Teman Bersyarat

Tak pernah ku meminta lebih dari itu....
wahai sahabatku.....


Teman,
ku hulurkan tangan tanda persahabatan,
walaupun ianya bersifat rahsia....
bersahabat.. tapi tiada org lain bisa tahu...
Teman rahsia

Teman,
ku tahu aku tak sehebat temanmu yang lain
yang bisa di banggakan olehmu
namun aku masih merasa bangga kerna bisa menjadi..
salah seorang temanmu...
walaupun dalam rahsia....

Teman...
keluar denganmu satu rahsia...
makan denganmu satu rahsia...
sms denganmu satu rahsia...
rahsia yang selama ini aku pegang dan 
sampai sekarang aku simpannya...

Teman...
tahukah kamu,
aku terlalu terharu pabila
salam persahabatan ini disambut mesra olehmu,
cukup indah perkenalan denganmu...
namun ianya rahsia....

Teman...
aku cuba berikan segalanya..
seperti temanmu yang lain...
namun aku bisa lihat...
mereka terlalu cukup hebat dibandingkan dengan aku...
tidak pernah sekali aku nampak
dirimu menyebut mengenaiku 
pada temanmu yang lain...
kerna aku tahu...
hadirku cuma satu rahsia...

Percayalah temanku...
sepanjang mengenalimu,
aku terasa begitu cukup bersyukur...
ditemukan insan yang sepertimu.....
penuh gelak tawa dan motivasi diri...
namun hingga kini aku rahsiakan semua ini...

Teman...
mungkin bukan caraku...
untuk meninggalkan dirimu...
namun aku rasa itulah pintamu...
biarlah aku mulakan semua itu..
demi tiada lagi rahsia....


Maafkan aku jika luahan ini
menggangu sedikit perasaanmu..
namun aku ingin jua luahkan semua ini...
moga ianya bukan lagi rahsia....

Aku terlalu sayangkanmu wahai teman rahsiaku....
Maafkan aku....


AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

4 Comments

  1. mungkin ada sebab dia berbuat begitu...

    kerana di sebalik setiap kejadian juga ada hikmah dariNya...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ady...sedih jer cite nyer ni...:)

    ReplyDelete
  3. tu la.. susah ada kawan yg dikenali ramai... nak tonjolkan diri.. kang dikata bukan2.... berdiam diri lak.. rasa kecik hati sorg2.. huhuhuhu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post