Lama tak join aktiviti yang dianjurkan rakan-rakan blogger.. Almaklumlah mood blogging dah sesat entah kemana... Disamping aku tengah menjalani Cabaran 105 Hari anjuran Celebrity Fitness, kali ni aku nak sahut pula cabaran 30 hari cabaran rakan blogger... Selama 30 hari ni aku akan buat sehari satu entri mengenai topik yang telah diberikan rakan blogger. Untuk hari pertama aku kene post pic terbaru dan juga 5 fakta tentang aku.. heheheheh..
Gambar terbaru aku!
1- Tentang Nama "Ady Budika"
Bukan nama sebenar aku pun... Nama sebenar aku Mohd Soleh Ahmad... Kalo kat instagram pun @Soleh_Ahmad (promote). Nama Ady Budika ni nama sejak zaman sekolah. Nama pena la lebih kurang... Tapi sampai skang kawan-kawan rapat panggil dengan nama "Ady" .
2- Masih Bujang 3.
Telah mendirikan rumah tangga dengan seorang bloggger jugak. Kenal pun melalui blog jugak. Mula-mula kenal tu tak kenal rupa ok! Tapi myb sebab aku sweets kot.. sebab tu la dia ngorat aku.. Ker aku yang start ngorat dulu eh? Tak ingat lak! eh!!
3- Sikap Yang Unik.
Aku pemarah yang amat.. moody tak tentu arah, kalo aku diam tu maksudnya aku marah la tu.. Suke sentap tak tentu pasal gak.. suke wat org lain geram.. Sikap sentiasa berubah-ubah.. Tapi....aku tau ramai sayang aku.. Gituuuu.... Lagi aku tak suke tengok tv.. sebab aku keje pun dalam dunia tv.. Kalo wayang free aku suke.
4- Aktiviti Kegemaran
Aku suke buat aktiviti yang sihat.. Aku suke jogging... Panjat gunung... Tracking.. Gym... Sape nak gym buddy? jum!!! Tapi.. walaupun selalu join aktiviti sihat.. aku paling tak suka makan sayur berdaun!
5- 60KG dan 161cm
Ramai yang selalu terkeliru dengan gambar2 aku.. Mybe dalam gambar aku nampak tinggi dan sasa.. Padahal tinggi aku cuma 161cm dan berat aku tak cecah 60kg.. Dan selalu dengar org akan kata "Eh.. kecik jer orgnya.. dalam gambar nampak besar" . So biar jelas disini.. Aku ni kerdil jer orgnya... ahahahahahahha
Ok done cabaran pertama!!!! tak sabar nak buat cabaran kedua lak!!!
#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari
Hai adi... salam cabaran 30 hari dr abah careno... hehehhe... #KelabBloggerBenAshaari
ReplyDeleteok series dalam gambar memang nampak besar heheheh tq join
ReplyDeleteahhaah, banyak persamaan kita, cuma tang berat tu x sama ekekekeke
ReplyDeletesalam perkenalan... hehe
ReplyDeleteErmm...besar kt lengan bah tu...hihi......ansigirl ixora
ReplyDeleteHahaha ko memang angin tak menentu :)
ReplyDeleteAbang Ady!
ReplyDeleteMana Cabaran lain?
Beruntung Kak Sunnah.