkah masuk stadium agak lambat, setibanya aku didalam stadium, aku terasa amat kagum dengan belasan ribu org yang sudah penuh didalam stadium.. Sepanjang aku cover konsert.. Yakinnya aku mengatakan bahawa inilah konsert yang paling ramai dan meriah pernah aku datang..

Opening song.. Tonight

Aku berada di depan2 pentas... Opening act bemula... Apa yang mampu aku katakan cumalah GEMPAK!!!! Dengan sound sistem yang amat bagus, teknologi yang canggih, visual yang tajam...  Sayangnya aku tidak sempat merakam aksi itu sebab aku terlalu tergamam melihat pembukaan yang begitu hebat...

Antara persembahan mereka

record pakai hdset cikai.. kualiti amat low!!!

Satu demi satu lagu dipersembahkan.. Dan setiap satu lagu mempunyai kejutan masing-masing..Yang mampu membuatkan peminat tidak rasa jemu .... Banyak lagu yang mereka persembahkan.. Walaupun ada lagu yang kurang familiar bagi aku, namun aku tetap terhibur.. sehinggalah ke lagu yang terakhir... Dan yang paling penting... mereka menyanyikan lagu secara LIVE!!!!

Antara salah satu persembahan yang mendapat sorakan yang amat gemuruh

Setelah tamat persembahan yang cukup gempak.. aku akhirnya menyedari aku terlalu teruja dan aku cuma ingin katakan.... Kumpulan ini mempunyai tarikan kuat yang tersendiri, bertenaga, mampu menyanyi live dengan amat baik, mampu menghiburkan penonton dengan tarian dan nyanyian yang amat meninggalkan kesan!!

Aku kini VIP!!!! Sedang cari balik lagu2 diorg n dengar balik :P 


*Aku rasa tidak sopan jika aku upload video dan juga gambar2 yang agak berkualiti bagi konsert ini kerana ini merupakan blog pribadi milik aku... Lebih elok jika anda sentiasa singgah official website bagi melihat liputan gambar dan video yang lebih berkualiti (ada gak ambik gambar guna hdset cap ayam.. kualiti low.. malu upload) 
AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

9 Comments

  1. de mse dgr lgu BIGBANG yg ni :

    A bad person
    Heaven
    Number 1
    Wonderful
    Make Love
    Oh A Oh
    Tell me Goodbye
    La-la-la
    VIP
    Beautiful Hangover

    Jjang !

    ReplyDelete
  2. ala... terlepas... aku teringin sgt nk tgk konsert ni... waaaaaa :'(

    ReplyDelete
  3. ooo...tak reply mesej kite semalam sebab tengah bertungkus lumus siapkan entri ni & masukkan gambar taeyang taff ek?

    ok ok...tak jadi merajuk walopun sebenarnya nak dengar dia kongsi keterujaan tu depan2...hukhuk... :(

    *ala...taeyang pakai rambut mickey mouse ke ari tu...=.="*

    ReplyDelete
  4. terima kasih utk review nie. sbnrnye sy dulu pun tk suke KPOP, tp mmg tk boleh kate tidak kat BB sbb dorg lain sgt. they're MORE. dorg bkn mcm idol2 lain, yg hnye harap muke cantik, pandai dance utk famous, they all cn sing and rap well. and utk info tentang LIVE performance, they really bad at lip sync, that's why almost every performance dorg nynyi live. and that makes VIPs love them more :)

    ReplyDelete
  5. Nice write-up Ady!~ :)

    Do check out mine too yeah http://ezts8.blogspot.sg/2012/10/25-wake-me-up-when-do-you-remember.html ;)

    WELCOME TO THE FANTASTIC VIP WORLD!~ ^^


    EZT S8.

    ReplyDelete
  6. kalau nk senaraikan lagu dorg mmg tersangat la byak..serius byk giler tp berbaloi dgr.cuba dgr lagu2 lama dorg,mst suke sbb stail hip hop.nnt cari la dvd konsert dorg,yg 2 pu gempak..welcome to the fantastic fandom..^^v

    ReplyDelete
  7. Wah! Seronok nye~ Teringin nak jumpe dorg depan2.. :)

    visit my blog http://dawnfantasy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Salam kenalan dari peminat Bigbang..
    saya follow blog ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post