Medium Kembangkan Simpanan Secara Berkesan.


"Jangan letakkan semua telur didalam satu bakul sahaja. Bakul jatuh, habis pecah semua telur"

Begitu juga dengan kaedah kita dalam menyimpan. Jangan hanya tertumpu pada satu tempat dalam menyimpan asset/wang. Pelbagaikan portfolio dalam menyimpan. Jangan hanya berharap pada satu medium untuk mencapai matlamat kewangan yang berkesan.

Tetapkan objektif dalam menyimpan (contohnya untuk kegunaan pendidikan, perkahwinan, persaraan, deposit rumah, kereta dan lain2), kemudian cari alternatif yang bersesuaian dalam mencapai matlamat itu. Contohnya, lagi 3 tahun kita bercadang untuk mempunyai rumah sendiri, jadi kita perlu tahu berapa yang perlu kita simpan bagi mencapai jumlah yang diinginkan. Kita juga perlu tahu medium-medium simpanan yang berpotensi untuk kita guna bagi mencapai matlamat tersebut. Kita mungkin boleh menggunakan cara menyimpan secara bulanan di unit amanah yang mungkin berpotensi memberikan kita pulangan antara 8-15% , ASB i-financing dan lain-lain.

Kaji kaedah-kaedah yang wujud dalam kita kembangkan simpanan/asset, antaranya letaklah wang di :

1- ASB

2-Tabung Haji

3-Unit Amanah

4-Takaful

5-Hartanah

6-Saham

7-dan lain lain...


Selidik dahulu kaedah menyimpan sebelum meletakkan wang anda didalamnya supaya nanti anda dapat memaksimakan keuntungan yang diperolehi dan mengelakkan risiko yang mungkin ditanggung.

"Pilihlah bakul dengan teliti sebelum meletakkan telur didalamnya"
AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

Post a Comment

Previous Post Next Post