Pelaburan Unit Amanah Tanpa Modal Tunai


Mungkin ramai yang belum sedar bahawa akaun 1 KWSP boleh digunakan untuk dikembangkan di dalam Unit Amanah. Ini bermaksud jika kita tidak mempunyai modal tunai, kita masih mampu untuk melabur menggunakan akaun 1 KWSP.

Unit Amanah merupakan pelaburan jangka panjang. Paling kurang perlukan antara lima tahun keatas untuk mendapatkan potensi pulangan yang lebih tinggi. Kalau tak dikembangkan didalam Unit amanah, wang didalam akaun 1 tersebut bukannya boleh dikeluarkan. (Wang dari akaun 1 KWSP hanyalah boleh dikeluarkan apabila sampai umur pencen)

Sebelum kita melabur akaun 1 KWSP kedalam Unit Amanah, kita perlu tahu apa syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ini bermaksud tidak semua pancarum KWSP layak untuk melabur didalam Unit Amanah.

Apakah syarat yang ditetapkan? :
• Ahli boleh kembangkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas(seperti yang tertera didalam jadual dibawah) dalam Akaun 1.
• Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.

Check Akaun 1 KWSP  anda samada melepasi syarat basic atau tidak?


Contoh Pengiraan kelayakkan:

1⃣- Seorang pekerja berumur 22 tahun mempunyai RM4000 didalam akaun 1 KWSP milikknya, beliau adalah TIDAK melepasi syarat kelayakkan yang telah ditetapkan, kerana pihak KWSP mensyaratkan beliau harus mempunyai sekurang-kurangnya RM10,000.



2⃣- Seorang Junior Designer yang berumur 22 tahun mempunyai sebanyak RM11,000 didalam akaun 1 miliknya. Contoh pengiraan:

RM11,000.00 – RM10,000.00 x 30% = RM300.00

Ahli TIDAK LAYAK memohon. Kelayakan minimum adalah RM1,000.00



3⃣- Seorang Pensyarah muda berumur 25 tahun mempunyai RM24,000 didalam akaun 1 KWSP milikknya,

RM24,000.00 – RM18,000.00 x 30% = RM1,800

Pensyarah ini LAYAK memohon. Amaun kelayakannya adalah RM1,800.00.


Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah menghubungi saya di --->  www.wasap.my/60183573501
AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

Post a Comment

Previous Post Next Post