Tiket Tak Rancang
Tanggal 19-21 November 2019, Percutian yang tak dirancang... Beli tiket seminggu sebelum berlepas ke Krabi. Intai-intai website AirAsia, ade pulak offer tiket murah.. Terus jer book tanpa selidik terlebih dahulu tentang apa yang menariknya boleh dilakukan di Krabi.
Dipendekkan cerita, aku ajak jelah sorg anak didik aku neh.. Kebetulan dia baru sahaja selesai menjalani training. So dia pun kira on jelah.. Sementara tengah free kan? Tiket pegi-balik cuma dalam RM150 saja. Murah bukan? heheheheheh... Dah book tiket flight, tentu nak booking lak penginapan kan.. So cari punya cari ada la satu hotel yg berdekatan jugak la pantai, cuma disekitar town.. RM40/night. Nanti aku share ape beza menginap di Town ataupun didaerah lain.
Pengembaraan Bermula
Flight seawal 7.00pagi. Selepas settlekan anak2 kat rumah... Aku dengan mata yang separa bukak ni pun menuju ke KLIA2. Alhamdulillah flight berjalan dengan lancar tanpa sebarang delay.
Anak-anak makan dulu na... Saya nak travel 3 hari jer.
Welcome To Krabi Airport
Jam 7.25pagi sampai la di Lapangan Terbang Krabi. Jangan ingat masa diambil cuma 25 minit... Tapi beza waktu antara Malaysia dan Krabi adalah 1 jam... So 1jam 25minit jelah masa perjalanan.
Krabi aku datang.
Pengangkutan dan Sim Card Krabi
Setibanya di sana, perkara pertama yang aku cari adalahhhhhhhh data internet. Kalo takde data internet nanti mati kutu jugak kat sana.. Sebab kat sana nanti akan rempit sendiri jer.. so perlukan data untuk tengok waze/maps. Kat depan2 pintu kelua Arrival hall tu ada dah org jual simcard. Yang aku tertarik untuk beli kat sana adalah sebab si penjualnya boleh bercakap melayu (sepanjang kat sana memang ramai warga tempatan yg boleh berbahasa melayu). 120Baht untuk 5 hari unlimited data. Consider murah dah tu..
Setibanya di Krabi Airport. (yg ramai-ramai tu tempat aku beli simcard)
Next, aku cari pula bas untuk bawa ke penginapan di Krabi Town. Aku memilih untuk menggunakan perkhidmatan Bas selepas membuat perbandingan antara bas, private taxi or grab. Bas (90baht/person = 180Baht), ini sesuai kalo untuk travel berdua. Private taxi pula 350 Baht (sesuai kalo group travel 4 org). Manakala Grab pula dalam 400 Baht.Lagipun kami tak rushing oleh sebab check in time hotel pun lambat lagi kan?
Bas yang disebut tu bukanlah bas besar 20 penumpang tu.. Tapi van jer.. diorg akan tunggu sampai penumpang penuh baru van tu akan bergerak ke lokasi2 sekitar Krabi. Aku memilih untuk menginap disekitar Krabi Town sebab kedudukannya yang agak dekat dengan airport.. Bila dekat airport neh takde la nanti masa balik terkejar2 rushing siap awal sangat kan.. Lagipun kat sini nanti aku akan sewa motor.. Jadi takde masalah untuk aku kelua sekitar tempat2 tarikan disana.
90Baht untuk Minivan ke Krabi Town
Hotel Krabi Town
20 minit dalam van, akhirnya kami tiba di Krabi Town. Krabi Town adalah lokasi pertama persinggahan bagi van ini. Dari tempat van stop ke tempat penginapan yg aku sewa cumanya 6 minit berjalan kaki. Sesambil berjalan menuju ke hotel tu bolehlah jugak intai2 apa yang menarik kan. Sampai di lobby hotel jam 10 pagi... Disebabkan belum ada bilik yang ready, kami pun cari la tempat untuk breakfast sekitar hotel.. Alhamdulillah ada satu restoran halal berada disebelah hotel tempat kami menginap. Hawa Restaurant. Menu yang aku pilih adalahlah roti canai dan thai iced tea. cuma 30 Baht. Dah cukup berbaloi tu.. Hehehhehehe.. Pada masa yang sama aku book pula private taxi untuk ke airport time nak balik nanti.. Booking awal sebab takyah fikir dah nanti.. Kali ni aku terpaksa ambik private taxi sebab lebih selamat memandangkan waktu flight awal pagi pada hari aku balik nanti. 300Baht compare Grab 500Baht.
Krabi Heaven Hotel
Jam 11pagi akhirnya dapat check in... Lebih awal dari sepatotnya (2pm waktu check in). Dah dapat bilik tu perkara pertama yg kami buat adalah Napzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...
Nap time!!
Sewa Motor Di Krabi Town.
Setelah badan dah segar selepas nap, kami pun turun untuk mencari moto untuk disewa. Sebab memang dari awal lagi kami merancang untuk menyewa moto sepanjang 3 hari disini. Ikot pengalaman beberapa kali travel, adalah lebih sesuai kalo sewa motor motor ditemapt yg berdekatan dengan hotel. sebab lebih mudah untuk proses mengambil dan memulangkan motor tu nanti.
So kami pun uturn dan mulalakn mengintai2 tempat yg menyediakan perkhidmatan sewa motor. Jangan risau kerana di Krabi town terlalu banyak kedai yg menyediakan perkhidmatan motor sewa.
Kami singgah disatu kedai, dia menawarkan harga 250 baht/day... Jadi dua hari 500 Baht. Berkat kebolehan aku berbahasa thai, akhirnya kami mendapat harga 350 Baht untuk dua hari.. Ceewahhh.. happy okeh...So kami pilih la motor yg kami rasanya paling bagus kondisinya. Yeahhh, dah ada kaki nak bergerak jauh!
Ini jelah satu-satunya gambar moto yang sempat ambik gambar.
Ruen Mai Restaurant Krabi.
Setelah beli tiket seminggu sebelum travel, saya ada gak la intai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Krabi.. Salah satunya adalah Ruen Mai Restaurant Krabi. Apa yg menariknya restauran ini adalah kerana senibinanya yg unik. Yes, restauran ini bukanlah dari senarai restauran halal. Namun aku kesini hanyalah untuk melihat sendiri keindahan senibinanya. Jadi aku sekadar memesan air kelapa dan air minireal.
Cantik kan suasana restauran ni?
Meng ji kin arai?
Kebetulan waktu aku pegi kedainya sudah hampir ditutup.. Restauran ni buka untuk dua shift.. pagi dan petang... Dibawah ni waktu operasi restauran ini. Restauran ini dibuka setiap hari pada jam 10.30pagi-3petang, dan akan dibuka semula pada jam 5petang hingga 9.30 malam
Tertarik dengan suasana disini.
Kemain tekun ni ambik gambar sekitar restauran.
Ao Nang Beach
Selesai minum air kelapa kat Ruen Mai Restaurant, kami merempit ke Pantai Ao Nang. Secara kebetulan aku memang ada janji nak jumpa dengan seseorang di sana.. Dah lama dah plan nak jumpa.. Tapi beliau di Bali.. Kebetulan kali ini waktu travel kami tersama pula.
On the way hujan lebat mencurah-curah la pulak. singgah la kedai2 ditepi jalan.. Nampak pulak kedai makan halal.. Kat kedai makan tu jual lak maknan halal.. Makanan die ya amponnn sedapp... Kami makan nasik campur.
Aroiiiiiiiiii
Hujan lebat okeh!! mencurah2.
Hujan berenti, kami meneruskan perjalanan... Selepas settle berjumpa akak Bali, kami terus memecut laju ke Ao Nang Beach untuk menikmati suasana sunset disana... Ao Nang Beach merupakan kawasan yang happening jika dibandingkan dengan lain2 tempat di Krabi.. Disini ramai yang memilih untuk stay. Hotel banyak, gerai2 banyak, night live... Tapi kedudukan yang jauh sedikit dari airport Krabi membuat aku tidak memilih untuk tinggal disini...
Inilah Akak Sam yang dah hampir setahun nak jumpa tapi tak jumpa2.
Mercu tanda Ao Nang Beach!
Sempat neh makan pulut mangga.. Tapi rasa pulut mangga kat kedai ni 0.5 bintang saja aku bagi!!!
Pasar Malam Krabi Town.
Balik Ao Nang Beach, kami meluncur laju kembali ke Krabi Town.. 30 minit jugak. Krabi memang terkenal dengan tarikan night market.. Di Krabi Town sendiri mempunyai beberapa night market.. Untuk hari pertama, kami memilih night market di tepi pantai "Krabi Night Street Market". Disini terdapat juga banyak kedai2 menjual makanan halal dengan harga yang amat berpatutan.
Jalan-jalan sekitar Krabi Night Street.
Kami memilih untuk makan lagi.. Ahahahah seharian asyik makan jer... Kali ni kami makan Phad Thai dan juga Nutella Pancake. Mcam satu kemestian pula, pemilik kedai boleh bercakap bahasa melayu. Aku sempat sambar serunding ikan kat sini.. Aroiiii ching ching.
Di Krabi Town ada banyak pasar malam, so esok malam kita cover pasar malam lain pulak naaaa....
Tido Di Hotel.
Setelah penat seharian berjalan, kami pun balik la ke hotel untuk melepaskan penat lelah.. ahahahaha.. agak mengecewakan apabila ada nyamuk.. Sedeh!!!! yer la kan, what u expect dengan hotel cuma RM40. Bilik yang selesa, cuma ada nyamuk sikit jer.. Kalo dah tido ni sure tak sedar diri gak...
Mata dah mengantuk, jadi dah boleh tido sebab esok sesudah subuh nak pegi satu tempat yang aku betul2 ingin pegi.. My top list!!!
Nanti aku sambung entri hari kedua di Krabi okeh...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Tips hari pertama.
1- Dapatkan simcard yg sesuai untuk kegunaan kita (kalo pegi 3 hari jangan la ambik data plan yg seminggu)
2- Di airport tu dah banyak kedai jual simcard.. Harga memang tak beza pun dengan kat luar.
3-Check harga Grab ke lokasi tempat anda ingin tuju. Kemudian compare dengan tawaran harga yg ditawarkan (selalunya pengangkutan diorg akan kurangkan dari apa yg harga grab tawarkan)
4-Kalo solo/duo traveler lebih baik ambik minivan/bas .. Lebih jimat (Kalau tak rushing la). Jauh lebih jimat.
5- Try mintak kurang untuk pengangkutan. Insyallah boleh.. Sewa motor/kete.
6- Makanan halal banyak boleh dapat kat Krabi.
Bersambung di Pengalaman Ke Krabi - Part 2
Krabi is one of my wish destination from long time ago...mudah2an ada rezeki untuk ke sana nanti...
ReplyDeleteJomm Sunah, Sis ko dah tau dah macam mana nak ke sana semua. Dah ada port dan pakej.
DeleteDapat aje tiket murah ayuhlah kita heheheh
Yaa macam aku family, kami sewa kereta hari kedua tu 1000baht 24jam guna.
ReplyDeleteSimkad tu aku beli kaunter Klook dapat 100baht je.
Aku pulak tak suka bandar Krabi tu, macam bandar mati je aku nengok hahahaha.
AoNang Beach aje yang memang happening, sebab tu aku stay sana, jalan kaki je menuju ke atas.
Puas makan seafood aje kat sana.
x pegi james bond island kahh? hehehe
ReplyDelete