Percutian Di Vietnam - [Pengalamanku Part 2 - Eksplorasi Senibina]

Sambungan dari ---> PART 1

Hari Kedua
Bangun dengan penuh kesegaran.. Sebab dapat lelap mata dengan begitu nyaman. Tak tau lak kawan aku, Sebab aku kalo tido sure akan hiburkan dengan bunyian yang merdu #Dengkur :P 

7.30pagi. Kami naik ke rooftop hotel untuk breakfast. Untuk hidangan pagi, kami terlebih awal telah meminta pihak hotel supaya menyediakan makanan halal... 

Dapat makan buah kat hotel dah berbaloi, dari nak beli kat kaki lima bawah.. mahaiiii...

Nasik goreng ayam.. Menu yg kami order sehari awal dari pihak hotel.


Tour Day 
Hari ni misi kami adalah berjalan mencari bangunan-bangunan yang menjadi tarikan di Vietnam. Antara bangunan yang menarik perhatian kami adalah Reunification Palace, Notre Dame Cathedral, Central Post Office, Opera House, People Commite Hall dan banyak lagi la...

Berbekalkan peta yang di ambik kat kaunter hotel, kami pun memulakan pengembaraan dengan penuh semangat. Chewahh


Haaaa.... Nampak tak peta ni? kalo tak nampak leh klik untuk besarkan. Kawasan berbulat tu la destinasi yang akan kami cuba tawan.



Reunification Palace/Independence Palace
Destinasi pertama yang kami singgah adalah Reunification Palace. Sekarang bangunan ini sudah dijadikan sebagai museum, namun masih juga digunakan sebagai tempat pentadbiran bermesyuarat dan juga acara-acara kerajaan. 

Nak masuk ke sini, kita perlu beli tiket.. Tapi aku tak pulak masuk.. Hheheheeh.. setahu aku didalam tu masih mengekalkan lagi senibina lama dan.... dikatakan bilik-bilik didalamnya agak menyeramkan... So memang taknak masuk laaaaaa... Scary ok!!

Independence Palace  dari pandangan luar.

Bergambar berlatarbelakangkan Independence Palace 


Saigon Cathedral of Notre Dame
Berjalan dalam 10 minit dari Independence Palace, kami pun tiba di Saigon Cathedral of Notre Dame. Bangunan ini amat terkenal di Vietnam. Bangunan ini merupakan tinggalan kebudayaan koloni perancis yang dah jadi landmark.

Bila sampai kat sini, anda akan berasa seperti berada di Paris. (yang ni Jay yang kata sebab aku tak pernah sampai Paris). Menurut Jay, senibina untuk Saigon Cathedral of Notre Dame takde la 100% mirip namun ada elemen yang seiras.

Saigon Cathedral of Notre Dame

Tetap nak berposing :P


Central Post Office
Haaaaa... Post office ni la tempat yang paling nak aku datang. Dari Malaysia lagi aku dok baca pasal post office ni.. so memang akan aku cari la.. 

Kedudukan post office ni cumalah bersebelahan Saigon Cathedral of Notre Dame. Cuma perlu menyeberang satu jalan. Kat sini diorg ada menyediakan poskad secara percuma untuk diposkan kepada sesiapa yang diinginkan. Tapi aku mybe agak terlewat sampai, jadi semua poskad  dah habis. Aku tetap gigih cari poskad didalam post office tu sebab memang ade gerai-gerai menjual poskad dan lain-lain cenderahati didalamnya.

Dapat jugak la aku pos poskad untuk bebrapa kenalan aku di Malaysia. Buat sesiapa yang nak ikot cara aku ni pun ok. Kemana saja destinasi perlancongan, carilah post office dan poslah poskad kepada kenalan di Malaysia. Kan unik, poskad yg bersetem luar negara sebagai cenderahti buat rakan-rakan.


Suasana didalam Central Post Office.

Central Post Office.


War Remnants Museum
Dah macam blog sejarah lak entri aku kali ni.. Ahahahha...

Selepas puas di Central Post Office, kami bergegas menuju ke War Remnants Museum.  Pada mulanya aku rasa macam taknak masuk pun War Remnants Museum ni. Namun masa masih panjang dan tiket untuk masuk ke bangunan ini agak murah iaitu 15,000 Dong.. Lebih kurang RM3 jer.

War Remnants Museum

Selepas masuk War Remnants Museum ini.. Jujurnya aku dapat rasakan sesuatu yg bermain dalam hati aku. Sepanjang didalam bangunan ini aku tak banyak bercakap dengan Jay. Aku banyak membaca dari bilik ke bilik disini. Sayu, sebak, membaca mengenai penderitaan warga vietnam selama tempoh 19 tahun  peperangan. Kesan perang itu masih terkesan hingga sekarang.  Disini juga diletakkan kapal-kapal perang, penjara, dan macam-macam lagi yg terlibat didalam peperangan Vietnam.

Masa mula-mula masuk aku masih tersenyum. heheheh

Jay pun tersenyum di salah sebuah kapal perang.

Suasana di luar War Remnants Museum. Gambar didalam museum aku tak terambik, tak sanggup lak rasany.. So korg pegi tengok sendiri la k


Kopi Halal Vietnam
Hadoiiiii.. penat berjalan.. Lepas jer pegi War Remnants Museum, kami bercadang untuk minum-minum. Pilihan kami adalah kopi. Tak sah kalo ke Vietnam kalo tak mencuba kopi. Namun aku sorang jer yg minum kopi. Jay tak minum caffien. 

PERGHHHH.. puas hati okey!

Opera House
Destinasi berikutnya adalah Opera House yang dibina pada tahun 1897. Bangunan ni cantik dan merupakan senibina Prancis. 

Opera House yang dibina pada 1897

Jay bergambar dibasikal hadapan Opera House


Lain-lain bangunan
Banyak lagi bangunan yang berjaya kami terokai antaranya : 

Huyen Si Church

Bitexco

Ni bangunan ape tah?

Bangunan ni pun cantik, tapi tak dikomersialkan

Eh ni bangunan ape? heheehheh

The Famous Amos.. Ben Thanh Market, yang ni aku kan ceritakan untuk entri yang akan datang

Berakhirlah misi eksplorasi senibina di sini. Penat la hai tak terkata, namun puas hati bila apa yang nak aku cari ditemui. Mujur la Jay pandai baca peta.. Kalo nak harapkan aku, memang takkan jumpa walaupun satu! Ahahahahahah..

Entri kali ni sampai kat sini dulu. Untuk entri akan datang aku akan ceritakan sikit lagi pasal tempat makan kek yang sedap!!!!! cara-cara  nak melintas jalan!!! dan Shopping di Ben Thanh Market!

Untuk baca entri sebelum ni, klik ---> SINI




AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

1 Comments

  1. A very good write up....different view of Vietnam from the normal "shopping spree" that a lot of other bloggers post. Can't wait for the continuation. Ade sambungan kan? Please say yes hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post