Sunah Suka Sakura dot com

Tuesday, March 22, 2011

HALAQAH - PERCUTIAN ROHANI ( siaran 22.03.2011 )


TOPIK INI INGIN MEMBUKA ‘SUDUT PANDANG BARU’ IAITU MELANCONG BUKAN HANYA UNTUK JASMANI SEBALIKNYA JUGA DAPAT MENGISI KEHENDAK ROHANI, AGAR SETIAP SEIMBANG DAN TIDAK ‘BERAT SEBELAH’ SERTA KOSONG.


*dimanakah percutian rohani kita semua??

• Bermusafir, mengembara atau merantau menjadi satu amalan yang baik kepada setiap orang terutama umat Islam yang sememangnya digalakkan untuk sentiasa mencari kebenaran dan ilmu pengetahuan terutama ilmu yang berkaitan tafsiran al-Quran dan sebagainya.

• Bermusafir dan mengembara juga merupakan amalan para Nabi dan juga ulama demi mencari redha Ilahi dan menyebarkan dakwah Islam. 

• Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali merantau dan mengembara ke pelusuk negara Arab termasuk Baitul Maqdis, Sham dan Hijaz demi menimba ilmu dalam pelbagai bidang seperti falsafah, bahasa, feqah serta mengkaji kekuatan dan kelemahan sesuatu masyarakat di lokasi yang dilawatinya. 

• Ulama tersohor dalam tamaddun Islam menimba khazanah ilmu pengetahuannya hasil dari pengembaraan yang tiada hujungnya seperti Imam Tarmizi, Abu Raihan al-Biruni, Ibnu Hanbal, Imam Syafie dan ramai lagi.

• "Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.". ( Maksud Surah al-Hajj, ayat 46 )

• Jelas, mengembara dan merantau memang digalakkan dalam Islam sejak dahulu lagi, bertujuan menimba ilmu dan memperkaya pengalaman serta memperbaiki diri untuk menjalani kehidupan.

•Mengembara dan merantau pada masa kini diertikan dengan melancong. Namun pengisian kerohanian semakin tipis. 

• Melancong membawa maksud seseorang keluar dari tempatnya untuk menuju ke satu tempat yang lain sama ada diketahui lokasinya atau tidak yang mempunyai tujuan yang pelbagai seperti keinginan untuk menambah ilmu pengetahuan, mempelajari budaya bangsa lain, memperkaya pengalaman, dan mengenali hal-hal yang baru di tempat lain.

• Aktiviti pelancongan yang biasa dijalankan ialah melawat tempat menarik dan bersejarah, menyaksikan acara kebudayaan bangsa lain, membeli barangan atau produk yang unik yang tidak terdapat di negara sendiri dan melakukan aktiviti ibadah seperti mengerjakan haji dan umrah serta ibadah yang lain bagi umat Islam.

• Kini, produk pelancongan berkonsepkan ibadah menjadi popular untuk diketengahkan kepada pelancong tidak mengira bangsa dan agama.

• Pelancongan ibadah @ keagamaan amat popular pada masa kini turut meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang terkenal dan kini merupakan satu-satunya negara Islam dan negara kedua dari Asia yang berada dalam kelompok 13 teratas senarai destinasi popular dunia. 

• Hal ini dinyatakan melalui Pertubuhan Pelancongan Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UMWTO) pada tahun 2004 kerana Malaysia terkenal dengan produk halal. 

• Potensi pasaran lebih 50 buah negara Islam, melibatkan tidak kurang 1.5 bilion umat Islam, Malaysia mengambil langkah pro aktif dengan memenuhi keperluan bagi kemudahan dan daya tarikan pelancong dari pelbagai negara dan pelbagai agama.

• Statistik Pelancongan tahun 2008 menunjukkan pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia pada enam bulan pertama tahun 2008 meningkat sebanyak 2.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2007, iaitu dari 10,690,426 kepada 10,963,120 orang.

• Antara masjid yang menjadi tumpuan pelancong asing ke Malaysia: Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah, Masjid Kristal di Terengganu, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Kampung Laut Kelantan, Masjid Ulu Melaka.

• Menjadikan masjid sebagai satu produk pelancongan, terlebih dahulu kita harus bersedia dari aspek pengurusan masjid agar kesuciannya tidak tercemar dengan kunjungan pelancong sama ada Islam atau bukan Islam. 

• Pengurusan yang dimaksudkan ialah merangkumi waktu lawatan agar tidak bersesak dengan umat Islam yang mahu bersolat khasnya solat Jumaat. 

• Di Istanbul terletaknya makam sahabat Nabi iaitu Abu Ayyub Al-Ansari Radhiallu Anhu. 

• Di Istanbul juga bersemadinya makam Sultan Mohammad Al-Fateh yang mencorak kuasa baru Islam membenamkan pengaruh Rom Timur.

• Makam Sultan Salahuddin Al-Ayubi bersemadi di Damsyik, tidak jauh dari Grand Bazaar. 

• Di Kaherah, sanjungan tertumpu kepada peninggalan firaun. Pelancong lebih teruja bergambar di hadapan Piramid, hingga mereka terlupa dan tidak tahu dimanakah letakkan makam Muhammad bin Idris atau Imam Shafie. 

• Di Aleppo, Syria makam Khalifah yang tersohor dari Kerajaan Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz, ditinggalkan sepi di hujung kampung. Malah ketika hari hujan, bumbung makam baginda akan bocor, ironinya airnya perlu ditadah dengan beberapa buah baldi.

• Benarkah pakej melancong kini lebih tertumpu menjadikan melancong untuk keseronokan membeli-belah, bergambar di mercu tanda dan mencuba makanan tempatan?.

• Tiba masanya pakej pelancongan yang berteraskan keseronakan semata dinilai semula. Agar setiap wang yang dibelanjakan, setiap saat yang dilalui, setiap tempat yang dikunjungi juga mampu menjadi vitamin iman dan mengisi rohani kita yang kosong.

• “Katakanlah (Wahai Muhammad) : Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya, kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-Ankabut, ayat 20)

• Ganjaran tetamu Allah atau penziarah di Masjid Nabawi dan bersolat di dalamnya bersamaan 40,000 pahala.

• Ganjaran tetamu Allah atau penziarah yang bersolat di Masjidil Haram bersamaan 100,000 pahala.

• Pelancong pergi ke Sinai di Mesir dan mamanjat gunung “Jabal Musa” kerana beriman dan percaya Nabi Musa pernah berdialog dengan Allah Subhanahu Wata’ala. 

• Rasulullah S.A.W pernah bersabda agar kita melangkahkan kaki di tempat utama: Masjid Nabawi di Madinah, Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil Aqsa di Palestin. (Mafhum Hadis ) .

• Ziarah atau Umrah Ramadhan di Makkah dan Madinah menjadi ‘trend’ masyarakat Islam masa kini.

TERIMA KASIH KEPADA PRODUKSI HALAQAH TV9



3 comments:

senyumSOYA said...

nak melancong gak..
ngn mak ayah...nak pergi wat haji lu kalau cukup duit~ doakan ya..heheh

cik pulau said...

thanks for sharing abg ady... ^^,

Sunah Mohammad said...

"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada." (al-Hajj: ayat 46)

saya nak gi istanbul...