Pengalaman Ke Krabi - Part 2 (Dragon Crest Mountain - Khao Ngon Nak)

Sambungan dari entri Pengalaman Ke Krabi - Part 1


Dragon Crest Mountain - Tengok dulu pic aku ni naa. Sure teringin gak nak pegi!

Bangun Pagi Dan Mengembara
Seawal jam 4.30 pagi bangun dan mandi untuk ke lokasi utama. Sebenarnya tujuan utama aku ke Krabi adalah kerana tertarik dengan Dragon Crest Mountain..Alamakkkkkk shower room takde water heater la pulak.. Serius sejuk sampai ketulang mandi awal2 macam neh!!

Bagaimana Cara Ke Dragon Crest Mountain?
Sesudah subuh kami pun start motor menuju ke daerah Nong Thale, Mueang Krabi District. Jaraknya lebih kurang 20Km dari Krabi Town. Lebih kurang 30 minit dari tempat penginapan kami. Sebenarnya aku tak sempat pun kaji sedalamnya pasal mountain neh.. Nampak gambar media sosial bukan main gah lagi.. so tertarik la nak turut merasai sendiri pengalaman kat sana.

Kami bertolak dari Krabi Town.. Dalam 20km 

Breakfast Murah
Redah jer. Pasang waze dan ikot jer mana die nak bawak. Sepanjang perjalanan suasana agak sunyi.. Sebab awal pagi kan.. Setelah hampir 20 minit rempit, perut meminta untuk diisi lak.. Ada pula satu kedai ni, nampak sorg akak bertudung tengah siap2 makanan untuk dijual.. Ape lagi??? Kami pun singgah untuk makan kat sini...

Pemilik kedai ini tak pandai berbahasa melayu ataupun inggeris... Mujur la aku boleh la jugak cakap thai sikit2.. (Bahasa Thai Malaysia dan Thai Thailand ada beza sikit). Gigih la neh ambik beberapa jenis kuih dan juga nampak pulak pulut dengan ayam goreng... Fav aku neh!!! Memang sambar je yang tu!!!

Ni Menu aku... Pulut ayam dan juga onde2

Pemilik kedai amatlah baik hati, sentiasa senyum tak lekang dari bibir.. Tiba part nak bayar... Aku dah tanye berapa harga makanan yang kami makan... Aku macam tak percaya dengan harga yang die sebut.. atau pemahaman bahasa thai aku salah.. Then aku hulurkan note 500Baht kepada dia.. Dia cakap sekali lagi.. Hurmmm takkan la 30Bath saje??????? Then die ambik wallet aku, ambik 20Baht dua keping dan kembalikan 10Bath. Ya Ampunnn memang harga makanan yg pelbagai tadi cuma 30Baht. Pulut ayam, Nasik lauk daging, kuih muih dan air. Apa lagi.... kami pun pegi la pilih lagi makanan kat depan tu.. aahhaha.. Setiap satu pack cuma 10Baht.

Tiba Di Kaki Gunung
Setelah perut diisi, kami meneruskan perjalanan ke kaki gunung.. Lebih kurang 10 minit dari tempat breakfast aje. Sampai dikaki gunung, sunyi sepi suasananya.. Perkara pertama terlintas dalam fikiran aku adalah "Betul ker lokasi yang waze bawak neh?" Jadi aku ambik keputusan untuk bertanya pada seorang pakcik yg kebetulan ada di salah satu pondok disitu.. aku tunjukkan gambar yang aku simpan dalam phone.. dia mengangguk sambil tunjuk jalan masuk dikawasan itu..

Khao Ngon Nak aka Dragon Crest Mountain


Mungkin juga weekday, sebab itu tak ramai orang yang datang. Ok, kami pun memulakan pendakian dengan rasa yang penuh segar.. ye la kan, suasana sejuk2 pagi kan...

Laluan ke puncak. 4.7km jer. tapi...


Laluan Mencabar Tapi BERBALOI
Lebih kurang sejam pendakian, aku mula rasa penat.. time tu saje la nak belek phone, mana tau boleh scroll-scroll media sosial.. takde la rasa penat sangat.. Coverage takde okeh! ahahahahahah.. so dengan pasrah teruskan pendakian.

Sepanjang pendakian terpaksa la menempuh beberapa cabaran jalan berbatu, tangga licin, tanah liat lecak sebab Krabi kehujanan sehari sebelum. Setelah hampir 2 jam mendaki kami tiba di puncak yang menjadi matlamat aku. Time tu ada 3 org warga tempatan yg sudah berada disana.

Masa ni tengah cari spot bergambar yang popular ituuuu

Gigih mencari spot ambik gambar.. tak jumpa-jumpa pulakkkkk.. so pusing balik untuk bebetul cari.. mujurlah warga tempatan tadi pernah datang, jadi kami pun ikot jelah diorg..

Spot Bergambar
Akhirnya!!! Yeay!!! sampai punnn... Tapi.... Sebenarnya untuk bergambar disitu adalah satu risiko yang agak mancabar. Faktor keselamatan yang amat rendah. Untuk bergambar di salah satu spot, aku perlu berjalan kehujung batu hanya berbekalkan seutas tali.. Errr.. tapi kalo nak diikutkan kawasan tu diorg pagarkan.. Maksudnya dilarang masuk kot naa.. Ahahahaha.. Risiko tanggung sendiri la kalo apa-apa terjadi.. Namun puas hati juga sebab akhirnya tercapai juga untuk ambik gambar kat spot tu.

Tengok jelah gambar kat bawah.. BERBALOI!!!





Bila dah atas tu, rasa macam taknak turun.. ahhahaha bukannya apa, terbayang kene tempuh lagi perjalanan dua jam lebih tu.. Tapi gagahkan jugak.. Takkan nak tido atas sana lak kan.... Sepanjang perjalanan turun, kami baru nampak orang mulai ramai..


Behind The Scene.. Amacam gayat tak? ehhehehe

Perjalanan Turun
Perjalanan turun jauh lebih mudah.. kerana tak perlu banyak mendaki.. Namun terpaksa stop apabila bertembung dengan lain-lain pelancong yang mula mendaki.

Pengalaman yang best!

Bila aku belek balik jam, Rasanya kami bermula jam 7pagi dan tiba kembali di kaki gunung pada jam 12... 5 Jam in total.. Bagi aku Dragon Crest Mountain adalah lokasi TERBAIK di Krabi.

Masa dikaki gunung baru aku sedar rupanya ada ranjer yang bertugas.. Maksudnya setiap kali ingin mendaki perlu tulis nama sebelum memulakan perjalanan.

TEMPAT PALING MENARIK DI KRABI bagi pandangan pribadi aku.

Perjalanan penuh liku


Tips ke Dragon Crest Mountain.
1- Pastikan pakai pakaian yang sesuai- kasut, baju. Elakkan pakai selipar. (tak payah nak ootd sangat).
2-Bawak air. Sebab memang gerenti akan haus sebab perlukan masa lebih kurang 5 jam kat sana(melainkan anda seorang yg mendaki secara pecut)
3-Agak bahaya kalau mendaki semasa hujan. Sebab batu dan tanahnya licin.
4-Pintu masuk sebenarnya mula dibuka jam 8pagi. Tapi boleh masuk lebih awal bagi menikmati sunrise kat sana.
5-TIADA bayaran masuk, namun kalo baik hati bolehlah bagi tips kat ranjers selepas tamat pendakian.
6-Kalau free and easy traveler macam aku ni, better pegi sendiri.. Sebab ade juga baca blogs lain, diorg cakap kena bayar almost 1000Baht. Mahainyaaaa..








Pengalaman Ke Krabi - Part 2 (Dragon Crest Mountain - Khao Ngon Nak) Pengalaman Ke Krabi - Part 2 (Dragon Crest Mountain - Khao Ngon Nak) Reviewed by AdyBudika on 11/23/2019 01:43:00 PM Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.