Day Trip Ke Singapore - Tempat Menarik (Part 1)


Setelah urusan imegresen selesai, kami memulakan perjalanan menuju ke lokasi pertama iaitu Sentosa Island. Kalau diikutkan, banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Sentosa Island, namun tak semua tempat yang dapat kami singgah kerana kekangan masa.

Antara yang menarik di Sentosa Island ini adalah Universal Studios Singapore, KidZania Singapore, Trick Eye Museum Singapore, Butterfly Park & Insect Kingdom, Fort Siloso, Adventure Cove Waterpark, Wings Of Time, Mega Adventure dan beberapa lagi tempat yang boleh dilawati.. Dibawah ni aku senaraikan tempat menarik yang sempat kami singgah di Sentosa Island. 

Peta Sentosa Island.


1- USS (Universal Studios Singapore)
Tarikan utamanya adalah Universal Studio Singapore (USS). Beberapa kali aku sampai di Singapore namun aku tak pernah lagi singgah disini.Namun kami datang bukan untuk masuk kedalam USS, cukup sekadar bergambar kenangan... Almaklumlah masa terhad. Sempat la pusing-pusing sekitar dan juga Hard Rock Cafe kalo-kalo ada yang suka collect barang exclusive Hard Rock. Lebih kurang 30 minit, kami bergerak pula ke destinasi seterusnya.

Team Hero Remaja beraksi di hadapan USS Globe

Dihadapan Hard Rock Cafe Singapore


2- Sentosa Merlion
Berjalan lebih kurang 5 minit dari USS Globe, kami tiba di kawasan org ramai bergambar bersama satu landmark Sentosa Island, iaitu Sentosa Merlion. So bergambar secara kumpulan la kat sini.

Group photo berlatar belakangkan Sentosa Merlion


3- Beach Station
Bersebelahan tempat bergambar merupakan Imbiah Monorail Station. Destinasi berikutnya adalah Beach Station. Lebih kurang 2-3 minit naik monorail dari Imbiah, kami pun tiba di Beach Station. Kat sini ada beberapa lagi tarikan antaranya Skyline dan Ifly. IFly bebetul bersebelah dengan Beach Station, namun kami tak sempat untuk masuk disebabkan kesuntukan masa. IFly merupakan pusat simulasi SkyDiving.

Di Beach station

4- Palawan Beach
Dengan jarak 5-6 minit dari Beach Station, kami berjalan menuju ke Palawan Beach. Palawan Beach ni berhadapan dengan Kidzania Singapore.. Dari Beach Station tu memang orang berjalan jer.. Semasa berjalan menuju ke Palawan Beach, kita akan dapat lihat juga taman haiwan dan burung yang betul-betul berhadapan pantai. Pantai ini sesuai untuk keluarga yang nak fefiling piknik.

Santai-santai nampak!!! Di Palawan Beach


5- Floating Bridge Siloso Beach.
Berhadapan Pantai Palawan, ada satu pulau... Pulau Palawan namanya.. Ada satu jambatan yang menghubungkan kawasan pantai dan juga pulau tersebut.. Jambatan gantung ini pun merupakan salah satu tarikan disini.. Agak bergoyang okeh bila menyeberangi pantai menggunakan jambatan ni.


Berjalan menyeberangi jambatan gantung ke Pulau Palawan.

Jambatan gantung ke Palawan Island


6- Palawan Island.
Kejap jer berjalan atas jambatan gantung (lebih kurang 2-3 minit), kami pun sampai la Pulau Palawan. Palawan ni actually bermaksud Pahlawan/Hero.. Kat Palawan Beach ni ramai yang datang untuk mengambil gambar, sebab merupakan salah satu spot yang cantik. Kat pulau ini terdapat dua menara tinjau.


Bergambar kenangan.

Nanti aku sambung share untuk aktiviti sebelah petang pulak naaa...

Bersambung di ---> Day Trip Ke Singapore - Tempat Menarik (Part 2)

Untuk tahu pakej menarik dari Efa Nur Travel, bolehlah contact mereka di ----> EFA NUR TRAVEL



AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

Post a Comment

Previous Post Next Post