Day Trip Ke Singapore - Tempat Menarik (Part 2)

dan

Setelah selesai di Sentosa Island, kami bergerak pula ke destinasi seterusnya... Dalam bas menuju ke next destination, aku sempat la jugak terlelap sekejap.. Rasanya dalam 5-6 minit jer.. Almaklumlah badan dan penat sebab tak dapat tido malam tadi.


Bugis Street
Destinasi wajib yang kena singgah kalo datang Singapore adalah Bugis Street. Disini kira macam Masjid Jamek Malaysia la... Tempat orang berjual beli. Pelbagai barang yang dijual disini. Kebanyakkannya adalah pakaian. Selalin dari itu juga terdapat pelbagai cenderamata, dan perhiasan. Oleh kerana aku bukanlah seorang yang suka shopping jadi aku langsung tak beli apa-apa. Tapi My wife, Amad dan mohammad ade la beli key chain ngan cenderahati ape tah.. aku pun tak sure. ehehehehe


Pusing keliling Bugis street, redah lorong sana sini semata nak cari tangga colorful ni


Masjid Sultan
Travel pun travel jugak.. kewajipan jangan lupa.. Selepas penat berhempas pulas shopping kat Bugis Street, lokasi seterusnya adalah ke Masjid Sultan bagi menunaikan solat. Masjid sultan ini dibuka sepenuhnya pada tahun 1932.

Disini bukan hanya masjid yang menjadi tarikan, namun kepelbagaian kedai-kedai makan disekitarnya juga menarik perhatian. Kat sini terdapat macam-macam jenis makanan antaranya , Kampung Glam Cafe (Melayu), Singapore Zam Zam (Mtbk,Briyani), Restoran Victory (Mtbk, Briyani), Restoran Sabar Menanti (Melayu), Restoran Sari Ratu (Nasi Padang) dan lain-lain.

Masjid yang dibuka sepenuhnya pada 1932

Kami nampak ada nasik campur, so boleh la makan kat sini sebab masing-masing dah menggigil kelaparan. 


Mustafa Center
Selepas menunaikan kewajipan dan juga mengisi perut yang berkeroncong (padahal sepanjang dalam bas makan non stop), kami menuju pula ke Mustafa Centre. Shopping mall yang menjual pelbagai jenis barangan dan terkenal dengan, Perfume Original Murah, Chocolate Jenama, Jam Tangan Original, Barang Kemas, pakaian dan lain-lain.

Mustafa Centre ni dbuka 24jam dan terletak di Jalan Syed Alwi. Mengikut kata pemandu pelancong, mall ni pada mulanya adalah satu kedai kecik yng menjual pakaian. Namun ia berkembang sedikit demi sedikit menjadi satu mall yang besar. Bukan hanya berkembang di singapore yer, tapi ia dah memasuki pasaran antarabangsa (Chennai)

Kat sini aku kurang suka kerana terlalu ramai orang besesak didalamnya..Jujurnya aku tak enjoy disini.. Walaupun aku tengok ramai yang happy sebab boleh beri barangan yang murah.

Suasana didalam Mustaffa Centre, meriahhhh.

Merlion Park
Dah makan, dah shopping, maka tak sah kalo ke Singapura tapi tak datang ker Merlion Park... Namun sealunya disini orang agak padat yer.. Datang kesini semata-mata ingin bergambar kenangan bersama mercu tanda Singapore.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tugu Merlion Park ni berbentuk seperti ikan dan singa.. Sebenarnya ini adalah kerana Singapura adalah bermula hanyalah dari sebuah perkampungan nelayan yang bergelar Temasek dan pesat membangun sehinggalah menjadi "Singa"pura seperti hari ini.. Haaa... inilah simboliknya mercu tanda tugu Merlion ini.

ade la jugak pic yg comel ni bersama my wife.

Bergambar beramai-ramai di tugu ikan dan singa. ( Tugu Merlion)


 Garden By The Bay
Semasa meninggalkan Merlion Park, cuaca seakan redup.. Namun hati ini kuat mengatakan "Mendung tak bererti hujan" Ehhhh...

Next!!! ke Garden By The Bay.. Aku pernah kesini satu ketika dulu.. siap masuk jalan2 dalam neh n menyaksikan cahaya sunset.. time dulu tu aku sangat berpuas hati sebab boleh menikmati suasana kat sana dengan semaksima mungkin.

Namun kali ini aku tak masuk pun.... ehehhhe.. macam biasa la, disebabkan kekangan masa dan juga cuaca.. Eehehehe. Akhirnya hujan juga. Tiba jer di Garden by The Bay neh, hujan mula start turun. Renyai-renyai.. So kelua bas dan ambik dua tiga keping gambar then naik semula ke bas.

Sempat bergambar kenangan bersama satu rombongan


Marina Bay Sands
Dah hujan kan.. So terfikir samada perlu atau tidak pegi ke Marina Bay Sand bagi melihat Light & Water Show. Sebab dimaklumkan pertunjukkan akan dibatalkan jika cuaca hujan.

Tapi kami semua bersepakat untuk try our luck.. Mana la tau kan bila tiba di Marina nanti hujan akan stop..

Malangnya berlaku sebaliknya.. hehhhe.. hujan makin lebat dan mencurah-curah.. Nampknya terpaksa la cancel niat nak tengok persembahan lampu dan air tu.. Aku pernah lihat persembahan tu sekali dulu.. Enjoy la jugak.. tapi kalau tak berkesempatan pun takde la rasa rugi sangat.. hehehehe..  So semua pun kelua dan tunggu bas untuk balik ke Kuala Lumpur.

Persmbahan air dan lampu tu lebih kurang macam ni la.. ada muzik, lampu, dan cahaya.. Persembahan lebih kurang 15 minit ini agak menarik untuk dihayati.

Jadi kami pun menaiki bas menuju kembali ke Kuala Lumpur... Pengalaman pertama travel menaiki bas secara rombongan.. Menarik dan Insyallah nak repeat lagi ke lokasi yang lelain.. Hatyai mybe.. doakan.. Insyallah.. Amennn...


Untuk tahu pakej menarik dari Efa Nur Travel, bolehlah contact mereka di ----> EFA NUR TRAVEL


Day Trip Ke Singapore - Tempat Menarik (Part 2) Day Trip Ke Singapore - Tempat Menarik (Part 2) Reviewed by AdyBudika on 1/05/2020 07:29:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. meriahnyer uoolsss honeymoon spore tuuh.. :p

    ReplyDelete
  2. thank youuu abg ady... really appreciate it :)😊

    ReplyDelete

Powered by Blogger.