Travel Solo Atau Berkumpulan?

Travel Solo Susah Ke?
Setiap orang punya minat travel yang berbeza. Ada yang suka pergi pulau, ada yang suka pergi tempat yang boleh shopping, ada yang suka tengok pemandangan, ia bergantung kepada setiap individu. Ini belum masuk ada yang suka travel solo, ada yang suka travel in group dan macam-macam lagi. Tak kisah lah macam mana pun korang travel yang penting korang sendiri dapat rasa kepuasan tu. Lagi-lagi setelah kumpul duit lama untuk pergi travel.
Sebab hari ni nak share sikit pasal travel solo. Jadi sebelum tu aku nak compare la sikit between travel solo dengan travel in group. Yelah masing-masing ada kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Depends on kita sendiri lah kan untuk decide?

Kemana kita ney???


Travel secara berkumpulan ni lebih meriah. Kita ada kawan untuk berbual. Ada orang yang boleh kita rujuk dan sekiranya berlaku apa-apa pada kita ni, ada orang untuk kita bergantung. Namun begitu, travel in group juga punya masalahnya. Antaranya, susah untuk kita puaskan hati semua orang. Yelah antara kita dan kawan-kawan mesti ada yang berbeza pendapat dan sebagainya. So, ada kala ia menyebabkan kita bermasam muka. Percutian yang asalnya seronok tadi, boleh bertukar suasana. Jadi penting sekiranya kita nak travel dalam kumpulan baik kumpulan yang kecil mahupun kumpulan yang agak besar, pastikan kita dah ada kata sepakat daripada awal sebelum bertolak. Dan, buatlah back up plan sekiranya apa yang dirancang tidak dapat dilaksanakan atas factor yang tak dapat nak dielakkan.

Kemeriahan akan dirasa kalau travel secara berkumpulan.


Travel solo ni pula kita lebih bebas daripada segi masa dan perancangan. Kita boleh rancang ikut suka kita tanpa perlu risau perasaan orang lain. Ye, ia lebih fleksibel. Namun, ia tidaklah sesuai untuk mereka yang tak biasa bersendirian ni. Takut ada perkara yang tak diigini berlaku. Susah ke travel solo? For me tak adalah susah pun kalau kita rajin buat homework daripada awal.

Travel solo yang tak perlu nak fikir pasal pertelagahan pendapat.

Guna KLIA Express
Kalau nak ke airport naik je KLIA Express. Cepat pun cepat just dalam 28 minit je perjalanan. Selesa pula tu. Harga pun berpatutan. Nak lagi murah book KLIA Express online je guna Traveloka. Jauh beza dengan beli direct dekat kaunter. Kalau dah book dekat Traveloka ni, tak payah risau nak kena pergi kaunter lah apa lah lagi. Kan senang. Tetapi kalau korang tak nak guna KLIA Express, korang boleh cuba airport limo online booking yang ada dekat Traveloka juga. Tetapi kosnya agak tinggilah. Yelah korang tak boleh nak share dengan sesiapa. So, rugilah bagi pendapat aku. Kalau tak kena masa nanti nak kena hadap jem lagi, buang masa je. Kalau guna KLIA Express tak payah fikir dah semua tu.

KLIA Express, cepat, selesa dan selamat!!!


Backpackers
For traveller solo, lebih baik dan mudah untuk travel as backpackers. Ia sangat memudahkan pergerakan korang daripada satu tempat kepada satu tempat yang lain. Korang boleh tengok youtube trick untuk lipat baju ketika travel bagi menjimatkan ruang dan susunan pakaian dalam beg tu lebih teratur. Dan pastikan beg korang tu tak terlalu berat, supaya korang selesa nak galas di bahu tanpa rasa penat.

Backpacker memudahkan pergerakkan.

Penginapan
Kalau pergi travel solo ni, nak jimat boleh stay dekat hostel yang ada. Cuma pastikan hostel tu mengasingkan bilik lelaki dan perempuan sebab ada hostel yang tak kesah even lelaki dan perempuan duduk sebilik. Just biasalah nama pun hostel, semuanya berkongsi. So, korang sendiri kena menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Jangan selfish pula nanti. Tetapi kalau korang ni jenis yang tak selesa nak sharing, cari lah hotel bajet yang murah tetapi tak payah share apa-apa pun boleh. Cumanya, nama pun hotel murah, janganlah pula kita demand yang selesa standing hotel 5 bintang pula. Tipnya mudahnya, pack kan jadual dengan aktiviti. So balik korang just mandi and tidur, tak adalah terasa sangat ketidakselesaaan penginapan yang korang pilih tu. Its up to korang lah untuk decide nanti.

Happy Travel!!!! Psssttttt, Insyallah tanggal 1 Feb Ady nak travel merasai winter secara solo.. Kemanakah? cer teka... Insyallah nanti Ady akan update dalam blog k!
AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

2 Comments

Previous Post Next Post