Jalan-Jalan Ipoh - Part 2 "Kellie's Castle Berhantu" Pengalamanku

Jika sebelum ini aku ada kongsi sedikit mengenai pengalaman aku mencari 7 Mural di sekitar Bandar Ipoh Lama (Entri Ini ---> Ipoh Part 1). Kali ni nak share pulak pengalaman yang aku di Kellie's Castle.

Jujurnya inilah kali pertama menjejak kaki ke Istana yang dikatakan berhantu ini. Sedikit teruja untuk masuk dan melihat sendiri. Tapi aku lebih teruja untuk melihat suasana istana lama dan bukannya fikirkan mengenai cerita-cerita hantu yang lebih menaikkan nama istana ini.

Kellie's Castle ini dah dibina lebih 100 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1905. Tak yah la aku nak cerita pasal sejarah pembinaan istana ini k.. Cuma nak share sikit pasal pengalaman yang aku lalui.

Melangkah masuk ke perkarangan istana, kami kena bayar duit untuk masuk. EH!!! Aku tak tau lak berapa bayaran yang dikenakan.. Sebab Tony yang tolong bayarkan..errr.. Rasanya rm5 untuk orang dewasa..

Sebelum ini aku ada jugak la terbaca dan tengok kat NTV7 pasal cerita-cerita berhantu yang pernah terjadi di istana ini.. Antaranya, hantu Helen(Anak perempuan) berlegar memakai blous biru dengan rambutnya yang kerinting, Hantu William berlegar di tingkat dua istana yang dikatakan sentiasa menjaga istana miliknya,  Pengawal Istana tanpa kaki yg terbang mengawal istana, Hantu diladang kuda berkeliaran dan banyak lagi.

Aku yakin kebanyakkan yang datang di siang hari ke Istana ini seperti aku hanyalah untuk mengambil gambar disekitar istana dan bukanlah untuk merasai pengalaman berhatu. Kerna jika untuk merasai pengalaman berhantu, mereka akan datang pada malam hari.

Memandangkan matlamat aku adalah untuk merakamkan kenangan bergambar, jadi apa kata biar gambar kat bawah pulak yang bercerita. :P


   
Tiba di Kellie's Castle. 

  
Kellie's Castle, Tersimpan pelbagai cerita misteri

Jay dah keluarkan monopodnya untuk aktiviti mengambil gambar. Aku dan Tony pula gigih menyiapkan DSLR sambil memilih sudut untuk mengambil gambar

 
Tetap menjadi tumpuan walaupun dihujani dengan  cerita seram.

Balkoni Serambi Hantu. Papan tanda di istana ini banyak menerangkan kejadian-kejadian yang pernah berlaku di sekitar istana. Jadi ambil masa untuk membaca apa yang tersembunyi disesuatu sudut istana ini.

 
Aku bersama Tony di laluan dimana William dikatakan berulang alik tika malam tiba.

 
Kami panjat istana hingga kepuncaknya :P

Jay yang tak pernah berenggang dengan campro miliknya


Setelah merayau-rayau sekitar kawasan istana, Tony membawa kami ke bahagian tepi istana. Dimana terletaknya bilik pengawal. Di bilik pengawal inilah dikatakan terlihat kelibat pengawal istana tanpa kaki terbang merayau-rayau menjaga kediaman William ini. Semasa di sini, kami menghadapi satu masalah yang agak pelik. Campro milik Jay gagal berfungsi. Yang anehnya, jika ambik gambar di bahagian lain istana, campro itu berfungsi la pulak kan.. Jadi kami keluarkan pula dslr dan meneruskan aktiviti mengambil gambar.. Heheheheheheh...

 
Setelah mencuba beberapa kali untuk ambik gambar di bilik pengawal, Jay tidak juga berjaya mengambilnya menggunakan campro miliknya..

Akhirnya kami mengambil gambar dibahagian bilik pengawal menggunakan DSLR milik Tony setelah campro milik Jay tidak berfungsi

Setelah penat berlegar-legar sambil mengambil gambar, kami pun balik.. haaaa .. simple tak cerita aku? ahhahaahahha... Nak tau lebih jelas, apa kata pakat-pakat kita pi Istana Kellie ini.. Terpegun dengan senibina yang terdapat disini.. 

Kalau ada peluang, aku akan datang lagi kesini. Insyaalah...













AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

2 Comments

Previous Post Next Post