Sunah Suka Sakura dot com

Friday, March 4, 2011

Masak Lemak Udang, Kacang Panjang Goreng Belacan, Sambal Tumis Udang, Karot Susu untuk lunch

Juadah Makan Tengahari hari ini :)

Setelah membeli bahan2 masakan, Ady terpaksa menelefon Nenek Gebu bagi bertanyakan beberapa yang perlu Ady buat untuk memasak apa yang ady nak masak hari ini...
Dan hasilnya adalah seperti dibawah :P



*Dihidangkan bersama semua


Setelah membelek2 blog milik Nenek Gebu..akhirnya ady memilih untuk masak

---> MASAK LEMAK UDANG

--->KACANG GORENG BELACAN

--->SAMBAL TUMIS UDANG TEMPE

---> KAROT SUSU

Masak Lemak Udang.

*Masak Lemak Udang

BAHAN-BAHANNYA:

10 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
2 keping tempe, dikerat2
300 ml pati santan
800 ml santan kemancar (santan cair)
2 keping asam gelugor
Garam dan gula
20 - 30 biji cili padi hijau (byk mana, ikut suka memasing)*
1/2 inci kunyit hidup tua*
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA:

1-masukkan ke dalam periuk bahan2 tumbuk halus, asam gelugor dan udang. Gaul rata dan tuang santan kemancar.

2-Jerang atas api hingga mendidih, masukkan tempe. Kecilkan api dan masak hingga udang nampak merah2.

3-Tambah daun kunyit, garam dan gula secukup rasa. Masak lagi 3 - 4 minit dengan api swderhana sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.



Kacang Panjang Goreng Belacan.

*Kacang Goreng Belacan

Bahan-bahannya :

5-6 batang kacang panjang
2-3 ulas bawang merah
1-2 ulas bawang putih
4-5 biji cili padi
segenggam ikan bilis
2 cm belacan
1/2 ulas bawang besar
1/2 biji cili merah
1/2 cawan air
garam secukup rasa


Cara memasak:

1-Potong kacang panjang secara menyerong (anggaran 2.5 cm)...
Tumbukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan ikan bilis...Bawang besar dan cili merah dipotong...Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi...

2-Setelah naik bau, masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili merah...Kacau rata-rata dan masukkan air...Setelah itu, tudung kuali dan biarkan seketika...

3-Masak sehingga air agak-agak kering dan kacang panjang bertukar lembut...Bubuhkan garam secukup rasa...Angkat dan sedia untuk dihidangkan :P


Sambal Tumis Udang dan tempe.

*Sambal Tumis Udang

Disebabkan ada banyak udang dan tempe lebih, jadi ady ambik keputusan nak masak sambal tumis..mulanya nak masak dengan petai..tapi petai takde lak..so masukkan tempe jer..hehehe

Bahan-bahannya :

10ekor udang basah yang halus
1 pek tempe
1 senduk cili giling
10 ulas bawang merah ] digiling/tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 batang serai diketuk-ketuk
10 sen asam jawa
2 sudu makan gula
2 senduk minyak kelapa
Garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara memasak:

1-Udang dibersihkan kemudian ditoskan. Masukkan minyak dalam periuk dan tumiskan cili dan bawang yang telah digiling.

2-Setelah garing masukkan 1 cawan air. Tutup periuk. Apabila keluar minyak kacau-kacaukan.Setelah itu masukkan satu mangkuk air asam jawa, serai, gula, garam dan ajinomoto dan kacau.

3-Akhir sekali masukkan udang serta tempe dan tutup periuk. Bila sudah berminyak dan pekat bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Dihidangkan bersama :

*Karot Susu

Untuk cara2 membuat Karot susu ini sila klik resepi milik nenek gebu dibawah:

---> KAROT SUSU


JOM SAMA-SAMA KITA MENCUBA...


............................................................................


18 comments:

Sunah Mohammad said...

mak ai!!!!! <--- mengalah...-_-"

fRaMe+LenSeS said...

wowww.. seyes best.. hihihi.. rajin toi adi.. untung sapa dapat kamu.. ;)

Mat Gebu said...

Lawan tokeyyyy nihh...

AdyBudika said...

ahahahahahhahah

khairiyah said...

haishh..ni yg wat rase nak mkn lg skali ni..huu -.-

Nyza Nurul said...

wah, trus lapar tgk makanan sume...hehe

cik pulau said...

wahhh... jelez la camni,..
sume nampak best2 je.. huhuh...

anda ditag:

http://islandgurlz88.blogspot.com/2011/03/jom-terjah-bloglist-mas.html

norinaomar said...

kalah lauk saya harini..

Ummi said...

Salam Ady...waaaaaaaahhhhh..dah melangkah setapak ke dapur pulak daaahh...lepas ni laku lah cili2 kat kedai...semua masak letak dan hias cili tegak berdiri gagah gitu! Kacang panjang dah tenggelam pulak..pandai la dia buat hiasan bunga2 cili..berapa kilo cili la beli nak siapkan bunga tuh...hahaha...salute Ady! Gambar tu leh masuk majalah Jelita lak nnt..kalah Chef Wan...hehehee...(*jgn maree, akak gurau2 keji dgn Ady eh)..Apapun tahniah! Msti org rumah makin sayang...hehe

AdyBudika said...

aahhaahahhah..akak ummi!!!!!!

tak reti sebenrnya..cili tu habis banyak kilo..mula2 nak buang biji2 die tu..asal jer buang mesti kelopak die putus..banyak kali..sampai jadi geram..ahahahahhaa...

buat untuk makan sendiri ok la kot.rupa die dah macam ni..rasanya tak tau nak kata la...ahahah..masih banyak kene belajar..dari 100 ady baru tau 2 :P

Mat Gebu said...

Ady...cili yang tak jadi tu jgn buang, kisar dengan bawang putih, masak dengan gula, lepas tu letak cuka, dahh jadi cili sos..

heliz said...

mase kecik2 dolu salu nyibuk kat dpur,tgk mcik2 msk hidangan pengantin.apa yg mcik2 tu buat adlh merendam hiasan hidgn pengantin (e.g. cili yg dipotong bentuk bunga) dlm air kapur. mgkin nak jadikan bunga2 cili tu kembang tnpa paksaan kot...kapur mkn tau bkn kapur baruss..ihik

nba-Nur said...

Sedapnya lauk2 ni.. Beruntungnya isteri Ady.. Tentu seronok kalau ada yg dapat membantu ketika di dapur.

mekar said...

Morning,

uih... kamu ni pandai dan kreatif dlm masak2 ni eh. Jelous sya. Sya kalu masak utk mr suami pun simple2 aje. Dan terbalik pulak, Skrg org lelaki yg nampak lebih teratur dan kreatif dlm mjamu hidangan

cek chun said...

Protege cik mat nih. Ada potensi naik sama level ngan mentor. Teruskan usaha. Hehehe

Manja (let it be my sweet name) said...

<<< tahu masak air ja

My Mom's Diary said...

as salam. nama u and nama i dah dekat2 tu...

yg tak tahan tu...hiasan carot kat gelas tu boleh tahannnnnnn for a guy.

Cik Eka said...

fuhh tgh2 puasa tengok.memang menggoda iman