Top 10 - Nasik Lemak Sedap Di Lembah Klang

Malaysia dan Nasi Lemak cukup sinonim. Mungkin ramai yang tercari-cari nasik lemak yang sedap disekitar Kuala Lumpur dan Selangor kan... Disini saya senaraikan Top 10 Nasik Lemak tersedap mengikut lidah saya :P

Ini bukan review berbayar... Ini mengikut citarasa saya sendiri...Jika sesiapa yang sependapat tu, maksudnya citarasa kita hampir sama la naaa.. hehehehe. Dan mana yg belum try tu, apa kata gi try then letak feedback kat komen bawah ikot yg paling anda suka.

10. Nasi Lemak Tanglin.




Nasi Lemak Tanglin cukup popular bagi penggemar nasik lemak kerana sudah beroperasi sejak tahun 1948. Bertempat berhampiran Masjid Negara dan juga Taman Perdana Botanica. Anda boleh memilih pelbagai lauk yang ada, dan yang selalu menjadi pilihan adalah nasik lemak bersama sambal sotong.. Meletopp... 

Mungkin sesetengah menganggap nasi lemak disini biasa-biasa saja, namun kalau tak cuba manalah tahu kan? Try dan nilaikan.





Address: Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Hours
Wednesday
7am–1pm
Thursday
7am–1pm
Friday
7am–1pm
Saturday
7am–1pm
Sunday
7am–1pm
Monday
7am–1pm
Tuesday
7am–1pm




9. Nasi Lemak Rindu



Sekali cuba terus rindu akan rasanya. Hahahaha begitulah penangan nasi lemak ini. Nasi lemak ini dibungkus dengan daun pisang membangkitkan lagi aroma wanginya. Bungkus kecik-kecik comel saja.

Nasi lemak bungkus rindu ini biasanya dipesan bersama ayam goreng. Sedap makan panas-panas.


Sate yang dijual bersebelahan Warung Rindu  juga menjadi tarikan disini. 


Warung Rindu (Nasi Lemak)
Address: Taman Bukit Angkasa, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Hours
Wednesday
7:05am–2:05am
Thursday
7:05am–2:05am
Friday
7:05am–2:05am
Saturday
7:05am–2:05am
Sunday
7:05am–2:05am
Monday
7:05am–2:05am
Tuesday
7:05am–2:05am




8. Nasi Lemak 222/223



Nasik lemak 222/223 yang terletak di jalan 222 Petaling Jaya ini amat menarik kerana ia dibungkus dengan daun pisang dan juga kertas. Diluar pula dicop dengan warna biru ataupun merah untuk membezakan siapa yang menyedikannya (Warna cop membezakan pembuat nasik lemak ini) Pilihan saya adalah yang bercop merah iaitu Nasi Lemak Yatie, namun kena try kedua-duanya untuk membezakan mana yang menjdai pilihan anda.

Selain dari nasik lemak, disini juga menyediakan pelbagai makanan lain seperti ikan bakar dan otak-otak.

Suasana malam di Selera Jaya 223

Address: Jalan 51a/223, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor

Hours
Wednesday
Open 24 hours
Thursday
Open 24 hours
Friday
Open 24 hours
Saturday
Open 24 hours
Sunday
Open 24 hours
Monday
Open 24 hours
Tuesday
Open 24 hours


7. Nasi Lemak ZaraZyaCooks 




Haaaa... Mungkin ramai yang belum mencuba nasik lemak yang satu ini. Milik pelakon, Zara Zya. Bertempat di Food Empire Melawati Mall. Pada mulanya saya ingatkan nasi lemak disini biasa seperti nasi-nasi lemak yang lain, namun setelah mencuba saya mampu katakan ianya antara the BEST nasi lemak yang pernah saya cuba. 

Pelbagai pilihan lauk ada untuk di padankan dengan nasi lemaknya. Ada paru, sambal petai, ayam goreng, telur mata dan lain-lain.  Penggemar nasi lemak harus mencuba dan nilaikan sendiri.

Dimaklumkan bahawa nasi lemak ini kebiasaan memang disediakan sendiri oleh Zara Zya agar menjaga kualiti dan rasanya.

Sambal petai dia memang umphhhhh

Food Empire Melawati Mall
Address: Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor

Hours
Wednesday
10am–10pm
Thursday
10am–10pm
Friday
10am–10pm
Saturday
10am–10pm
Sunday
10am–10pm
Monday
10am–10pm
Tuesday
10am–10pm




6. Nasi Lemak Lotus



Nasi lemak untuk sarapan pagi sesuai dibeli disini. Rasanya sedap, dan sambalnya amat umpphhh. Nasi lemak biasa dengan rasa yang luar biasa. Nasi lemak disini juga dibungkus menggunakan daun pisang.

Boleh beli nasi lemak disini dan masuk makan didalam kedai Lotus kerana ia adalah dibawah satu pentadbiran yang sama. Bila dah masuk makan dalam tu sure teringin nak combinekan nasik lemak tadi dengan makanan yang lain kan.. Saya cadangkan anda cuba poori dan tea lassi. Kombinasi yang amat bagus!

Nasi lemak dijual di gerai dalam bulatan biru


Lotus Family Restaurant
Address: 15, Jalan Gasing, Pjs 6, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Hours
Wednesday
7am–10pm
Thursday
7am–10pm
Friday
7am–10pm
Saturday
7am–10pm
Sunday
7am–10pm
Monday
7am–10pm
Tuesday
7am–10pm




5. Nasi Lemak Pak Ayob Tip Top




Pak Ayop Tip Top Corner cukup terkenal bagi warga sekitar Kerinci dan Pantai Dalam. Disini terdapat dua cawangan miliknya.

Saya pernah bawa isteri, dan itulah kali pertama saya mencuba nasi lemak disini. Rasanya tidak menghampakan sehinggakan mahu tambah lagi nasiknya.. Hhehehehhe.. Isteri pun berpuas hati dengan rasanya.. Sama seperti kebanyakkan nasi lemak yang lain, kita boleh memilih pilihan lauk pauknya. Sesuai untuk sarapan.

Disini terdapat pelbagai jenis masakkan.. antaranya masakkan bergoreng, roti canai dan yang paling popular adalah nasik ayam dan nasi dagingnya!

Nasi ayam yang popular itewww


Address: Kerinchi GM-7-1, Bazaria Pantai, Jalan Pantai Permai 2, Pantai Dalam, 59200 pantai dalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hours
Wednesday
6:30am–2:30am
Thursday
6:30am–2:30am
Friday
6:30am–2:30am
Saturday
6:30am–2:30am
Sunday
6:30am–2:30am
Monday
6:30am–2:30am
Tuesday
6:30am–2:30am



4. Nasi Lemak Bumbung.



Haaaaa... Ini memang nasi lemak legend bagi saya. Masa kerja di salah satu station tv dulu, inilah port saya dan kawan-kawan lepak selepas kerja. Almaklumlah time tu keje tak menentu masa. Namun dari dulu sampai sekarang rasa nasi lemak dia tetap mabelesssss.

Macam-macam gelaran diberikan kepada nasi lemak ini kerana kesedapannya. Landmark yang mudah iaitu berhadapan Maybank ini cukup mudah dicari. Meja-meja disusun kemas disepanjang lorong membuatkan suasana malam disini cukup meriah dengan orang yang datang berulang alik mendapatkan nasik lemaknya.



Nampak tak? Gambar jer pun dah boleh buatkan kita rasa lapar kembali 


Nasi Lemak Bumbung
Address: Jalan 21/11b, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Hours
Wednesday
5:30pm–4am
Thursday
5:30pm–4am
Friday
5:30pm–4am
Saturday
5pm–4am
Sunday
5:30pm–12am
Monday
5:30pm–4am
Tuesday
5:30pm–4am



3. Nasi Lemak Bungkus Langgaq



Jika disekitar Taman Keramat, mungkin Restoran Langgaq Sup Utara ini tidak asing lagi dengan kesedapan sup, sate, mee goreng dan laksa. Namun tahukah bahawa disini juga ada menyajikan nasik lemak?

Nasik lemak bungkus disini selalu kehabisan jika terlewat sedikit. Rasanya yang agak unik, lain dari lain ini membuatkan ianya berbeza dengan nasi-nasi lemak yang lain. Ianya simple saja namun rasanya berjaya membuatkan saya ingin berulang kali kesini semata-mata ingin mendapatkan nasi lemaknya. Lauk bagi nasi lemak ini adalah daging ataupun ayam.



Nasi lemak bungkus Kedah style ini sangat menepati citarasa saya


Restoran Langgaq Bihun Sup Utara
Address: 27, 13, Jalan AU 2a/17, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur, Selangor

Hours
Wednesday
3–11:30pm
Thursday
3–11:30pm
Friday
3–11:30pm
Saturday
3–11:30pm
Sunday
3–11:30pm
Monday
3–11:30pm
Tuesday
3–11:30pm

*Rehat sewaktu masuk waktu maghrib selama setengah jam


2. AMAH's Nasi Lemak



AMAH adalah singkatan kepada restaurant "Ali, Muthu & Ah Hock"

Ali, Muthu & Ah Hock Restaurant mempunyai banyak cawangan di Kuala Lumpur dan juga Selangor. Ramai yang tidak menyangka Nasi Lemak yang mereka sediakan juga tidak kurang hebatnya. Saya selalu ke cawangan mereka di Bangsar South kerana dekat dengan tempat tinggal saya. Saya percaya nasi lemak dari restaurant di cawangan yang lain juga mempunyai standard yang sama ditempat saya makan (Bangsar South)

Selain dari nasik lemak, AMAH juga menyediakan makanan berselera asia seperti Mee Goreng dan Chee Cheong Fun



Ali, Muthu & Ah Hock
Address: Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Hours
Wednesday
8am–10pm
Thursday
8am–10pm
Friday
8am–10pm
Saturday
8am–10pm
Sunday
8am–10pm
Monday
8am–10pm
Tuesday
8am–10pm



1. Nasi Lemak Village Park




Nasi Lemak Village Park adalah nasi lemak yang tersedap bagi citarasa saya, namun sesetangah orang menganggap rasanya biasa sahaja. Tapi saya percaya, ramai yang menggemari nasi lemak ini... Kenapa? Pergi sajalah di restoran ini, anda pasti terpaksa berbaris menunggu meja makan.

Selain dari nasi lemak, lain-lain makanan juga boleh kita dapat seperti lontong dan kuih muih. Apa yang sedapnya nasi lemak ini? Tentulah ayam goreng yg rasa diperap lama dan nasik lemak yg beraroma wangi. Yummmmmmm...


Keadaan di Restoran Village Park yang sentiasa penuh



Village Park Restaurant
Address: 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Hours
Wednesday
6:30am–7:30pm
Thursday
6:30am–7:30pm
Friday
6:30am–7:30pm
Saturday
6:30am–6pm
Sunday
6:30am–6pm
Monday
6:30am–7:30pm
Tuesday
6:30am–7:30pm




Antara Nasik Lemak lain yang selalu disebut-sebut adalah, Nasik Lemak Wanjo, Nasik Lemak Royal Kedah, Nasik Lemak CT Garden, Nasi Lemak Saleha dan Nasi Lemak Antarabangsa. 



*Pic ada yang koleksi sendiri, dan ade yg dari google. Buat empunya gambar yang mahukan kredit.. bolehlah inform naaa.. 
AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

5 Comments

  1. Suka nasi lemak saleha. Nasi lemak village park tu mahal sikit, rasa biasa je. Maybe sebab famous. Terbaik la list ni, nak kena terjah semua ni nanti

    ReplyDelete
  2. Teringat3 milo dinosor nasi lemak village park 😋

    ReplyDelete
  3. Wowwww come back!!
    Nanti aku datang sana, ko belanjer yer....aku tuntut!

    ReplyDelete
  4. Saya suka nasi Lemak Turbo.
    Lokasi Hedgeford Galleria, Wangsa Maju Seksyen 10

    ReplyDelete
  5. Mak aih banyaknyaaa.. Semua tak pernah pergi lagi hahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post