Day Trip Ke Singapore - Bas Dari Kuala Lumpur

Tanggal 20 December 2019, Aku, Isteri dan team berpeluang menjejakkan kaki ke Kota Singa buat kesekian kalinya. Tapi kali ini agak berbeza dengan yang sebelumnya. Kerana kali ini kami pergi menggunakan perkhidmatan bas dari kuala Lumpur terus ke Singapore.

Trip Ke Singapore

Hadiah Anniversary.
Bermula dengan usikkan my wife di ruangan komen bersama Efa Nur Travel. My wife ada berseloroh dengan pemilik Travel agensi tersebut dengan bertanyakan mengenai samada tiadakah pakej perlancongan yang ingin dihadiahkan sempena anniversary kami. Dari komen jenaka tu, Efa menyatakan bahawa dia akan sponser percutian ke Singapore sekiranya kami berdua berkelapangan pada 20-21 December 2019. Pada mulanya aku baca komen-komen tersebut sebagai satu seloroh dari mereka berdua.. Rupanya Efa benar-benar mahu menaja percutian kami kali ini.Alhamdulillah. Thanks Efa!

Thanks Efa Nur Travel

Win and Win Situation.
Sejenis Ady ni bukannya suka kalau tiada kelebihan pada org yg berbuat baik padanya. Jadi aku mengambil keputusan untuk membantu Efa mencari lebih ramai ahli untuk menyertai trip kali ini.. Alhamdulillah, akhirnya ada la jugak beberapa orang yang ingin turut serta.. Sure lebih menarik neh.. Sebab ada diantara yang ingin turut serta tu kawan dimedia sosial namun masih belum berkesempatan untuk bertemu muka. Alhamdulillah. Aku turut membawa dua anak didik aku.. Amad dan juga Mohammad

Pakej yang ditawarkan oleh Efa Nur Travel

20 December 2019 (Bertolak)
Seperti yang telah dirancang, kami perlu berada di KL Sentral jam 9.30 untuk tujuan pendaftaran dan juga perlepasan. Sebelum berkumpul tu aku dan juga Amad dah beli bekal untuk makan dalam bas nanti.. Owhhh, trip kali ini menggunakan perkhidmatan bas.. Ala-ala rombongan Cik Kiah githuu...

Perut minta diisi, jadi kami pun pegi dinner dulu sebelum ke lokasi berkumpul.. KFC sajork. Kat KFC jumpa la dengan Zamri, rakan mediasosial yang rasanya dah lama aku kenal tapi belum berpeluang bertemu muka. Alhamdulillah, trip kali ni menemukan kami. Lepas makan terus ke tempat berkumpul.. Mak iahhh, rupanya situ memang port orang ramai berkumpul menunggu bas (Depan Maybank - ERL Departure).

Dah ramai tunggu untuk naik bas.


Aku, Amad, Zamri dan bekal dalam bas

Setelah cukup semua ahli rombongan, kami terus masuk ke dalam Bas dan terus menuju ke selatan tanahair (Masa bertolak terlewat setengah jam dari perancangan awal kerana berlaku kesesakkan bas dihadapan tempat mengambil penumpang- Bertolak Jam 11malam)

R&R Gelang Patah.
Sepanjang perjalanan, agak sukar untuk aku lelapkan mata.. So aku banyak makan jelah.. eh makan!

Ketika perjalanan menuju ke selatan, ada beberapa check point untuk bas berhenti bagi mengambil penumpang yang bukan dari Kuala Lumpur. Antaranya Senawang dan beberapa lokasi lagi. My wife dan Mohammad pula akan tunggu di R&R Gelang Patah kerana mereka tinggal di johor.. Jadi mudah bagi mereka untuk terus tunggu disana...

Setelah lebih kurang 5 jam, kami selamat tiba di R&R Gelang Patah. Disini kami akan mandi segarkan diri, breakfast dan juga solat. Ketika tiba disini, sudah ramai orang yang majoritinya ingin ke Singapore juga. Nak mandi pun kena baris. Orang ramai kann.. Baris pun baris la, janji badan segar..

Namun... Time turn aku masuk untuk mandi, dengan yakinnya aku pun bukak la pakaian. Nak mandi kan, so kena la bukak.. Alangkah terkejutnya aku bila pandang di bahagian atas toilet tempat untuk aku mandi tu ada cermin, yang memang boleh nampak orang sebelah... Haiyooo... Terus aku pakai balik baju.. ahhahahaha.. Aku tak tau la orang-orang sebelah aku tu tau atau tak yg ada cermin dibahagian atas tu.. Kalau disiang hari mungkin tidak nampak reflection sebab cerah. Namun dimalam hari, begitu jelas yer bentuk orang disebelah.

Kesimpulan yang org tak tau pada pagi tu, aku tidak mandi! ahahahahaha.. aku sekadar cuci muka.. basahkan rambut...

Breakfast dan Solat.
Sarapan kami pagi itu memang disediakan oleh pihak Efa Nur Travel. Nasik lemak dan juga tea. Alhamdulillah... sedap, cuma sejuk .. ehhehehehe... Tengah makan tu, My wife dan Mohammad sampai... Namun dia terus ke surau kerana ingin terus solat apabila masuk waktu.

Sarapan secara santai di R&R Gelang Patah.

Selepas solat, kami berkumpul semula untuk menaiki bas dan bertolak ke Singapore.

Imegresen Singapore.
Tiba di Imegresen Singapura lebih kurang jam 7pagi. Tapi oleh kerana terlalu ramai yang berbaris panjang, urusan pada hari tu lebih kurang 2 jam jugak baru selesai. Sejarah berulang apabila Amad (My Downline) ditahan pihak imegresen atas alasan yang kurang jelas hingga hari ni.. Amad dah dua kali ke singapore, kedua-dua kali dia ditahan pihak Imegresen. Tapi dari apa yang diberitahu, nama Amad terlalu common dan ramai yang mempunyai nama yang sama.

Dah lepas pihak imegresen, kami pun memulakan trip yang agak terlewat sedikit.

Ok, entri seterusnya aku akan cerita Apa Yang Menarik yang boleh dilakukan dalam masa sehari di Singapore.

Bersambung di ---> Day Trip Ke Singapore - Tempat Menarik (Part 1)
dan
Day Trip Ke Singapore - Tempat Menarik (Part 2)

Untuk tahu pakej menarik dari Efa Nur Travel, bolehlah contact mereka di ----> EFA NUR TRAVEL
Day Trip Ke Singapore - Bas Dari Kuala Lumpur Day Trip Ke Singapore - Bas Dari Kuala Lumpur Reviewed by AdyBudika on 12/26/2019 07:52:00 PM Rating: 5

1 comment:

  1. bahahahhahhahah! tak mandi rupanyaaa! heyy, nipu eh bila orang tanya, mandi ke takkkk hahahahha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.